MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Februari 15, 2011

Rancangan Cakap-Cakap

Saje gua nk citer pasal rancangan bual bicara terbaru yang ditayangkan di Astro Ria. SITI. Ala..buat2 lemah daya pemikiran pulak lu orang ni. Bini Datuk K tu la, Siti mana lagi. Sekarang Datuk Siti pun dah sibuk-sibuk buat rancangan talkshow sendiri. Tak cukup duit jual SimplySiti ke hape gua tak tau la. Sorry pada peminat Datuk Siti eh. Jangan marah gua.

Pada siaran episod pertama talkshow ni, gua berkesempatan la meluangkan masa menonton sebab ada tetamu yang paling gua respect iaitu Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jujur gua cakap, gua tgk SITI sbb nak tgk Tun aje. Bukanlah gua membenci Datuk Siti tu, cuma gua bukan la kipas susah mati beliau. Sekadar layan2 lagu beliau je.

Dan buat kali kedua gua nak jujur kalo gua cakap rancangan talkshow paling bosan yg gua penah tgk ialah SITI. Apesal gua cakap bosan? Pasal Datuk Siti takde bakat pun nak jadi perantara. Apatah lagi nak kendali talkshow macam ni. Setahu gua, seorang perantara atau pengendali rancangan bual bicara kena bijak dan petah serta mempunyai banyak idea-idea atau soalan yang boleh dikemukakan kepada panel atau tetamu. Tapi rancangan SITI ni dah sah2 la gua tgk kekurangan idea Datuk Siti selain ketidakpetahan berbicara membuatkan rancangan itu tersangat la boring tahap gaban. Gua ingat soalan2 yang dikemukan kepada Tun adalah soalan2 ala-ala budak sekolah dan nampak sangat Datuk Siti sedaya upaya menghafal baik punya soalan-soalan itu.

Agaknya, utk mengurangkan kebosanan, itu yang ada live band serta persembahan nyanyian oleh Datuk Siti sendiri. Gua ingat ini yang pertama dan terakhir gua tgk SITI kecuali ada tetamu yang gua respect lagi. Dan gua fikir, cukup semusim aje la talkshow ni, tak berbaloi langsung gua menonton.


Tiada ulasan: