MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Ogos 18, 2009

Yang Tak Terkata Tapi Tertulis?????

Seminggu gak la tak tulis pape kat sini. Still login but just read the comments and read something new from others! Al kisahnya, bz yg amat lately..next week i'll have my final paper. "English for workplace communication". Maybe bagi sesetengah org, course ni senang. Aku sendiri pon boleh ckp senang, iye la...penggunaan english dalam tugas seharian, apa yang susahkan?! but it's lil bit tough actually. Kalo tak study betul2 mmg "haru-biru" la result nanti. Sebetulnya aku belum wat revision sepatah haram pon. Ingat2 masa tutorial ari tuh baca topik 1, itu pon sebab ada kuiz. Ni nak kena cover 10 chapter, tak tau la sempat ke tak...huhuhu. Okeh! stop dulu about this serious thing!
Rasa nak citer pasal sport yg aku suka tgk! football... Malam hari (sabtu) dah bermulanya musim baru EPL. Match yg kiranya jadi perhatian ialah Chelsea vs Hull City. The Blues menang 2-1. Game ni aku tak tgk gara2 berebut siaran TV..hampeh! So aku tak pasti siapa yg jaringkan gol. Ahad punye game, Man Utd vs Birmingham City kul 8 lebih gitu. Aku nak ulas lebih2 tak ler pandai sgt, cuma boleh ckp apa yg aku rasa dan terbuku dihati je la. (ni kalo kaki bola baca, mesti dia kutuk giler..ahaks!) Pendapat aku game yg ni mmg membosankan. Sepatutnya MU menunjukkan corak permainan yg happening! Yeah,kan juara EPL 2008/2009, walopun ini baru perlawanan pembukaan musim 2009/2010, tapi jangan terlalu confident, cool, perasan bagus! Mmg sakit betul hati aku tgk game tuh. Ingat, boleh la nak tebus apa yg dh berlaku masa Community Shield hari tu..tp haram... Minit ke brape ntah..(5 kot), bila Nani ngan Rooney terlepas bola kat depan gawang lawan...aku dh rasa cam nak kena lemah jantung jer.. apa daa...korang, sampai dua tiga kali terlepas bola depan tuh, tak ke menunjukkan tanda2 nak kalah tuh?! Tapi sib baik gak menang walopun tipis.. Menang 1-0 apa la nak dibanggakan sangat bagi sebuah kelah besar lwn kelab bawahan. Tapi mmg aku terperasan sangat, MU sejak dua menjak ni cam main2 jer...nampak takde kesungguhan. Susoh benor ke nak handle Birmingham tuh? Tension sey..susah nak cakap!
Kul 11 game Liverpool vs Tottenham. Ini lagi satu, sebuah team yg dijangka 100% menang perlawanan ni, boleh kalah. Camne ntah The Reds ni plak yg boleh kena ketuk 1-0 dulu dgn Tottenham. Langsung kalah 1-2. Adus apa la malang..team2 hebat sepanjang EPL boleh kecuncang, @ menang sengkek ngan team corot. Aku siap betting ngan adik aku Liverpool menang. Sib baik dia tak tuntut RM10 tu ngan aku.. Cuma Arsenal je la menang bergaya, tp aku tak nak citer pasal Arsenal ni, sbb aku tak minat & tak tengok pon game diaorg. Org2 tua aje kot yg byk minat team nih..hehehe
Dah la.. malas nak membebel lebih2... tgk game baru lak nanti!

*Aku - Teringat final Liga Juara-juara, bila Ronaldo penat2 bawa bola sampai atas, org lain leh senang2 je sia-siakan.. Macam setan!


Tiada ulasan: