MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Oktober 02, 2015

Welcome October! ( lewat sehari tidak mengapa )

Seronok sebenarnya bila dapat kembali ke sini secara consistent.
Teringat zaman blog-blog berleluasa. Semua pakat ada blog dan menulis apa saja di sini.
Ada yang tulis cerita, diari, puisi.
Ada juga yang secara memenuhi kehendak hati.
"Orang ada blog, akupun ada".

Di sini aku lebih banyak menulis tentang kehidupan. Kehidupan aku sendiri.
Macam diari. Ada cerita suka, cerita duka, cerita yang entah apa-apa.
Semua orang bebas membaca, dan aku sendiri tak kesah siapa yang datang.
Sebab mereka tidak kenal aku, aku tidak tahu siapa mereka.

Semuanya sekadar luahan perasaan. Aku lebih suka meluah masalah secara menulis daripada menterjemah melalui lisan. Walaupon kekadang tulisan boleh disalahertikan. Terserah.

Di sini, aku lebih menjadi diri sendiri.


                   +++++

Hari minggu. Polis EVO menunggu. Sebelum itu, baling bola dulu.
Mesra Mall, tunggu aku...






Tiada ulasan: