MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Mac 11, 2012

Bahagia Ke??

Hidup ni, kalau kau tak rasa mudah, kau akan rasa payah. Sama jugak kalau gua cakap hidup ada dua - bahagia, derita.

Macam-macam cara kau boleh bahagiakan diri kau. Terpulang pada individu. Nak derita pun tak susah sebenarnya. Kau pegi la hisap dadah ke, merompak ke, menipu ke... Kantoi kalu, derita la hidup kau. Itu gua tak heran sangat. Bak kata org, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung.

Tapi kalau kau nak bahagia, dan kau sedaya upaya cuba membahagiakan diri kau dengan cara kau sendiri dan luarannya terlihat kau bahagia sedangkan dalaman kau derita. Itu apa cerita?

Secara rambang gua katakan, jalan bahagia yang kau cari tu jalan yang tak diredhai. Atau bukan jalan selamat. Gua pun tak arif bab bahagia derita kehidupan ni, tapi sebagai orang berakal kau boleh fikir apakah bahagia yang kau cari itu hanya untuk sementara, suka-suka atau untuk masa depan berkekalan?

Hidup kita kat dunia ni tak panjang dik, umur makin bertambah, uban makin banyak muncul di kepala. Beringatlah. Kebahagiaan yang kau cari itu biarlah membawa ke akhir hayat bukan stok buat bahagia time kau tengah ada duit atau masa kau tengah muda ni.

Memang kita tak jangka apa yang akan berlaku akan datang tapi ciri-ciri itu kita dah boleh nampak sebenarnya. Kalau kau ikhlas, redha kerana Yang Maha Satu, InsyaAllah akan didorongkan jalan kebahagiaan berkekalan pada kau dan pada gua jugak.

Agak serius entry gua kali ni. Takpe la. Harap kau faham apa yang gua sampaikan. Sekali gua bagi ingat kat diri gua sendiri.




Sent from my BlackBerry® wireless device

Tiada ulasan: