MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Mei 05, 2011

Kenal Diri, Jangan Lupa Diri

Lu orang penah dengar tak kalo ustaz ustazah lu orang ataupun mak bapak lu orang cakap "Sebelum manusia lahir ke dunia, dia telah membuat perjanjian dengan Tuhan (Allah), bila dia dilahirkan; bagaimana corak perjalanan hidupnya; dan bila dia akan mati". Penah? Aiseh! Siyes bunyik entry gua kali ni, kan?

Siyes tak siyes tapi gua nak beritahu kalo gua pernah tiga kali dengar orang ucapkan ayat ni walaupun ada ygbukan secara direct kepada gua. 1st gua dengar dari seorang ustaz masa gua belajar kelas Fardhu Ain kat surau. Time tu gua dalam darjah tiga atau empat. Seken, seorang kakak kakak yang ckp. Dalam kedua dua situasi ni, gua tak amik pusing sangat. Memang masuk telinga kanan tak keluar telinga kiri tapi tak lekat kat kepala hotak gua atau lebih tepat, gua tak amik berat pasal ni. Mungkin masa tu gua belum akil baligh dan time kedua tu gua rasa gua tengah blur. Mana tak blur, dah kakak tu ckp hal hal hidup mati time orang tengah seronok tengok rancangan hiburan.

Terbaru, dua tiga hari lepas. Itu pun gua dengar dalam TV. Bukan rancangan agama agama tapi sinetron. Tiba-tiba gua jadi sentap. Gua tak tahu apesal. Tapi siyes gua ckp, gua rase diri gua kerdil time tu. Malu gua nak cakap, gua menangis. Tiba-tiba gua jadi ingat menda-menda, salah atau benar yang gua pernah buat. Apa yang gua selalu keluh kesah kak esahkan pada diri gua, kalo gua tak puas hati dengan benda tu, benda ni. Pendek kata, gua baru sedar apa jua bentuk ketidakpuasan hati gua pada diri gua, kehidupan gua sebenarnya gua dah tau awal masa gua belum jadi manusia (roh). Time tu, gua dah maklum, gua akan jadi macam ni, macam tu. Tapi dek disebabkan gua ni teruja juga nak jadi manusia, gua terima perjanjian dengan hidup gua skrg. Dah tu, sesuka hati gua plak nak komplen itu ini, kan? Sungguh gua seorang manusia yang terlupa siapa diri gua sebenar.

Jadi dipendekkan cerita, gua mula bermuhasabah diri. Gua fikir secara lebih waras dan rasional gaya seorang budak sekolah pondok yang mengadap tuan guru pun, iye gak. Sebelum ni bukan gua tak fikir tapi gua hanya fikir bila gua dalam kesusahan. Betul la kata orang, manusia ni hanya ingat Tuhan bila susah. Fahamkan maksud gua, masa susah baru la nak lebih2 duduk atas tikar sembahyang, Solat sunat sume buat termasuk solat tengah malam. Itu belum termasuk berzikir, mengaji bagai.

Dek kerana kesedaran itu juga, gua cuba nak mengenali diri gua sendiri supaya gua tak terus menerus jadi macam orang jahil, menyalahkan takdir dan ketentuan Tuhan. Sebaliknya gua harus lebih redha atas setiap kejadian. Okeh, gua stop dulu. Nak pergi solat skrg.

4 ulasan:

- GC - berkata...

insaf gua baca entri lu kali nih... keh3x

-MsGoodNite- berkata...

GC - Insaf bior betul2 tau...gua insaf betul ni.. kah kah kah!

Jiejah Gorjes berkata...

eh eh eh...aku baru nk buat entri yg ada kaitan ngan kematian..tup2 ko dah buka topik ni huhuhu but lain version occay!!! ngee baru nk g update shiuuuuuuuu~

-MsGoodNite- berkata...

Aku punyw bukan totally about dead... about life sebenarnya... :)