MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Julai 09, 2012

Hidup Yang Gagal

Sepatutnya aku tulis pasal perjalanan dan pengalaman di Jakarta dan Bandung tapi untuk entry pertama Julai aku nak tulis pasal hidup yang gagal.

Hidup yang gagal bukan hanya apabila kau orang diisytihar muflis oleh bank, kau orang tak dapat menyaingi peningkatan taraf hidup zaman sekarang ataupun kau orang terjerumus ke kancah kehidupan yang merosakkan diri kau dan orang lain; malah kau orang gagal mendapatkan apa yang kau orang nak, yang kau harapkan itu boleh disebut hidup yang gagal *aku syak 100%, apatah lagi kalau ada orang yang bermain konspirasi menjadikan hidup kau orang itu gagal. Err.. Faham tak? Takpe, aku terangkan lepas ni.

Sebenarnya aku lebih fokuskan hidup yang gagal apabila kau orang gagal dalam sesuatu perhubungan. Dan ianya adalah lebih perit apabila orang lain sewenang-wenangnya membuatkan hidup kau orang itu kucar kacir dan akhirnya - gagal. sebagai contoh, seseorang telah memberi kau harapan setinggi gunung, dengan confession yang mungkin kau orang tak suka untuk percaya 100% tetapi dia tetap meyakinkan kau dengan caranya sendiri. Tetapi pada satu waktu, harapan itu cuma trick untuk melihat kamu menjalani hidup yang gagal.
Tiada lagi kesungguhan yang dipamerkan seperti saat awal. Dan seterusnya dipamerkan pula seseorang yang lain dalam kehidupannya. Yang sebenarnya seseorang itu dah lama pun berkeliaran tapi bila kau orang tanya, dia jawab "just friend". Molek!

Di sini dah nampak, dia test market. Dan mangsanya kau. Bagi aku, kalo dia itu orang baru dalam hidup kau orang, itu biasa. Tapi kalo dia itu dah lama dalam hidup kau, kawan kau orang misalnya, itu sangat-sangat menyakitkan. Dan kalo aku, mungkin dia bukan kawan aku lagi. Aku sendiri tak faham apa yang cuba dibuktikan oleh sesetengah orang. Apakah kerana mereka kacak dan cantik, mereka dengan sesuka hati boleh mempermainkan perasaan orang lain? Apatah lagi apabila seseorang itu ada kawan mereka sendiri?

Kenapa pada kawan sendiri? Sebab kawan akan mudah memaafkan? Aku tak fikir begitu. Walaupun kawan, si kawan tu takde perasaan ke? Betei dok?

Gagal dalam perhubungan yang normal, itu biasa. Tapi gagal dalam hubungan yang macam contoh aku bagi kat atas ni, boleh di panggil loser seumur hidup, kau tau?! Sebab, dipermainkan oleh kawan sendiri. Sedih!




Sent from my BlackBerry® wireless device

Tiada ulasan: