MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, November 16, 2015

Tulisan Picisan

Alaa.. Tetiba terlama plak nak update entri. Agak bizi disamping mood menulis kurang terbit. Hari ni rasa macam nak menulis sebab bosan tak buka fesbuk. (data 2GB dah limit tak sampai sebulan. Tak guna punya MAXIS!)

Dah masuk pertengahan November rupanya. Tak sedar pun, cepat je masa berlalu. 2, 3 hari ni purata turun hujan lebih kerap. Yup! Dah nak masuk musim tengkujuh. Musim banjir. Sekarang ni pun langit gelap je. Awan baru lepas merembes hujan sejak subuh tadi. Ni baru berhenti. Berhenti sekejap aku rasa. Sebab langit masih gelap. Kejap lagi mungkin akan hujan lagi.

Hurmm.. Aku selalu perasan. Perasan yang satu habit ni pada diri aku bila tiap kali hujan yang berpanjangan dalam satu hari. Yang mana awannya mendung amat. Langit tanpa matahari. Aku akan selalu jadi orang yang berpuitis. Atau paling tidak, aku terlalu banyak idea untuk menulis. Melihat awan kelabu seolah-olah menyentuh cas magnet dalam kepala untuk meluah sesuatu. Hati automatik akan rasa lebih sayu atau paling teruk, rasa kosong. 

Waktu begini aku lebih suka mengenangkan saat-saat aku tiada siapa-siapa. Saat aku kesedihan, kesepian, kekosongan. Saat aku merasa kalah dengan keadaan yang seolah-olah tidak pernah mahu memberi ruang dan peluang pada aku. Waktu begitu, aku selalu meluahkan perasaan melalui tulisan. Dan hasilnya aku postkan di sini. Kadang-kadang di FB. Tapi akaun lama. Boleh cari dan baca melalui label poetry. Itupun jika aku tak lupa nak labelkan entri. 

Menulis dengan perasaan, hasilnya lebih hidup. Aku bukan seorang yang pandai sangat menulis. Ayat-ayat terlalu ringkas, tidak bermadah sebab aku tak pernah belajar formal sastera. Aku hanya belajar melalui pembacaan. Cara pengolahan dan struktur ayatnya. Aku cuba. Maaf jika hasilnya tidak bagus tapi sekurang-kurangnya aku rasa puas.


Dibalik kabut awan hitam itu
Aku lihat engkau senyum
Menyambut aku 
Dalam dakapanmu.
Terima kasih Tuhan
Kerana anugerahkanku
Apa yang aku harapkan
Bertahun dulu...

Tiada ulasan: