Ruang gelap itu memagarku
sepi dan kosong
Tiada suara, tiada rupa.
Teraba-raba mencari jalan keluar
Jatuh tersungkur kaki tersadung
Rebah, namun aku cuba bangun lagi.
Kini berdiri
masih lagi mencari
jalan keluar yang belum ketemu.
Walau ruang itu sudah jadi terang
kerana ruang itu terlalu luas
tidak kelihatan pintu keluarnya.
Mencari keberkatan di dunia yang fana ini
Mencari keredhaan di akhirat nanti
Mampu atau tidak untuk aku hadapi
dengan segala khilaf yang menyelubungi
Apakah layak untuk aku perolehi jalan hakiki?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan