MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, April 05, 2010

Grand Livina itu bukan aku yang punya!

ABPBH 2009 last nite boleh tahan meriah. Hakikatnya ramalan2 kemenangan yang aku buat hampir menepati keseluruhan keputusan, tak sangka la plak! Tapi yang tak bestnya, masa tengah sedap2 melopong depan TV tunggu iklan sebelum keputusan kategori Artis Komedi nak diumumkan perut aku berkeroncong - lapar, katanya. Dengan pantas aku ajak mak pergi dinner kat kedai makan depan simpang nak masuk taman perumahan ni. Tak jauh pun, jalan kaki je. Masa ni tak pedulik dah jam 10pm ke, diet ke...sebab lapar sangat (siangnya sebutir nasi pun tak masuk perut lagi).
Ramalan aku yg tersasar :
1. Artis komedi lelaki n wanita : pemenang Nabil n Noor Khiriah
- ramalan aku Zizan n Nik Sayyidah
2. Pelakon filem lelaki : Que Haidar
- ramalan Farid Kamil
3. Pelakon tv lelaki : Remy Ishak
- ramalan Aaron Aziz
4. Penyanyi lelaki n wanita : Aizat n Datuk Siti
- ramalan F.T n Stacy ( sorry datuk...ingatkan peminat dah boring...hehe)
Dasyat gak la Datuk Siti.. 4 tahun terlepas gelaran Bintang Paling Popular, tup-tup tahun ni dapat balik. Ni mesti kes kosmetik SimplySiti ( oppss.. saje je ckp gitu ). Okay, tahniah kepada pemenang n penyokong artis yang menang. banyak mana la korang hantar borang ekk??!
*Aku - Banyak jugak yg miss..hahaha. Kalau hantar borang peraduan, awal2 dh terlepas Grand Livina!

4 ulasan:

fndrocka berkata...

teruk sangat ramalan kau tu

-azura- berkata...

fndrocka : memang ler..aku bukan nujum beb! huhu

fndrocka berkata...

memanglahbukn nujum..tapi agak2 lah sikit..most are predictable la.sampai aku naik bosan,huhu,,nik sayiidah? stacy? haha..

-azura- berkata...

Hahaha.... aku pilih yg aku suka.. aku punya suka la.. kehkehkes!!!