MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Mac 21, 2013

Lelaki Budiman

Hari ni aku nak citer pasal lelaki budiman atau dalam bahasa jawa diorang cakap Gentleman. Dulu aku penah buat public speaking tajuk ni. Aku dapat idea melalui surat khabar, dia ada tulis topik ni. Glamer gak la aku lepas aku bawak topik lelaki budiman ni. Pakwe-pakwe sume berlagak nak jadi lelaki budiman depan aku. Perangai macam monyet!

Ramai orang mengandaikan lelaki budiman adalah *pakwe yang baik. Ya! Boleh dikatakan begitu. Tapi tak cukup dengan baik saje. Kena ada sifat-sifat lain yang boleh meletakkan beliau sebagai lelaki budiman. Aku selalu tengok lagak lelaki budiman ni dalam drama-drama tv aje. Tolong bukakan pintu kereta untuk makwe, tolong tarik kerusi untuk makwe, mengamalkan "Ladies First". Tu sume aku tengok dalam kac tv, tak penah tengok depan-depan. Realiti. Ini semua sebenarnya adalah perbuatan lelaki budiman.

Romantik tu cara lain, bukan macam yang di atas. Harap maklum ya. Sure pakwe-pakwe sekarang malu kot nak buat macam tu, atau makwe-makwe pun malu bila diperlakukan macam tu. Hek eleh... Rileks la.. Walaupun zaman dah moden dan berubah, adab seorang lelaki kepada perempuan kena jaga, tahu?!

Bagi aku, tak salah kalo sesekali pakwe-pakwe ni acting macam tu, lebih-lebih lagi masa pegi dinner tempat eksklusif sempena celebrate apa-apa tarikh, macam hari lahir contohnya. At least dengan cara ni, menampakkan pakwe ni seorang yang prihatin juga. Dan makwe jangan la buat perangai cipan, menganjing ke pakwe. Nak makan penampor la jawabnya.

Lagi satu, yang last aku nak tambah, lelaki budiman ialah pakwe yang tak lokek atau kedekut untuk telefon makwe pujaan dia walaupun sekejap. Setakat 5-6 kali missed call dan nak harap makwe call balik, rentikanlah. Itu baru bab call, belum citer bab belanja makan. Dah sah-sah, ko terkeluar dari senarai. Kahkahkah!




Sent from my BlackBerry® wireless device

3 ulasan:

akuPM berkata...

sgt bagus pendapat ko tentang lelaki budiman ni. *tepuktangan*

-MsGoodNite- berkata...

Yeayyyy!

Lelaki Melayu berkata...

lelaki budiman itu adalah lelaki yang serius dalam melakukan sesuatu perkara penting terutamanya dalam hubungannya baik orang tua dan orang yang disayanginya.