MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, September 26, 2015

Aku Menangis Kerana JAJA & DIN

Istimewa sangat.
Ini yang pertama aku nak sebut.

Aku pilih Jaja & Din ketika berkunjung ke Perpustakaan Awam kerana bila aku baca sinopsisnya, plot cerita macam lucu. Ya, sebab dah lama aku tak baca novel mainstream macam ni, jadi aku nak cari cerita yang ringan dan santai. Bukan cerita cinta leleh yang cliche seperti Adam Hawa, Ombak Rindu, I Love You, Mr. Arrogant.

Normal, bila kita baca novel; kita akan letakkan diri kita sebagai pemegang watak dalam novel itu. Aku mengaku aku pun sama. Tapi dengan Jaja & Din, feel dia lain. Aku tak pernah rasa perasaan yang macam tu bila baca novel. Aku rasa kerdil, insaf, syukur dan paling indeed, aku rasa masih banyak berhutang. Hutang dengan Tuhan Yang Satu.

Jaja, telah ditetapkan oleh-Nya menjadi isteri kepada Burhanuddin Al-Helmy. Lalu dijentikkan ke hatinya cinta pandang pertama melalui foto untuk poster iklan raya Din membaca surah Yassin di kubur. Tanpa diketahui siapa nama lelaki itu, di mana asalnya, umurnya, pekerjaannya dan yang sewaktu dengannya.

Jaja gadis yang terbuka, seringkali lalai melakukan suruhan Yang Esa. Sudah lama tidak duduk di atas sejadah. Rambut panjangnya lepas bebas, kadang-kadang hanya berseluar yanki paras lutut dengan tshirt gedoboh keluar ke kedai. Layakkah bagi seorang Jaja yang begitu meminta dipinangkan seorang ustaz bernama Din untuknya?
Masa ini aku terfikir, jodoh itu rahsia Allah. Ustaz Din boleh memilih di antara seorang guru dan seorang ustazah sebagai bakal isterinya. Keduanya anak imam tapi kerana ketetapan Allah itu benar, dengan solat istikarah, ustaz Din menerima Jaja.

Pada satu tahap pertama, aku turut merasa apa yang Jaja rasa. Kesungguhan hati memohon pada Allah, menangis kerana mengharapkan belas kasihan dari-Nya. Sehingga akhir cerita, Jaja & Din sangat terkesan kepada aku. Kerana cinta kepada seorang yang zuhud bernama Burhanuddin Al-Helmy, Faiza mengabdikan dirinya kepada Allah, menjadi hamba Allah yang taat kepada suruhan-Nya, melunaskan hutang solat selama 9 tahun, menjadi isteri yang solehah, setia dan zuhud kepada seorang mujahidin.

Ini bukan review. Aku sekadar tulis sedikit apa yang aku rasa. Kamu juga harus selami supaya dapat menginsafi.


Sent from Yahoo Mail for iPhone

Tiada ulasan: