MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Mei 15, 2010

Peguam Syarie Bukan Islam

Sepatutnya sejak petang tadi lagi aku nak post entry ni, tp sibuk pula menonton perlawanan akhir Piala Uber antara China dan Korea (Korea menang 1st time 3-1).
Entry ni mungkin agak serius dan "sensitif" tapi aku sekadar nak share something info yg keluar kat paper hari ni dan nyatakan pendapat aku.


Harian Metro - Sabtu, 15 Mei 2010 muka surat 16 bertajuk :
Wanita mohon jadi peguam syarie BANTAHAN DITOLAK

Menurut laporan akhbar tersebut, wanita ini telah membuat permohonan utk menjadi peguam syarie sejak 2006 lagi. Victoria Jayaseele Martin memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari UIAM mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak oleh Majlis Agama Islam melalui jawatakuasa peguam syarie.

Hakim Mohd Zawawi membenarkan Victoria mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengira beliau bukan islam dan menolak bantahan awal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Di Kuala Lumpur, keperluan utama bagi seorang peguam syarie ialah seseorang itu harus seorang islam.


Persoalannya, apa relevannya seorang yg bukan islam menjadi peguam syarie? Bukankah kita tahu kes2 yang dibicarakan oleh peguam syarie di mahkamah merupakan kes2 yang termaktub dalam hukum islam? Jadi bagaimana pula seorang bukan islam boleh atau menjadi wakil bagi menangani kes2 yg berkaitan dgn agama?

Maaf, aku pun bukan la seorang yg arif dalam hal2 agama tapi kalau permohonan itu sudah mendapat bantahan Majlis Agama Islam kenapa pula kita nak menolaknya? Ini soal agama ni, bukan main-main!


*Aku - Ada yang kata ini sebagai permulaan campur tangan bukan islam dalam urusan agama. Entahlah!

3 ulasan:

Zampeada berkata...

tak tau nak komen apa. kita tengok. apa yg media nak kata lepas ni. ooopssss.

Ridhwan Breakaz berkata...

UIAM gi trima org nie blja pon satu hal..

-MsGoodNite- berkata...

Zam : I rasa senyap je lepas nih!

Wan : itu le pasal, apa alasannya yea..?