MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Oktober 29, 2012

Gergasi


Semalam hujan lebat. Pancaran kilat dan guruh mengganggu tidur Razman. Dia fobia dengan kilat. Lazimnya, kehadiran kilat pasti mengundang dentuman petir yang memekakkan. Akibat ketakutan, Razman tidak sedar bila dia terlena. Pagi ini, disebalik comforter, sekujur tubuh besar seperti tong drum menggeliat kemalasan. Kedinginan masih terasa.

Dengan susah payah Razman bangkit dari tilam setebal  6 inci itu, namun jika diperhatikan, ia bukan lagi setebal 6 inci. Tidakkan tahan tilam span itu menampung berat badannya saban malam. Akhirnya kecundang juga.

Usai bersiap, Razman keluar menunggang motosikal yang sudah berbakti kepadanya sekian lama. Agak terseksa melihatkan motorsikal Honda EX5 itu. Satu-satunya kenderaan yang dimiliki Razman yang diwarisi dari arwah ayahnya. Dua keturunan menuntut khidmatnya dan wajar ia kelihatan daif.

Razman memecut motorsikalnya yang tidak berapa laju. Dia mahu menepati waktu yang dijanjikan. Inilah peluang untuk dia buktikan orang berbadan besar sepertinya masih berguna dan memberi manfaat kepada orang lain. Razman bosan dengan kehidupan yang tidak bermatlamat hanya kerana badannya besar. Malah, rakan-rakan lebih senang memanggilnya Gergasi tetapi dalam Bahasa Inggeris.

“Itu, Giant dah sampai. Aku ingat tak berani dia datang”, Wan, salah seorang teman yang menunggu Razman bersuara. Disisinya ada Fairuz. Kedua-dua mereka ini berbadan besar, agak tegap tidak seperti Razman yang besar, tetapi lembik. Juga takut dengan petir.
“Aku dah brainwash dia kaw-kaw kelmarin. Kalau dia tak datang, pesen takde telur lettew! Ataupun, dia bagi mak dia simpan dalam balang”.
Wan tergelak mendengar jawapan Fairuz. Sepatutnya dari dulu lagi mereka libatkan Razman dalam hal ini. Sia-sia mempunyai kawan yang berbadan besar tapi tidak dimanfaatkan. Demi keuntungan bersama.
Razman mendekati Wan dan Fairuz. Dia sangat berharap keputusannya kali ini tepat dan membawa perubahan pada dirinya. Kedua-duanya tersenyum memandang Razman sambil tangan Fairuz menepuk-nepuk bahu kirinya tanda memberi semangat. Mereka sama-sama melangkah ke Pusat Latihan Sumo Kuala Lumpur dengan semangat menjadi ahli sumo.

Gambar tiada kena mengena dengan cerita


*Entry untuk Peraduan Cerpen FXI. Saje cuba-cuba. Dah ada pemenang pun :)

5 ulasan:

akuPM berkata...

Laaaa dah ade pemenang len keeee? Silap tuuuuuu

-MsGoodNite- berkata...

Dah...citer diorang lagi best la. Buleh baca kat fesbuk FIXI :)

akuPM berkata...

Alaaa malas plak fesbuk2 ni. Takpela..bg aku karangan kawan aku ni lagi hebat. Kan?

besi berkata...

ada sambungan ke?

-MsGoodNite- berkata...

Sepatutnya takde.. sebab 300 words je. Ending mcm tergantung je kan?! hehehe