MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Disember 04, 2012

Mangsa #2

Aku duduk di bangku aluminium yang bulat berkilat. Terasa sejuk di punggung, dingin kesan hujan renyai. Jam sudah hampir pukul 12 tengah malam. Masih awal bagi kota besar seperti ini, tetapi kerana hujan, tidak banyak kenderaan yang lalu. Teksi yang ditunggu sejak setengah jam lalu juga belum kelihatan.
Seorang lelaki berlari-lari anak dari kejauhan, berhenti berteduh di perhentian teksi itu. Dari uniform yang dipakainya, jelas lelaki itu bekerja sebagai security guard. Mungkin di bangunan yang terletak kira-kira 100 meter dari situ. Lelaki itu mengibas-ngibaskan bajunya yang sedikit basah ditaburi rintik hujan. Langsung tidak mempedulikan keberadaan aku yang asyik memerhati.
"Baru habis shift ke, abang?"
Lelaki itu menoleh. Riak wajahnya sedikit terkejut apabila disapa begitu. Dengan pantas lelaki itu menoleh semula ke arah lain, tidak melayan sapaan aku tadi.
'Sombong!'
Lelaki itu mengambil tempat duduk paling hujung sebelah kiri kerana di situ cahaya lampunya lebih terang. Mungkin juga dia merasa lebih selamat duduk di tempat terang, takut ditangkap khalwat jika duduk berdua dengan aku di bawah malap cahaya lampu yang seperti sudah hampir kehabisan tenaga bateri.
Aku bangun lalu bergerak menghampirinya. Niatku cuma satu, mahu berkawan. Sambil sama-sama menunggu teksi, apa salahnya jika bertegur sapa, beramah mesra. Aku berdiri hampir dengan lelaki itu namun kehadiranku seperti dipandang hanya dengan ekor mata, seperti tidak sudi. Tiba-tiba dia menggosok kedua-dua lengan dan lehernya. Sejuk barangkali. Angin malam bersama rintik hujan tiba-tiba meniup perlahan. Aku tersenyum.
"Abang ni sombong la… saya bukan nak buat apa-apa, saya nak kawan je"
Lelaki itu menjeling lalu menoleh perlahan. Dia terkejut, mukanya pucat tidak berdarah. Dia tidak bersuara, tapi bibirnya kumat kamit mahu mengatakan sesuatu namun tidak jelas. Lintang pukang. Dalam ketakutan, segala ayat yang dibacanya tidak sedikitpun menggentarkan aku. Malah aku makin galak ketawa melihat gelagatnya yang seperti terkena sawan. Aku berjaya mendapatkan mangsa pertama malam ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device




Tiada ulasan: