MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Februari 25, 2016

Mimpi

Amboi! Macam sebulan sekali je aku nak update entry kat sini. Last masa bulan lepas. Busy shaaangaaatt kunun!

Semalam ingat nak tulis guna lappy tapi tetiba idea mati. So aku stop. Pagi ni Khamis ni aku rase mood agak blues sket. Macam sesuai je nak menulis. Nak kate idea melimpah tak juga, cuma terasa nak menulis.

Malam kelmarin aku mimpi. Kata orang, tak baik ceritakan mimpi kite kat orang. Sebab.. Sebab dia aku tak tahu. Masa aku google nak cari tafsir disebalik mimpi aku tu, aku jumpa blog tafsir mimpi yang nampak lebih islamik. Mukadimah banyak menjurus pada kisah-kisah para sahabat nabi yang berkaitan dengan mimpi. Situlah dia tulis tak elok menceritakan mimpi pada orang lain, dikhuatiri akan menyebabkan fitnah dan lain-lain. Hmm.. 

Aku cari tafsir apa yang aku mimpi malam tu, nak tahu maksudnya. Apakah ia akan mendatangkan kebaikan pada aku atau sebaliknya.

..... ...... Jumpa!

*sebab aku taknak bagitahu apa mimpi aku tu, so aku terus skip kepada maksudnya aje ye.

Maksud/tafsir mimpi aku malam tu - akan terima rezeki yang baik.

Kata tulisan tu, mimpi yang boleh ditafsir ialah mimpi yang benar, maknanya ia bukan datang sebab kita banyak berfikir tentang perkara itu sebelum tidur. Ada lagi satu jenis mimpi. Aku lupa nama khas dia tapi mimpi tu memang beri petanda buruk, mainan syaitan. 

Jadi dalam konteks aku ni, aku rase mimpi aku mimpi benar walaupun aku bukan orang alim yang tak pernah bercakap dosa (Sebab manusia biasa pasti akan buat dosa).
Sebabnya aku tak bercakap atau fikir tentang perkara yang berkaitan mimpi aku tu. Aku berkonfrantasi dengan beberapa rakan tentang rumah rakyat yang diorang dapat tapi aku dipinggirkan, malam tu selain mimpi benar tu, aku mimpi pasal rumah rakyat tu juga. Jadi nampaklah mimpi yang pasal runah rakyat tu mainan tidur je, kan?

Aku terfikir apa agaknya rezeki yang baik akan datang untuk aku. Bila fikir semula, macam Tuhan nak bagi hint bahawa kalo aku dapat rumah rakyat tu, itu bukan rezeki yang baik sebab sah-sah diorang semua main kabel termasuk aku. Sedangkan dalam mimpi satu lagi maksudnya aku akan dapat rezeki yang baik. 

Ya, setiap yang berlaku semua ada hikmah. Ada hikmah aku tak dapat rumah rakyat sedangkan rakan-rakan aku semua dapat tapi guna kabel. Allah sayang aku lettew... 

Cuma aku harap, ada rezeki nak timang cahayamata lepas ni. Aamiin..

1 ulasan:

Zampeada berkata...

tafsir mimpi ni kekadang berbentuk personal... utk universal boleh lah rujuk pada buku... klo yg personal berkait rapat dgn org tuh punya mimpi.