MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Disember 04, 2009

AKu, banjir & lintah...

Hari ni Jumaat, sah-sah mmg tak kerja ( hari minggu la kirannya). Sepatutnya, hari2 yang mcm ni mmg menjadi hari yang paling ditunggu-tunggu oleh org mcm aku ( nak rest sepuas-puasnya kat umah). Tapi apakan daya bila lepas dari mesyuarat khas pu3 ptg smlm, kami barisan Exco kena turut serta dlm program bersama Pu3 UMNO Malaysia yg datang melalui Skuad Sukarela & Bantuan Malapetaka untuk memberi sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Dungun. So, sebagai menjalankan tanggungjawab, terpaksa la aku ikut serta. Tp seronok gak woo... nak tahu kenapa? Keep on reading..ahaks!

11.00 am - SK Balai Besar, Dungun

Sebenarnya lebih kurang waktu yg dinyatakan kat atas ni, kami beberapa org AJK Pu3 Bahagian tiba di pusat penempatan banjir di sekolah ni. Kena tunggu Pu3 UMNO Malaysia yg diketuai Pengerusi Biro Sukarelawan (Pn. Jamie) dan beberapa anak buahnya. Lambat gak diaorng sampai dari KL coz sepanjang jalan dari KL hingga Kijal hujan lebat. Thank God! Kat Dungun cuaca baik walaupun cloudy sepanjang hari.


11.45 am

Geng-geng Pu3 UMNO Malaysia selamat sampai. Lepas berbincang serba sedikit ttg apa yg nak dibuat utk hari ni, kami bergerak ke Kg. Paya utk meninjau perkembangan banjir. Mula2 teruja sbb pakcik2 yg bertugas bagitahu, nanti kitaorg kena naik bot. Aku mmg teringin sgt nih...

12.30 pm - Kg. Paya, Dungun

Sebelum naik perahu tu, kena meranduk air dulu... Sebelum ni dh dimaklumkan ada lintah dalan iar banjir tuh. Aku mmg geli spesis binatang yg lembik2 nih. Tawakal aje la... sambil2 tu tengok gak kat kaki, kot2 ada plak yg singgah bertempek isap darah aku.
Sampai kat tempat bot, bagi chance la kat PU3 KL tu naik dulu. Tiba2 plak terpekik2 yg sorang tu dalam perahu tu. Rupa2nya kaki dia dh jadi mangsa lintah tu singgah. Menggelupur dia.. sib baik la kat air cetek lagi. Kalo kat tempat dalam, mau terbalik perahu tu...

Aku dah mula cuak dah.. bukan sbb takut lintah. Tapi aku rasa gerun bila tgk air... Ikhlas cakap, air yg ada tu dh kira tahap surut dah, tp boleh tahan dalam la - takat pinggang. Aku takut bukan apa, aku ni tak pandai berenang, bila naik perahu kecik camtu dgn takde life jacket...seram je rasanya. So, Nekad aku tak nak naik perahu. Bersama dgn beberapa geng yg sama tak nak naik, kami ikut sorang pakcik ronda2 harung air sambil jalan kaki je. Pergh! Seram gak, takut lintah. Tapi Alhamdulillah.. takde plak yg singgah kat kaki aku. Melintas depan aku pun takde. Kalo ada, aku ingat mungkin aku sendiri akan cabut dari kaki ( aku kalo dh terlalu takut, spontan jd berani). Masa duk jalan2 tu..tiba2 plak sorang daripada kami menjerit sambil peluk kwn lagi sorang. Lintah melintas depan dia...pakcik tu pun jd hero ar.. tangkap lintah. Leh tahan besar gak lintah tu aku tgk.. Tp sib baik, bukan aku yg nampak n tak kena kat aku. Kata pakcik tu, kalo kita takut, mmg binatang tu mudah datang... Erm.. ye la kot. Sbb masa aku dalam air, aku tak fikir sgt pon pasal lintah tu. Biasa jer la..

3.00 pm

Sesi penyampaian sumbangan dari PU3 UMNO Malaysia kepada mangsa banjir. Takde la besar sgt jumlahnya, tp sekadar tanda ingatan la.. Towel, pil vitamin, pampers for baby. Beras diserahkan kepada pusat penempatan utk dimasak di pusat penempatan sepanjang mangsa berada di situ. Lepas selesai di SKBB, kami gerak ke Dewan Sukan Balai Besar. Kat sini pun ada beberapa keluarga yg masih tak boleh balik rumah di Taman Rakyat sbb rumah penuh air termasuk la rumah SUK Pu3 UMNO bahagian.


5.00 pm - Pantai Sura, Dungun

Sebelum berpisah kami sume pergi makan2 dulu coz geng2 PU3 UMNO Malaysia ni nak balik ke KL ari ni gak..ada mesyuarat plak malam nih. Aku pun lepas selesai semua, balik la ke rumah dgn keadaan yg letih tp feel good sbb leh join something hari ni. Ye la, kalo 1 hari duk rumah pon boring gak kan?!


*Aku - Mengantuk bukan main...

1 ulasan:

Zampeada berkata...

hehehe... pinky suma...