MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Januari 28, 2013

Berjaya!

Aku melangkah perlahan sambil mata memerhatikan ruang dalam yang kelihatan kusam, sepi tanpa kehadiran makhluk hidup. Orang yang lalu lalang, sekadar melewati ruang itu. Namun ada segelintir berhenti memerhati, kemudian pergi.

Ruang sepi itu sudah lama tidak aku kunjungi. Melalui jendela kaca aku melihat betapa ia dipenuhi debu dan sawang, menjelaskan ia sudah lama tidak dirapi. Ya, akulah orangnya yang selalu merapikan ruang itu dahulu. Namun, sejak akhir-akhir ini aku terlalu sibuk, sehingga lupa tentang ruang itu.

Aku melepasi pintu masuk, memerhati keadaan sekeliling. Tiada yang berubah. Kalendar automatis masih berfungsi seperti selalu, menunjukkan tempoh waktu yang telah aku habiskan di sini. Sudah 4 tahun. Agak lama. Oh! Rupanya masih ada yang sudi tinggalkan pesanan dan iklan di papan SHOUTBOX. Terima kasih aku ucapkan walaupun aku jarang peduli tentang itu.

Aku meneliti link-link pakwe/makwe/grup melepak yang ada. Hurmm.. Tak banyak yang dikemaskini. Yang rajin; update. Yang malas atau sibuk, samalah macam aku. Blog dibiar sepi, bersawang. Macam mana nak jadi blogger yang berjaya kalo macam ni? Macam mana nak dapat duit dari nuffnang kalo nak post entry pun malas? Mungkin diorang dapat duit ikut saluran lain. Mungkin...

Tapi sekurang-kurangnya, aku dah berjaya up entry baru hari ni. Hahaha... YES!




Sent from my BlackBerry® wireless device

4 ulasan:

akuPM berkata...

rajinnyew awk. buatkan sy nyer skali bole?

please..

pleaseeee.....

-MsGoodNite- berkata...

Awak lagi rajin drp saya tu, apa citer? Hahaha

akuPM berkata...

sy kan ikut mood. kalo rajin berjela...kalo malas tajuk jew sy bg. tp kalo malas n xde mood tajuk n isi pown xde taw..

-MsGoodNite- berkata...

Pemalas betei awak ni...