Disember 2020
Nampak gayanya, blog ni hanya akan terisi entri baru setahun sekali saja agaknya. Entri terakhir Disember 2019. Hari ini, 29 Disember 2020, aku kembali semula untuk mencoret sedikit ringkasan kenangan hidup sepanjang tahun ini. Yang mana, semua tulisan-tulisan ini akan aku baca semula pada masa depan, jika ada kelapangan.
Tidak banyak yang menarik bermula Januari hingga Februari. Cuma aku berjaya menghabiskan Half Marathon ke 2 di Putrajaya aku dengan PB. Alhamdulillah.
Bulan Mac banyak kisahnya. Bermula Din kahwin.. Alhamdulillah sampai juga jodohnya walopun hakikatnya perkahwinan bahagia tak dirasakan seperti orang lain. Semoga kau bersabar dengan asam garam rumahtangga dan bini kau yang pelik tu. Inshaa Allah, semoga Allah memberikan kemanisan dalam hidupmu. Aamiin.
Dalam Mac juga seluruh dunia ibarat “lumpuh” bila diserang pandemik Covid 19 yang berasal dari China. Tak tahulah aku ini agenda siapa. Terlalu banyak andaian, spekulasi. Yang mana benar, yang mana asli. Yang pasti berjuta orang seluruh dunia telah dijangkiti, berjuta orang juga telah mati. Covid 19 datang Malaysia semasa politik Malaysia sedang bergolak berebut nak jadi PM nak jadi Kerajaan yang memerintah. Dah kecoh rakyat suruh tutup pintu masuk negara dari dikunjungi pelancong terutamanya China. Apakan daya, rakyat pun takde kuasa. (Ko tunggu time pilihanraya la nanti)
Bila PM baru dilantik, PM segera umumkan PKP seluruh negara. Semua aktiviti pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain terhenti selama 3 bulan kecuali essential services. Tak boleh berjalan ke sana-sini. Semua kena duduk rumah. Aku pun sama duduk rumah (WFH) membesarkan bodi. Ramai orang terkesan dengan keadaan ini. Dan semua orang kena biasakan diri dengan Norma Baru dalam kehidupan. Dah tak boleh salam-salam. Tak boleh berada ditempat Sesak, Sempit dan tak boleh berSembang dekat-dekat. Masjid jadi sepi, tak boleh ramai macam dulu. Solat pun jarak-jarak, dah takde “rapatkan saf”. Sekolah kemain cuti lama, tapi kena belajar online juga dengan cikgu memasing.
Nak masuk premis apa-apa pun kena scan QR code dan scan suhu. Jika ada gejala tak dibenarkan masuk ke premis. Pemakaian face mask dah jadi wajibul ghunnah. Tak boleh rentas daerah, tak boleh rentas negeri apa lagi nak keluar negara. Yang diluar negara sibuk nak balik Malaysia. Yang di Malaysia tak dapat balik kampung. Tapi Kerajaan baru prihatin. Kerajaan Perikatan Nasional. PM bagi duit banyak kali kat rakyat. Sampai kecoh, artis-artis yang dulu sibuk tayang aset kat media sosial, tayang pi shopping overseas, holiday overseas duduk horel 7stars dah mengaku sengkek terkesan dengan pandemic. Apooo?!
Dah sampai berbalah bergaduh dengan netizen kat socmed, kata netizen tak kenang budi. Yang ni memang buat aku gelak tak berenti. Betullah orang cakap kebanyakan yang jadi artis ni, zaman sekolah ponteng. Bodoh dia bukan sikit-sikit. Bila kena kecam, dia punya konar baring kalah Velentino Rossi.
Disebabkan pandemic ni aku kena duduk rumah, maka aku pun tak pegi run/joging. Kerja aku asik makan, so faham-faham sajalah. Akhirnya aku malas nak lari, kaki pun macam sakit. So, aku suruh hasben aku belikan MTB. Mengayuh la aku di kala hari minggu dan petang lepas balik kerja kalo aku rajin.
Tahun ni juga aku dan hasben sambung rawatan kat KK. Memandangkan Klinik Raihana tu dah tak jadi klinik. Mahal pulak tu. Doctor kat KK ni referkan aku ke HSNZ untuk rawatan susulan, tapi masih juga aku kena jumpa doctor kat KK ni. Awal tahun depan aku kena buat HSG (nama dia panjang, tak ingat eja camne). Then kalo takde pape doctor cakap bolehlah buat IUI. Aku harap ada la rezeki aku pregnant tahun depan. Dah nak masuk 41 wehh..
Last sekali harapan aku agar pandemik ini akan segera terhapus dari muka bumi ini. Semoga Allah memberikan segala kebaikan, kebahagian, kesejahteraan pada aku dan keluarga aku serta semua orang untuk tahun depan dan seterusnya. Yang mana rasa seperti kekurangan, semoga Allah penuhkan, yang rasa kegelisahan Allah tenangkan, yang tiada Allah adakan. Kerana kita tahu, Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021 💕
Tiada ulasan:
Catat Ulasan