MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Mac 06, 2011

Cuti-cuti

Baru balik dari bercuti di Tanjung Balai, daerah Karimun, Indonesia. Penat boleh tahan tapi seronok sebab dah lama tak pergi holiday dengan kawan2 satu grup macam ni. Last, 3 tahun lepas gua ke KK, Sabah.

Gua tak penah sampai tempat ni. Tapi gua dah dpt bayangkan tempatnya mcm mana sebab kawan2 gua yg penah jejak kaki kat sini yang citer. Terus terang, gua tak rase excited mana pun masa nak pegi, tak macam masa gua nak pegi KK dulu. Apesal? Pasal pi KK naik belon kot! hahaha..

Takde la gua nak shopping giler2 kat sana pasal gua pun takde bawak duit byk. Sekadar empat rat jer...huhu. Apa benda yang gua bawak balik? ermm.. adalah sikit cenderahati utk mak, abah dan adik2. Juga Kopi Karimun untuk kawan2 ofis.

Kesian sahabat gua, Haiza sbb byk kali call gua tapi gua tak jawab. Mmg gua sengaja, sbbnya caj roaming mahal. Kredit gua pulak tgh ciput time tu. Atas nasihat en.b, gua beli sim kad nombor Indonesia. Mmg gua suka sgt bila en.b sbb tunai janji. Hari-hari en.b call dan text gua sepanjang gua kat sana. Sayang en.b!

Gua selamat sampai ke tanahair hari Sabtu pagi tapi masih ada tempat persinggahan lain yg ada dlm perancangan rombongan gua ini, iaitu ke Ayer Itam dan Segamat. Gua sempat beli Patrick besar di Ayer Itam tp gua tak beli pape kat Segamat. Masalahnya, mata gua ngantuk sangat, kaki gua sakit dan duit gua dah kurang. Jadi ada baiknya gua lepak saja dalam bas dan tidur sampai ke Dungun sambil memeluk Patrick.


Peneman tidur dlm bas

Pekan Tanjung Balai, Karimun, Indonesia

Sunset - Pemandangan belakang hotel

4 ulasan:

ymn berkata...

beskan dpt bercuti - saya musafir di lembah klang - bercuti means balik kg .

oh yah blog blog bhs tu - boleh masuk kt http://ms-my.ymn.my kli kat bloglsit and then jump aka blogwalking lah .
teo win sing skrg x aktif tp boelh baca status² kt Fb search: Teo Wei Sing

enjoy ur surfing and blogwalking makin jauh jalan makin luas dunia "bahasa" :)

Linglung berkata...

gua pun sayang encik b!

-MsGoodNite- berkata...

Yaman - Tenkiu 4 sharing :)

Linglung - gedik kan gua?! hahaha

Zampeada berkata...

cam bersih lah tmptnyer...