MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, November 20, 2012

Review Suami Dan Isteri

Lama tak rebiu buku, kan? Asik poem, quote, poetry je takleh jadi. Ni aku nk rebiu dua buah buku yang dah lebih sebulan abis dibaca. Buku asalnya adalah terbitan Indonesia, ditulis oleh penulis terkenal Indonesia juga sekitar tahun 1980-an dulu iaitu S. MARA GD. Dua buah novel ni takde berkaitan antara satu sama lain melainkan watak utamanya adalah orang yang sama. Maksudnya disini, si penulis ni gemar menulis cerita bersiri. Alaa..macam siri CSI Miami la. Hero sama, kes lain-lain.

Suami (judul asal : Misteri rahasia seorang suami) - Cerita berkisahkan seorang gadis yang mahu dijodohkan dengan anak orang kaya, duda tampan yang kematian isteri. Awal perkahwinan tiada masalah besar melanda sehinggalah si isteri curiga suaminya mempunyai rahsia besar tentang kematian arwah isterinya dahulu apabila seorang pekerja suaminya pula menjadi korban.

Hero utama, pegawai polis Kosasih dan sahabatnya Gozali menyiasat kes kematian arwah isteri pertama si suami yang telah ditutup untuk membongkar siapa pembunuh sebenar.
Cewaahh! Kemain serius aku rebiu.


Isteri (judul asal: Misteri dendam seorang istri) - Kapten Kosasih dan Gozali kembali menyiasat kematian seorang beks model, isteri kepada hairstylist terkenal yang mati secara tiba-tiba. Suami si mati pada awalnya menjadi suspek utama mempunyai abili tidak bersalah kerana tida di rumah ketika kejadian. Jadi, suspek bertukar kepada pembantu di salon si suami kerana dia orang terakhir yang bertemu si mati ditemui meninggal di biliknya dengan luka kesan kelaran dipergelangan tangan.

*Gaya bahasa kedua-dua buku ini adalah bahasa Indonesia yang diterjemah ke bahasa Malaysia tanpa mengubah apa-apa maksud. Namun demikian, masih ada perkataan asli bahasa Indonesia. Peminat sinetron pasti mudah mencerna tulisan buku ini. Hahahaha....




Sent from my BlackBerry® wireless device

6 ulasan:

Tembikai Laici berkata...

Baca kisah suami isteri saja dia la nihh... hahaha
Tapii cam besh gak citernya nih. Kalau dapat dibuat cerekarama pong baguih nihh.. *jgn ler sinetron, i tak paham nantii... hahahah

-MsGoodNite- berkata...

Tajuk je cik kak.. Mana kami nak tau. Hahahaha

akuPM berkata...

best ek..? bile nk bg aku pinjam ek?

-MsGoodNite- berkata...

Bila-bila ko nak :)

akuPM berkata...

Errr ko bukak cawangan library kt kl dulu bole?

-MsGoodNite- berkata...

Belom mampu lagi. Kalo aku jadi org kaya esok-esok, mungkin laa