Assalamualaikum wbt...
Setelah beberapa hari berlalu, baru hari ni rasa macam free sket nak tulis entry pasal running event aku untuk tahun 2019 ni. LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD 2019. Selalunya blogger lain dah start tulis pasal event run diorang sebelum start event lagi, tapi aku malas. So, aku share pengalaman 1st HM aku ni selepas event je la.
Yup, ni adalah 1st Half Marathon 21km aku a.k.a orang sebut VIRGIN HM. Sebetulnya event LAJSM ni adalah edisi ke 3 aku tapi tahun-tahun sebelumnya aku join kategori 12km saja. Tahun ni pun aku register 12km tapi beberapa jam sebelum event start aku upgrade kategori. Ceritanya bila ada orang nak jual bib 21km. Aku dah memang lama berhajat, so aku beli je la dan cabar diri sendiri untuk buat HM tahun ni.
Aku memang tak pernah lari jauh masa training. Paling jauh boleh pegi 3km jer, lepas tu aku akan jalan 10-15 kali nafas then aku lari balik. Tapi masa buat HM aku dapat lari jauh. Mungkin dari awal aku dan set dalam kepala nak buat LSD - pace 9 saje. Tapi masa km 1 aku tgk jam, pace 7 juga ðŸ¤. Mungkin semangat dalam event jadi lain, lagipun kita bukan lari sorang-sorang. Ramai yang kat depan dan belakang kita. Aku tak kisah dah orang yang pintas aku, tapi aku rase lebih semangat bila aku dapat pintas orang. Dalam 7km aku lari, sampai dah naik Jambatan sultan mahmud baru aku berhenti. Mengah dah separuh jambatan aku slow jog. Bila turun (lepas u-turn), laju balik tapi lepas tu agak kerap sket aku berjalan 10-15 kali nafas.
Aku mula rasa sakit kaki masa nak masuk ke km 15. Masa ni dekat Drawbridge. Dah la elevation dia mencanak, tapi yang ni bukan penyebab aku rase down atau mental. Yang buat aku mental bila lalu untuk u-turn kemain jauh lagi dari Drawbridge tu. Aku ingat dalam 1 @ 2 km dah boleh u-turn. Maklumlah, kaki dah sakit, u-turn jauh lagi, perut meragam pulak. Mana tak mental?!
Dalam 2km terakhir, kaki aku memang tak teragak-agak dah sakit. Kaki, belakang lutut semua dah macam taknak bagi kerjasama. Aku fikir nak berjalan terus je sampai FL masa tu, tapi masa dah tak banyak. Kalo tak lari, COT gerenti tak lepas. So, no finisher tee hahaha. Aku slow jog je la, selang seli dengan jalan. Akhirnya aku berjaya juga ke FL dalam masa COT. Alhamdulilah. Lembik kaki rasanya hahaha.
Kalo tanya aku serik ke tak buat HM, jawapan aku TAK. Aku bersedia untuk buat HM lagi, tapi kali ni dengan lebih persediaan dan training. Podium tu di luar pemikiran, setidaknya boleh baiki sikit masa larian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan