MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Oktober 23, 2012

Di Antara

Dah puas buat review, sesekali kita balik kepada dunia realiti takde salah pun, iye dak? Something serious bak kata mak aku. Lately, aku dihujani dengan perkara-perkara yang serius yang kadang-kadang buat aku rimas. Ya, perkara serius yang merimaskan.


Kepala aku cukup serabut 3-4 hari ni. Terlalu banyak benda yang aku terfikir dan kena fikir. Ditambah lagi dengan benda-benda remeh yang merimaskan. Tambah risau aku dibuatnya.
Ada orang tanya aku, kenapa aku amik masa yang lama untuk "pulih" dari kekecewaan? Hoh! Salah soalan la, aku ingat. Mana ada aku amik masa nak pulih? Biasa je, derr.. 3-4 bulan aku dah boleh terima keadaan dan hakikat, dan aku dah boleh mula bergembira tanpa fikirkan apa-apa perkara yang dah lepas. It is cool, isn’t it? Bukan semua orang boleh buat macam tu, tahu? Hanya orang-orang tertentu saja. Macam aku. (Tapi hati yang dingin, beku? Ermm.. tapi belum sampai ke tahap itu.)


Malangnya, sebagai manusia kau orang memang hanya akan dapat lihat luaran saja. Aku gembira ke, marah ke, bengang ke, sedih ke, yang mana aku kongsi dan zahirkan itulah yang kau orang nampak dan tahu. Secara zahir. Tapi secara batinnya hanya Tuhan yang mencipta dan aku sendiri saja yang tahu. Malahan, kekadang, aku sendiri tak tahu, tapi aku tahu, Tuhan Maha Tahu kenapa Dia buat begitu.


Dan sekarang, sampai satu tahap aku rasa aku sudah berada diklimaksnya di mana, aku sudah tidak teruja lagi untuk mencari, memiliki dan dimiliki. Kalau kau orang ada belajar Mikroekonomi, kau orang mesti faham cara pergerakan ini. Pengeluaran berdasarkan permintaan. Sampai satu tahap, pengeluaran akan berhenti, statik. Tiada lagi peningkatan mahupun penurunan. Itu maknanya, ia perlu diinovasi kepada sesuatu yang baru. Atau mungkin perlu dilupuskan. Bukan kerana ia merugikan tetapi tidak lagi menambahkan keuntungan.


That's me. Tiada lagi yang menyeronokkan untuk aku kejar. Semuanya kelihatan biasa-biasa saja. Malah aku lebih gembira dengan keadaan sekarang. Tidak perlu fikirkan perasaan orang lain, malah perasaan aku sendiri tidak terguris. Walaupun seseorang telah menjanjikan aku sesuatu yang serius, tetapi aku masih tidak boleh bergantung harap kepadanya. Sebab? Sebab kekadang perkara itu mustahil pada fikiran aku.


Apa yang mustahil, tidak terlalu sukar untuk aku jelaskan, tapi aku muak untuk mengulangi walaupun sebelum ini aku cuma berbicara dalam hati dengan diri sendiri. Yang jelas, aku tidak mahu lagi mengharapkan intan berlian di atas gunung, sebab aku takde peralatan untuk mendaki, mendaki juga tidak pandai. Mungkin aku akan mati didalam perjalanan untuk mendapatkan intan berlian tu. Macam bunuh diri pula rasanya.
Yang tidak pernah berjanji, tapi ada ciri-ciri meminati dalam diam pun tak boleh diharap juga. Pesen gini, lagi jangan diharapkan. Buang masa.


Sekarang aku suka layan lagu UNGU dari album Penguasa Hati. Track no 4 dan 12. Memang kedengaran  jiwang Bagi orang yang sedang berkasih-sayang, sangat sesuai. Tapi aku layan juga, walaupon aku single. Takde dalam undang-undang derr, orang single tak buleh dengar lagu orang berkasih-sayang.


Aku tak tujukan lagu tu untuk mereka yang aku maksudkan di atas, tapi aku tujukan untuk bakal suami aku walau siapa pun dia. Aku rindukan “dia”. Seorang suami yang aku pernah mimpi beberapa bulan lalu. Dia hadir menyalami aku, aku menyambut dan mencium tangannya. Ya, itu yang aku rindu.


*Best tak? Best tak?* :p

8 ulasan:

Tembikai Laici berkata...

fuiyoooo.... dasattttt
mimpi kawen tak hajak kita ponggg... heheheh

Sama la kita yang...
tiada lg perasaan utk memiliki, dimiliki atau mencari cari...
Mungkin begini adalah lebih baekkk utk ku...

-MsGoodNite- berkata...

Sebenornya mimpi kawen tu takde la hebat sangat. Setakat tetiba, ada kat majlis pernikahan, dan yang menikah tu diri sendiri. Muka sang "suami" pun jelas tak jelas je. Hahahha

Namun demikian, jika datang jodoh itu, akan ku sambut dengan hati terbuka, Lillahitaala ;)

Tembikai Laici berkata...

yezzaaaaa... andai kata dh sampai jodohmu nnti, jgn ler lupa jemput kami yg kuat makan ini yerrr... hehehehe

sebenornya kann...
nak kabo kt mu nihh.. *mu sorang jer yg tahu nih tauu.. jgn kabo kt org lain, maluuu... ;D
ahkak pong ponah gak mmpi kawen.. bukan sekali, tapi dh 3 kali tuuu...
sama la, wajah si jejaka yg tak berapa bertuah tu pon tak nmpak jugak..
tu dia haihh.. takkan la akan kawen 3 lak kann... hahahah

-MsGoodNite- berkata...

Hahaha... apakah mimpi itu memberi jawapan sebaliknya? kehkehkeh!

akuPM berkata...

kak tembikai silap laa....sy pong da tau ni mcm maneee? hahahahahaha

zuzu, syok mimpi ko ni...arini mimpi lagi tak? huhu

-MsGoodNite- berkata...

Zaza - mana ade.. benda special ni, bukan tiap2 hari. RARE! Hahaha

akuPM berkata...

Loh....hok xspesel yg slalu muncul ni kalo xbace doa sebelum tido

-MsGoodNite- berkata...

Hahahha... Baca laa..kalo tak baca nanti mimpi hantu hihiihi