MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, April 11, 2010

Adik-adikku...

Wahai adik-adikku....
Bagaimanakah perasaan kamu tentang kehidupan kita dikala ini?
Gembirakah kamu?
Ceriakah kamu?
Sudah cukupkah kita membahagiakan mak dan abah?
Aku tak fikir begitu............
Adik-adikku..
Bila masanya kamu akan berubah?
Bila masanya kamu akan lebih dewasa?
Bila masanya kamu akan memahami,
Bahawa segala bicaranya adalah untuk kebaikan kamu.
Adik-adikku..
Bagaimana kehidupan kita
bila mak dan abah sudah tiada?
Pernahkah kamu bayangi itu?
Namun yang pasti, aku tidak akan membiarkan kamu,
Walau kamu sudah cukup dewasa untuk hidup sendiri.
Maaf,
Mungkin aku khilaf, kita sama-sama khilaf.
Mungkin kala ini kamu akan marah padaku,
Mungkin kala ini aku juga sedang sebal dengan kamu,
Tapi aku mahu kamu tahu, walau apa yang berlaku
aku tetap akan menyayangi kamu
kerana kita hanya ada kita......



*Aku - Tak pernah rasa kecewa begini

8 ulasan:

akuPM berkata...

beb..
buatla ape yg ko rase ptt sbg seorg kakak.
buatla apa yg ko rase ptt sbg seorg anak.
buatla slagi ko termampu..

mcm aku xpenah puas rase sumer tu..
aku ttp bersyukur n redha ats ape yg dh belaku kat aku..
even tuhan tu beri kesempatan kt aku tuk jage kedua ibu bapa aku..
tp aku xpenah puas..aku msh rase aku xdpt buat yg terbaik tuk dorg..

bile dah kehilangan..kita akan rase diri kite ni terlalu kerdil tuk hadapi sumer ni...

-MsGoodNite- berkata...

haiza : aku tak dapat bayangkan keadaan aku apabila berada pada situasi ko skrg.. aku belum buat yg terbaik utk parents aku, dan aku berharap aku masih berkesempatan utk itu..

john : aku pun nk senyum gak la...

Zampeada berkata...

kak kite nak keta satu bleh?

-MsGoodNite- berkata...

ko nak apa zam? keta?

Zampeada berkata...

buat2 tak faham. taktik seorang kakak yg berjaya... hehehe...

-MsGoodNite- berkata...

pintar amat ko nih! hehehe

akuPM berkata...

tu la zura...aku ni penuh ngn citer sedey je skrg ni...nthla..dah bhgian aku cmni, aku redha ngn ujian tuhan pd aku. doakn aku kuat k ;)

-MsGoodNite- berkata...

insyaAllah za.. aku tahu ko kuat!. lagi pun ko ada ramdan. sekurang2nya ko tak keseorangan..