Ehem..ehemm..
Nasib tak kena banned blog ni. Manalah tahu, sebab lama sangat tak aktif. Kalo tak kena banned pun, masalahnya berpunca dari akulah; lupa password. Tapi ni tak lupa, sebab aku tak log out pun.
Last update bulan 2, now dah bulan 8. Bapak lama, kan? Aku rasalah. Tapi ada je orang lain lagi lama daripada ni. Aku syak memang dah lupa password diorang tu.
Well, saje nak share. Selama 6 bulan sunyi sepi ni, aku ade buat aktiviti baru. Baeeekkk punyeeee! Aktiviti sihat, untuk jaga stamina dan kuruskan badan. Hurmm.. Actually takde la betul-betul kuruskan badan. Just nak turunkan berat badan yang melampau-lampau naiknya sejak kahwin. Honestly masa zaman bujang, badan aku paling berat ialah 67kg. Time tu aku tak tahu secara details kenapa mencanak sangat grafnya naik. Mungkin time tu aku ada makan ubat untuk kolestrol dan hati sebab ada masalah keracunan steroid.
Bila dah 67kg tu aku mula rasa takut sebab tak pernah mencapai seberat tu. Aku dah la tak kahwin lagi, main berat-berat gitu pulak. Nekad la kononnya nak kurus, aku beli doktor rozmey punye ubat tu, apa ke nama ntah, jusmate 5 kot. Tak sedap. Tak abis pun satchet dia, aku berenti. Ye la, dah rasa macam muntah kucing je. Masam tak sedap. Kemudian aku beli herbalife plak. Sekali tu je la aku beli. Mahal nak mampos. Rm400 lebih. Time tu gaji kecik. Tak mampu dek non. Last aku nekad yang sebenarnya, aku diet sendiri. Aku makan nasi seminggu sekali jer. Berjaya juga tu.. Lama gak la nak amik masa. Sebab aku tak bersenam pon. Turun la ke 57-59kg.
Bila dekat nak kahwin berat aku around 60-62kg. Makin lama kahwin makin gemuk siott. Sama gak ngan laki aku. Kami macam bertanding pulak sapa paling gemuk dia menang. Hahaha sampai satu tahap aku rasa berat aku cecah 75kg. Tapi sebab aku tinggi so tak nampak la gemuk sangat, cuma orang yang kenal aku dulu sure akan terkejut bila jumpa aku. Heh heh heh..
Penat tau tak bila obes ni. Ya, aku obes tahap 1. Then aku tengok ada kawan aku jual ubat kurus. Dia makan, memang nampak bukti dia kurus. Aku pun beli, dan consume benda tu. 2 minggu pertama berat aku tak jejas pun. Sedangkan dia kata seawal 3 hari dah nampak perubahan. Yang aku rasa perubahan cuma peluh berpanjangan. Peluh jangan cakap la, macam duduk dalam sauna. Itu cara ubat tu bertindak, dia bakar lemak dalam badan. Tapi aku rasa dah macam orang sakit sebab berpeluh memanjang. Sampai meleleh peluh dari atas kepala. Testimoni lain semua positif. Seminggu dua minggu dah turun 5-6kg. Aku? Sekilo pun Alhamdulillah.
Then ada kawan aku yang lain ajak pegi zumba. Aku follow. Start dari tu la, berat aku turun. Cukup 2 bulan aku consume ubat yang nama Odix tu, aku stop. Aku dah pandai kontrol pemakanan sendiri. Jaga kalori dalam makanan sendiri. Joint zumba class 3x seminggu. Power walking to uphill 1x seminggu. Zumba sendiri kat rumah paling kurang setengah jam 3x seminggu (biasa aku buat 1 jam juga + 4 minutes Tabata workout). Workout cardio 6x seminggu. Boleh dikatakan sekarang life hidup aku AKTIF. Aku suka dengan keadaan aku sekarang. Walaupun goal berat badan aku belum tercapai tapi aku semangat nak reach it. Tak jemu langsung.
Sekarang berat badan aku 63kg. Ada 8kg lagi aku nak kena buang walaupun berat ideal aku cuma 58kg. Takpelah, nak try je 55kg. Kalo nampak kelakor melengkung, tambah balik jadi 58kg. Cewaahh! Konfiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan