MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Disember 19, 2013

Ops. Cincin

Bila last update? Lupa, maaf. Straight to the point aje lah. Aku dalam misi mencari cincin kahwin untuk En. Tunang. Memang la lambat lagi majlisnya tapi sebelum aku tenggelam di dalam kebizian, baik setelkan awal-awal. Iye dok? Hurmm.. memula fikir nak belikan sendiri ikut taste aku tanpa ajak En. Tunang. Tapi seriously aku tak tahu saiz jari beliau dan fikir-fikir nanti beliau tak suka dengan pilihan aku. But dont worry bebeh, I'm sure u will love it. Eceh!

Aku tak akan belikan cincin kahwin yang macam pakcik-pakcik kat En. Tunang. Euwww tolong lah. Macam orang tua gatal ok. Pantang! So, aku fikir aku nak cari cincin yang design dia ala-ala platinum gitu. Cis! Nak beli platinum pure, rabak poket woo. Bajet ciput. Hahaha..

Choice lain Stainless steel dan silver tapi kalo stainless steel nampak macam so-so sangat. Ape la sangat belanja lebih sket untuk bakal suami sebab dia pun abis banyak juga untuk kahwin, kan? Silver pon okay sebenarnya, lebih murah dari suasa tapi nak dapat design yang aku suka tu susah. Macam nak kena tempah je. Tapi tak kesah la kalo nak tempah pon asalkan puas hati. Nak pakai lama, kan?

Siang tadi ade la juga aku survey 1-2 kedai yang ada jual cincin silver. Well, as I told before silver tak banyak design di kedai emas. Tapi bila aku pegi kat 1 kedai silver ni, banyak cincin dia yang cantik-cantik. Berkenan juga aku tengok satu cincin yang berbatu warna green topaz. Tapi bukan batu hidup la. Harga pon tak mahal sangat, around RM180. Aku suka warna batu cincin tu, design dia kira ok la tapi besar. Kalo jari orang gemuk mungkin sesuai. Jari En. Tunang? Err tak check pulak.

Ok, aku fikir-fikir balik mungkin aku akan ajak En.Tunang sendiri pegi beli cincin dia tapi selepas aku buat survey. Sabaq naa cyg.. kita cari yang mampu je. Aku share pic contoh design cincin yang aku suka dan berhajat untuk En. Tunang. Yang dalam bulatan biru tu semua aku suka. Yang mana ada tanda check biru tu aku suka juga. Suka design tapi emas dah tentu-tentu la lelaki tak boleh pakai. So jangan la salah paham pulak.

Design yang simple but nice. Niat kat hati nak tandakan sesuatu kat cincin tu nanti. InsyaAllah sebagai kenangan. Wink! Wink!

Ok.. nanti kalo dah jumpa, aku update lagi.

Sent from Yahoo Mail on Android

Tiada ulasan: