MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, April 26, 2011

Wan Dah Pergi

Semalam lepas maghrib, gua terima berita kematian tokwan (cucu2 panggil wan aje) gua iaitu ibu kepada bapak gua. Sebenarnya arwah mmg dah lama sakit tua dan baru-baru masuk hospital selepas dikesan menghidap penyakit buah pinggang. Gua sempat juga melawat beliau ketika di hospital. Malah beliau meninggal semalam pun di hospital.

Hari ini gua cuti sebab menziarah arwah yang dimandi dan dikapankan di rumah Mak Ma (adik bapak gua). Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 2.00 ptg tadi.

Sebenarnya pemergian arwah tidaklah membuat gua terlalu sedih sampai menangis-nangis. Tersedu-sedu jauh sekali. Tidak seperti waktu arwah atuk (bapak mak gua) dulu. Tadi, gua ikut serta masa orang mandi dan kapankan jenazah tapi sumpah, setitis air mata gua tak tumpah. Bukan gua tak sedih, tapi gua tak tahu mana perginya air mata gua waktu tu. Cuma waktu semua anak cucu diberi kesempatan utk melihat dan mencium jenazah buat kali terakhir, baru gua rasa ada titik jernih yang mengalir dari dua-dua belah mata gua. Itu pun sekadar mengalir perlahan dan seketika sahaja. Mungkin tubuh gua kekurangan air barangkali menyebabkan air mata sukar utk dirembeskan.

Hubungan gua dgn arwah memang tak rapat. Walaupun gua pernah duduk ngan beliau setahun masa form 1 tapi tak pernah timbul keserasian. Gua fikir bukan gua sorang, adik beradik gua dan sepupu gua pun begitu. Walaupun kami tinggal dalam daerah yang sama, senang nak menziarah tapi kimia tu tak ada. Mungkin arwah seorang yang terlalu tegas dan kurang mesra dengan cucu. Tapi gua tak nafikan, arwah tak kedekut dengan cucu-cucunya.

Apapun gua doakan kesejahteraan arwah di alam sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan org yg beriman. Amin. Al-Fatihah.

5 ulasan:

Cahaya_Kebahag!aan berkata...

takziah dr c_k.. moga sabar & tabah k~~~

Otakku Otaku berkata...

takziah bro

-MsGoodNite- berkata...

Cahaya - thanks!

Otakku -ya, tq..

Jiejah berkata...

takziah ..rupanye kite sama2 dlm mood kehilangan..Al-Fatihah buat mereka

ymn berkata...

al fatihah