MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Jun 13, 2012

Nervous Tak Tentu Arah

Okeh, beberapa hari lalu dah lepas dah besday "terulung" aku. Sebab apa terulung? Sebab..err..sebab...*sila baca entry sebelum* So, kerisauan tu mcm dh suam-suam kuku sket la. X glamer lagi dah.

Berbalik kepada tajuk di atas, perangai nebes tak tentu arah ni sebenarnya tak boleh dijadikan point kalau kau orang sedang dalam edah menunggu masa untuk pegi holiday. Jadah hape nak nebes pegi holiday? Bukan ke orang patutnya teruja, excited sebab nak gi makan angin?! Idok betei aku kabor ni?

Tapi, pesen tak boleh blah ini la yang sedang aku hadapi sekarang. Ntah sindrom penyakit ke apa, aku kurang pasti. Tapi kalo sebut nak gi holiday, nebes kemain. Sampaikan orang nak pegi interview keje pun takde nebes macam ni. *tipu je*
Bagaimana pun, nebes aku ni bersebab. Holiday bukan sebarang holiday. Holiday hamba ke luar negara, tuan hamba. Walaupun cuma negara jiran. Tapi tempat aku belum penah pegi, belum penah jejak. Apatah lagi nak berak kat situ. Tapi nanti seminggu kat sana wajib buang, kalo tak penyakit datang.

Jakarta dan Bandung, destinasi percutian dengan BFF aku sekalian. Nebes sebab antara tujuan bercuti kat sana sebab nak jumpa Mr. Actor. Nebes sebab takut tak dapat jumpa kalo2 beliau bizi syuting. Tapi kalo ade rezeki jumpa, nebes jugak. Kau orang ingat tak nebes ke? Baru jumpa geng2 Wali Band yang tak bape hensem pun seram sejuk tangan aku ni bersalam dan amik gambor, inikan pulak nak gi jumpa Baim Wong. Gila kau!

Nebes lain, bila aku fikir bape duit aku habis nanti bila shopping kat Bandung? Nebes lain, bape banyak plak tax aku kena bila bawak balik barang2 shopping? Nebes lain lagi, camne aku nak bawak balik barang banyak2 dari KL ke Terengganu naik bas? Huhuhu

Sumpah nebes siot!




Sent from my BlackBerry® wireless device

Tiada ulasan: