MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Disember 29, 2020

Suka Duka 2020


Disember 2020


Nampak gayanya, blog ni hanya akan terisi entri baru setahun sekali saja agaknya. Entri terakhir Disember 2019. Hari ini, 29 Disember 2020, aku kembali semula untuk mencoret sedikit ringkasan kenangan hidup sepanjang tahun ini. Yang mana, semua tulisan-tulisan ini akan aku baca semula pada masa depan, jika ada kelapangan. 


Tidak banyak yang menarik bermula Januari hingga Februari. Cuma aku berjaya menghabiskan Half Marathon ke 2 di Putrajaya aku dengan PB. Alhamdulillah. 


Bulan Mac banyak kisahnya. Bermula Din kahwin.. Alhamdulillah sampai juga jodohnya walopun hakikatnya perkahwinan bahagia tak dirasakan seperti orang lain. Semoga kau bersabar dengan asam garam rumahtangga dan bini kau yang pelik tu. Inshaa Allah, semoga Allah memberikan kemanisan dalam hidupmu. Aamiin. 


Dalam Mac juga seluruh dunia ibarat “lumpuh” bila diserang pandemik Covid 19 yang berasal dari China. Tak tahulah aku ini agenda siapa. Terlalu banyak andaian, spekulasi. Yang mana benar, yang mana asli. Yang pasti berjuta orang seluruh dunia telah dijangkiti, berjuta orang juga telah mati. Covid 19 datang Malaysia semasa politik Malaysia sedang bergolak berebut nak jadi PM nak jadi Kerajaan yang memerintah. Dah kecoh rakyat suruh tutup pintu masuk negara dari dikunjungi pelancong terutamanya China. Apakan daya, rakyat pun takde kuasa. (Ko tunggu time pilihanraya la nanti)


Bila PM baru dilantik, PM segera umumkan PKP seluruh negara. Semua aktiviti pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain terhenti selama 3 bulan kecuali essential services. Tak boleh berjalan ke sana-sini. Semua kena duduk rumah. Aku pun sama duduk rumah (WFH) membesarkan bodi. Ramai orang terkesan dengan keadaan ini. Dan semua orang kena biasakan diri dengan Norma Baru dalam kehidupan. Dah tak boleh salam-salam. Tak boleh berada ditempat Sesak, Sempit dan tak boleh berSembang dekat-dekat. Masjid jadi sepi, tak boleh ramai macam dulu. Solat pun jarak-jarak, dah takde “rapatkan saf”. Sekolah kemain cuti lama, tapi kena belajar online juga dengan cikgu memasing. 


Nak masuk premis apa-apa pun kena scan QR code dan scan suhu. Jika ada gejala tak dibenarkan masuk ke premis. Pemakaian  face mask dah jadi wajibul ghunnah. Tak boleh rentas daerah, tak boleh rentas negeri apa lagi nak keluar negara. Yang diluar negara sibuk nak balik Malaysia. Yang di Malaysia tak dapat balik kampung. Tapi Kerajaan baru prihatin. Kerajaan Perikatan Nasional. PM bagi duit banyak kali kat rakyat. Sampai kecoh, artis-artis yang dulu sibuk tayang aset kat media sosial, tayang pi shopping overseas, holiday overseas duduk horel 7stars dah mengaku sengkek terkesan dengan pandemic. Apooo?! 


Dah sampai berbalah bergaduh dengan netizen kat socmed, kata netizen tak kenang budi. Yang ni memang buat aku gelak tak berenti. Betullah orang cakap kebanyakan yang jadi artis ni, zaman sekolah ponteng. Bodoh dia bukan sikit-sikit. Bila kena kecam, dia punya konar baring kalah Velentino Rossi. 


Disebabkan pandemic ni aku kena duduk rumah, maka aku pun tak pegi run/joging. Kerja aku asik makan, so faham-faham sajalah. Akhirnya aku malas nak lari, kaki pun macam sakit. So, aku suruh hasben aku belikan MTB. Mengayuh la aku di kala hari minggu dan petang lepas balik kerja kalo aku rajin. 

Tahun ni juga aku dan hasben sambung rawatan kat KK. Memandangkan Klinik Raihana tu dah tak jadi klinik. Mahal pulak tu. Doctor kat KK ni referkan aku ke HSNZ untuk rawatan susulan, tapi masih juga aku kena jumpa doctor kat KK ni. Awal tahun depan aku kena buat HSG (nama dia panjang, tak ingat eja camne). Then kalo takde pape doctor cakap bolehlah buat IUI. Aku harap ada la rezeki aku pregnant tahun depan. Dah nak masuk 41 wehh.. 


Last sekali harapan aku agar pandemik ini akan segera terhapus dari muka bumi ini. Semoga Allah memberikan segala kebaikan, kebahagian, kesejahteraan pada aku dan keluarga aku serta semua orang untuk tahun depan dan seterusnya. Yang mana rasa seperti kekurangan, semoga Allah penuhkan, yang rasa kegelisahan Allah tenangkan, yang tiada Allah adakan. Kerana kita tahu, Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. 


Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021 💕


Rabu, Disember 18, 2019

Penutup 2019

Tahun yang penuh suka duka kehidupan.


Januari - Leyci mati 
Mac - Boboy si bongsu kahwin
April - Arwah mak mula sakit
Mei ( Ramadhan ) - Arwah mak meninggal
Ogos - Din si tengah bertunang
September - Virgin Half Marathon 21KM di Larian Antarabangsa Sultan Mahmud
November - Surabaya trip
Disember - Kelahiran anak si bongsu, baby Afifa Fitiya binti Mohd Fahmi.


Semoga masih dapat bersama-sama dengan orang-orang yang disayang untuk tahun-tahun seterusnya. 

Rabu, September 18, 2019

Virgin Half Marathon di LAJSM 2019

Assalamualaikum wbt...


Setelah beberapa hari berlalu, baru hari ni rasa macam free sket nak tulis entry pasal running event aku untuk tahun 2019 ni. LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD 2019. Selalunya blogger lain dah start tulis pasal event run diorang sebelum start event lagi, tapi aku malas. So, aku share pengalaman 1st HM aku ni selepas event je la.

Yup, ni adalah 1st Half Marathon 21km aku a.k.a orang sebut VIRGIN HM. Sebetulnya event LAJSM ni adalah edisi ke 3 aku tapi tahun-tahun sebelumnya aku join kategori 12km saja. Tahun ni pun aku register 12km tapi beberapa jam sebelum event start aku upgrade kategori. Ceritanya bila ada orang nak jual bib 21km. Aku dah memang lama berhajat, so aku beli je la dan cabar diri sendiri untuk buat HM tahun ni.

Aku memang tak pernah lari jauh masa training. Paling jauh boleh pegi 3km jer, lepas tu aku akan jalan 10-15 kali nafas then aku lari balik. Tapi masa buat HM aku dapat lari jauh. Mungkin dari awal aku dan set dalam kepala nak buat LSD - pace 9 saje. Tapi masa km 1 aku tgk jam, pace 7 juga 🤭. Mungkin semangat dalam event jadi lain, lagipun kita bukan lari sorang-sorang. Ramai yang kat depan dan belakang kita. Aku tak kisah dah orang yang pintas aku, tapi aku rase lebih semangat bila aku dapat pintas orang. Dalam 7km aku lari, sampai dah naik Jambatan sultan mahmud baru aku berhenti. Mengah dah separuh jambatan aku slow jog. Bila turun (lepas u-turn), laju balik tapi lepas tu agak kerap sket aku berjalan 10-15 kali nafas.

Aku mula rasa sakit kaki masa nak masuk ke km 15. Masa ni dekat Drawbridge. Dah la elevation dia mencanak, tapi yang ni bukan penyebab aku rase down atau mental. Yang buat aku mental bila lalu untuk u-turn kemain jauh lagi dari Drawbridge tu. Aku ingat dalam 1 @ 2 km dah boleh u-turn. Maklumlah, kaki dah sakit, u-turn jauh lagi, perut meragam pulak. Mana tak mental?!

Dalam 2km terakhir, kaki aku memang tak teragak-agak dah sakit. Kaki, belakang lutut semua dah macam taknak bagi kerjasama. Aku fikir nak berjalan terus je sampai FL masa tu, tapi masa dah tak banyak. Kalo tak lari, COT gerenti tak lepas. So, no finisher tee hahaha. Aku slow jog je la, selang seli dengan jalan. Akhirnya aku berjaya juga ke FL dalam masa COT. Alhamdulilah. Lembik kaki rasanya hahaha.

Kalo tanya aku serik ke tak buat HM, jawapan aku TAK. Aku bersedia untuk buat HM lagi, tapi kali ni dengan lebih persediaan dan training. Podium tu di luar pemikiran, setidaknya boleh baiki sikit masa larian.




Sabtu, Julai 20, 2019

Mengimbau Kenangan




Hasil kerja bermula pagi tadi. Sebab ada lebih nasi impit Adabi yang abah bawa hari tu. Memang beliau ada pesan, kalo free tolong buatkan kuah kacang. So, hakak buat hari ni.


Hakak rasa hampir sama macam arwah mak buat. Hakak jemah tau, hakak jemah tak pernah belajar secara officially dengan arwah mak masa arwah buat. Bila dah kahwin hakak cuba buat, minta resepi dengan arwah, arwah cuma bagitahu bahan-bahan saje, sukatannya “agak-agak la”, katanya. 

Yup, semua yang arwah mak ajar, agak-agak saja. So, masa buat rendang dan kuah kacang hakak agak-agak je la banyak mana nak bubuh. Tapi hakak akan pastikan rasanya sama atau paling tidak dekat nak sama dengan arwah mak buat. Mana mungkin hakak lupa rasa masakan arwah mak hakak. Rindunya.. 😭



Al-Fatihah..


‎   بِسْــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†,ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْـــــــــمِِ
‎          .اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَÙ…ِينَ ۞
‎     الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ ۞ Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ ۞
‎   إيَّاك Ù†َعْبُدُ وإيَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ ۞ اِÙ‡ْدِÙ†َا الصِّراطَ 
‎    الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّØ°ِينَ أنْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ  
‎       غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّÙŠِÙ†َ..  
‎                       آمِّÙŠْ




Rabu, Julai 10, 2019

Sakit

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berat rasa rindu ini. Tidak tertanggung.
Setiap malam mengenang, 
Dan semua yang menyinggah mengundang
Air mata.
Sakit di dalam, menahan tangisan.

Hanya doa dan Fatihah aku titipkan
Semoga tenang dan damai di alam sana
Wahai ibu tersayang. 

Mak, akak rindu mak.

Al-Fatihah

ــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†,ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْـــــــــمِِ
‎          .اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَÙ…ِينَ ۞
‎     الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ ۞ Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ ۞
‎   إيَّاك Ù†َعْبُدُ وإيَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ ۞ اِÙ‡ْدِÙ†َا الصِّراطَ 
‎    الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّØ°ِينَ أنْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ  
‎       غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّÙŠِÙ†َ..  
‎                       آمِّÙŠْ