MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Oktober 31, 2010

Dan pemenangnya......


Bercerita tentang FFM23 yg berlangsung minggu lepas, tahniah buat "abang-abangku yg disayangi" dan Magika kerana memenangi anugerah Filem Terbaik. Bagaimanapun, setiap kali berlangsungnya FFM, ia tidak pernah lekang dari dihimpit kontroversi atau kritikan2 yg lahir dari perasaan tidak puas hati mereka2 yg kalah bertanding.

Pemilihan Magika sebagai filem terbaik telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir atau mungkin ramai penggiat seni @ pengarah yg bertanding. Alasannya kerana Magika merupakan cebuah cerita yang ringan, tidak mencapai tahap standard dunia. Itu kata mereka. Tapi secara peribadi aku memilih Magika kerana ia menampilkan sebuah karya lain daripada yang lain. Memang ia bukan dihasilkan dari karya original tetapi apa yg ditonjolkan oleh pengarah adalah sesuatu yg tidak pernah terfikir oleh orang lain utk menghasilkannya. Sepanjang menonton Magika, aku terhibur dengan karektor2 watak yang ada. Teringat dongeng dan lagenda lama di zaman kanak-kanak. Sence yg paling terpahat ialah antara Badang, Ayu, Malik dengan Penunggu Tasik Chini. Pendedahan yang dibuat oleh pengarah melalui watak2 tersebut memberi pengenalan kepada penonton terutama anak-anak kecil yang mungkin sebelum ini tidak pernah tahu tentang mitos watak tersebut. Ia mungkin juga kelihatan agak mengarut; mengembara ke alam fantasi, mana mungkin ia berlaku. Namun sebagai satu bahan hiburan, ia boleh dianggap terbaik.

Ramai yang meramalkan Estet menjadi Filem Terbaik. Tema 1Malaysia dipertaruhkan. Bukanlah aku tidak menyokong tema itu tetapi sudah saban tahun FFM diserikan dengan kejayaan filem 1Malaysia arahan arwah Jasmin Ahmad. Kini apabila "ia" dihasilkan oleh Mamat Khalid, "ia" kecundang. Bagi aku sendiri, aku mahukan satu pembaharuan dalam industri perfileman di Malaysia. Magika adalah salah satu pembaharuan yang dihasilkan. Dari segi teknik CGI, ia nampak lebih menarik dan "benar" berbanding Cicakman.

Jadi, tolonglah hentikan tohmahan dan kritikan tidak puas hati itu kerana pilihan juri adalah pilihan terbaik.

5 ulasan:

Zampeada berkata...

best ek citer magika ni? pdpt peribadi?

-MsGoodNite- berkata...

aku gelak pada setiap part yg sepatutnya..
tak rugi menonton :)

setiap watak digarap dgn baik, ada punchline kelakor masing2. walaupun nampak mcm tak masuk akal dan mengubah sejarah tp sebagai hiburan ia berjaya.

Zampeada berkata...

aku nengok snepetnya pun cam bagus... bila agaknya ada dlm btk tv... ha-ha... nak tgk... raya tahun depan ada tak? tv3 kot ek... malam raya pertama!

Tanpa Nama berkata...

ko rasa magika blh afdal menang sbb CGI ke? ko rasa mat saleh nk tgk Magika ke kalau dibawa ke persada dunia? kalau sbb CGI blh dianggap filem terbaik, dh lama Terminator menang academy award

-MsGoodNite- berkata...

Zam - itu le pasal... aku ingat kalo TV3 boleh beli, ada la kat tb raya tahun depan.. tak pun intai2 la kat Astro..

tanpa nama - aku rasa aku tak tulis pun magika menang sbb CGI...ada aku tulis ke? ada ke? ada ke?