MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, November 30, 2013

The Engangement Day

Alhamdulillah.... 29th Nov 2013 bersaksikan keluarga, saudara dan teman-teman rapat, aku selamat bertunang dengan En. Mohd Mazlie. Satu hari yang aku boleh anggap berwarna warni juga. Mana taknya, macam-macam feel ada.

Untuk majlis ni, barang hantaran semua buat sendiri. Simple ajelah ye.. pasal aku bukan orang yang kreatif. Tapi simple pun, aku tengok nice juga. Wakakaka *angkat bakul.

Tema daripada aku untuk pihak En. Tunang - Oren Hitam Putih. Ada tujuh dulang semuanya. Aku sediakan sedulang Sireh Junjung, kek, buah, kain baju melayu, coklat, towel dan sehelai t-shirt.

Pihak lelaki janjinya datang pukul 3 petang, so sebelum tu of course la ada agenda-agenda bermekap dan berhias, kan? Hahahaha..
Aku tak tempah jurumekap professional pun. Sekadar teman-teman rapat aku ni aje. Diaorang pon terer mekap hokay. Hasilnya cantik. *puji hasil mekap, bukan puji diri

Seronok sebenarnya, dapat jumpa Cuda dan Imah yang jarang dapat jumpa. Tambah Ena dan Fajar masuk bilik bantu mekap dan hias. Gegar bilik aku.

Bila pihak lelaki dah sampai aku masih rase cool lagi tapi bila FMIL masuk bilik untuk sarung cincin baru terasa nervous. Yang bertambah nervous lagi bila aku dipanggil keluar untuk bersalaman dengan tetamu-tetamu perempuan yang datang dari pihak lelaki. Nasib baik tak ramai sangat. Hahahaha.
Tapi yang paling nervous, malu, berdebar tahap gendang raja bila nak amik gambar kat luar dengan En. Tunang. Semua duk perati, yang mana bertelefon kamera, duk amik gambar. Macam retis, tau? Bapak malu siot. Takleh bayang kalo menikah nanti camne.. huhuhu. Harap-harap time tu aku tak malu sangat. Cis!

Apa-apa pun, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkah dan izin-Nya majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga buat seseorang yang memperkenalkan aku kepada En. Tunang sehingga hubungan ini menjadi lebih serius dengan ikatan pertunangan dan InsyaAllah hingga ke jinjang pelamin. Terima kasih kepada keluarga En. Tunang yang menerima kehadiran aku dalam keluarga mereka. Semoga aku terus betah bersama mereka dan begitu juga sebaliknya.

Terima kasih buat keluarga, mak abah yang selalu ada untuk aku. Sayang sekali satu-satunya adik perempuan aku tak dapat bersama kerana di UiTM Puncak Alam sekarang. Suruh balik, taknak pastu merepek kat bbm.

Terima kasih teman-teman yang hadir sudi untuk menemani dan meraikan majlis kecil aku. Tak ramai, 6 orang je. Tapi gamat macam 16 orang. Dan terima kasih pada saudara dan jiran-jiran yang turut datang meraikan. Nak tengok gambar lain? Sila tonton di www.instagram.com/peppermintnelly. Tapi syarat dia kena follow aku dulu. Hahaha.

Adios!

Sent from Yahoo Mail on Android

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

congratulation.... happy for u

-yani-

Fadh Rahman berkata...

Tahniah...pasnie xleh laa dh kaco aok lg

Zampeada berkata...

tahniah!

-MsGoodNite- berkata...

Fadh - TQ. Hahaha.. takleh kaco tapi jgn tak tegur plok

Zam - Thank you

Yani - TQ. Hey nak contact camne

Anonymous berkata...

Tahniah ms zura...