MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label Kontes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kontes. Papar semua catatan

Selasa, Disember 04, 2012

Mangsa #2

Aku duduk di bangku aluminium yang bulat berkilat. Terasa sejuk di punggung, dingin kesan hujan renyai. Jam sudah hampir pukul 12 tengah malam. Masih awal bagi kota besar seperti ini, tetapi kerana hujan, tidak banyak kenderaan yang lalu. Teksi yang ditunggu sejak setengah jam lalu juga belum kelihatan.
Seorang lelaki berlari-lari anak dari kejauhan, berhenti berteduh di perhentian teksi itu. Dari uniform yang dipakainya, jelas lelaki itu bekerja sebagai security guard. Mungkin di bangunan yang terletak kira-kira 100 meter dari situ. Lelaki itu mengibas-ngibaskan bajunya yang sedikit basah ditaburi rintik hujan. Langsung tidak mempedulikan keberadaan aku yang asyik memerhati.
"Baru habis shift ke, abang?"
Lelaki itu menoleh. Riak wajahnya sedikit terkejut apabila disapa begitu. Dengan pantas lelaki itu menoleh semula ke arah lain, tidak melayan sapaan aku tadi.
'Sombong!'
Lelaki itu mengambil tempat duduk paling hujung sebelah kiri kerana di situ cahaya lampunya lebih terang. Mungkin juga dia merasa lebih selamat duduk di tempat terang, takut ditangkap khalwat jika duduk berdua dengan aku di bawah malap cahaya lampu yang seperti sudah hampir kehabisan tenaga bateri.
Aku bangun lalu bergerak menghampirinya. Niatku cuma satu, mahu berkawan. Sambil sama-sama menunggu teksi, apa salahnya jika bertegur sapa, beramah mesra. Aku berdiri hampir dengan lelaki itu namun kehadiranku seperti dipandang hanya dengan ekor mata, seperti tidak sudi. Tiba-tiba dia menggosok kedua-dua lengan dan lehernya. Sejuk barangkali. Angin malam bersama rintik hujan tiba-tiba meniup perlahan. Aku tersenyum.
"Abang ni sombong la… saya bukan nak buat apa-apa, saya nak kawan je"
Lelaki itu menjeling lalu menoleh perlahan. Dia terkejut, mukanya pucat tidak berdarah. Dia tidak bersuara, tapi bibirnya kumat kamit mahu mengatakan sesuatu namun tidak jelas. Lintang pukang. Dalam ketakutan, segala ayat yang dibacanya tidak sedikitpun menggentarkan aku. Malah aku makin galak ketawa melihat gelagatnya yang seperti terkena sawan. Aku berjaya mendapatkan mangsa pertama malam ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device




Selasa, November 27, 2012

Mangsa #1


Waktu petang, Raniah suka mengelamun di tingkap ini. Pemandangan dari sini boleh nampak jauh ke tengah sawah. Hijau. Raniah suka. Sejuk mata memandang. Padi belum menguning. Tak lama, dua minggu lagi sudah boleh dituai. Waktu itu, Raniah pasti sibuk membantu ayah di sawah. Selama ini kami dua beranak menyara hidup dengan hasil sawah dan menjala ikan. Nasib baiklah sebidang sawah itu milik ayah sendiri. Tidak mengambil upah di bendang orang lain.

Selesai siapkan sarapan untuk ayah pagi tadi, Raniah ke belakang membasuh pakaian kotor. Lepas menyidai kain, Raniah akan beri ayam dan itik belaan kami makan. Kemudian Raniah sambung lagi kerja-kerja suri rumah yang ditinggalkan arwah ibu lebih dua tahun lalu. Ibu meninggal kerana sakit barah. Kesian ibu, ayah tak cukup duit untuk menanggung kos rawatan ibu. Raniah sendiri terpaksa berhenti sekolah sebab mahu menjaga ibu.

Di rumah ini, Raniah hanya tinggal bersama ayah. Raniah tak ada adik beradik lain. Tetapi sepupu Raniah, abang Seman selalu juga datang bermalam di rumah. Terutama jika dia menerima upah membuat rumah atau membetulkan rumah penduduk berdekatan. Abang Seman masih belum berkahwin walaupun usianya sudah hampir 40 tahun. Bila ditanya ayah kenapa masih belum berkahwin, tak cukup duit katanya.
Raniah perasan, abang Seman selalu perhatikan Raniah. Kadang-kala Raniah takut bila diperhatikan begitu lebih-lebih lagi bila ayah tiada di rumah. Tapi lazimnya abang Seman duduk di pangkin menunggu ayah balik. Dia tidak masuk ke rumah jika ayah tiada. 

Hari dah petang, Raniah kena siapkan makan malam untuk ayah. Sekejap lagi ayah balik. Ayah tak suka menunggu lama untuk makan. Jadi, sementara ayah mandi Raniah sudah boleh panaskan semula lauk yang Raniah masak petang ini. Lepas makan , pasti ayah akan minta Raniah urut badan ayah yang selalu sakit-sakit. Maklum saja, ayah sudah tua. Tapi ayah tidak pernah lupa keperluan batinnya. Selama inikan, Raniah pengganti ibu!

Isnin, Oktober 29, 2012

Gergasi


Semalam hujan lebat. Pancaran kilat dan guruh mengganggu tidur Razman. Dia fobia dengan kilat. Lazimnya, kehadiran kilat pasti mengundang dentuman petir yang memekakkan. Akibat ketakutan, Razman tidak sedar bila dia terlena. Pagi ini, disebalik comforter, sekujur tubuh besar seperti tong drum menggeliat kemalasan. Kedinginan masih terasa.

Dengan susah payah Razman bangkit dari tilam setebal  6 inci itu, namun jika diperhatikan, ia bukan lagi setebal 6 inci. Tidakkan tahan tilam span itu menampung berat badannya saban malam. Akhirnya kecundang juga.

Usai bersiap, Razman keluar menunggang motosikal yang sudah berbakti kepadanya sekian lama. Agak terseksa melihatkan motorsikal Honda EX5 itu. Satu-satunya kenderaan yang dimiliki Razman yang diwarisi dari arwah ayahnya. Dua keturunan menuntut khidmatnya dan wajar ia kelihatan daif.

Razman memecut motorsikalnya yang tidak berapa laju. Dia mahu menepati waktu yang dijanjikan. Inilah peluang untuk dia buktikan orang berbadan besar sepertinya masih berguna dan memberi manfaat kepada orang lain. Razman bosan dengan kehidupan yang tidak bermatlamat hanya kerana badannya besar. Malah, rakan-rakan lebih senang memanggilnya Gergasi tetapi dalam Bahasa Inggeris.

“Itu, Giant dah sampai. Aku ingat tak berani dia datang”, Wan, salah seorang teman yang menunggu Razman bersuara. Disisinya ada Fairuz. Kedua-dua mereka ini berbadan besar, agak tegap tidak seperti Razman yang besar, tetapi lembik. Juga takut dengan petir.
“Aku dah brainwash dia kaw-kaw kelmarin. Kalau dia tak datang, pesen takde telur lettew! Ataupun, dia bagi mak dia simpan dalam balang”.
Wan tergelak mendengar jawapan Fairuz. Sepatutnya dari dulu lagi mereka libatkan Razman dalam hal ini. Sia-sia mempunyai kawan yang berbadan besar tapi tidak dimanfaatkan. Demi keuntungan bersama.
Razman mendekati Wan dan Fairuz. Dia sangat berharap keputusannya kali ini tepat dan membawa perubahan pada dirinya. Kedua-duanya tersenyum memandang Razman sambil tangan Fairuz menepuk-nepuk bahu kirinya tanda memberi semangat. Mereka sama-sama melangkah ke Pusat Latihan Sumo Kuala Lumpur dengan semangat menjadi ahli sumo.

Gambar tiada kena mengena dengan cerita


*Entry untuk Peraduan Cerpen FXI. Saje cuba-cuba. Dah ada pemenang pun :)

Ahad, Mei 08, 2011

Favorite Online Superstar



Okeh bebeh! Lu orang dah taukan pasal contest yang dianjurkan oleh DiGi. Haa... kalau tak silap gua, kontes ni bagi peluang kepada sesiapa saja yang menggunakan perkhidmatan internet sama ada lu orang guna medium blog, tweet, video atau foto untuk dianugerahkan sebagai Favorite Online Superstar (Pergh! online internet pun dah buleh jadi superstar) yang ditaja oleh DiGi. Sebenarnya banyak kategori yang dipertandingkan dan boleh lu orang sertai antaranya Blogger of the year, Fave Malaysian Female Online Celebrity, Fave Malaysian Male Celebrity, Fave Person Over 40, Fave Person Under 15, Online Shop of the year dan lain-lain. Lu orang boleh check it out di sini --> DiGi WWWOW Awards

Tapi gua takde la nak join kontes ni, rasenya tak layak pun. Gua cuma nak bagitau, kalau lu orang join kontes ni dan need a vote, pls do no resist to leave your link in the comment box. So then I can give my vote to you. Cewah! Speaking London plak gua. Okeh! Good luck to all contestants!!!

Khamis, April 21, 2011

Contest Inner Itu saya Punya

Baiklah sekali lagi, sebab entri sebelumnya pun "baiklah" juga. Gua nak joint kontes yang Cik Puan Chenta Zety anjurkan jadi gua kena tulis entri ni. Cuba tengok tajuk, mmg nampak sangat kemaruknya gua nak hadiah yg penganjur tawarkan, kan? Tapi lu orang jangan silap, sbb tajuk diberi oleh penganjur. So, nak tak nak, gua kena follow the syarat. Meh ler... join reramai. Biar pening penganjur nak pilih pemenang. Boleh KLIK sini.


Terus terang, gua ni bukanlah termasuk dalam kategori orang cantek. Sebaliknya gua biasa-biasa je, walaupun ada juga org yg puji gua cantek. Kah kah kah! Gua ingat orang tu tak mahu gua kecik hati barangkali. Dressing gua pun takde la up to date sgt, just biasa-biasa juga. Macam gua. Jadi yang demikian, gua merasakan gua mahukan satu pembaharuan dalam diri gua. Kalau sebelum ni berat badan gua memang berat, tapi lu orang jangan tanya la berapa... Sekarang gua telah berjaya menurunkan berat badan gua yang berat tu kepada tahap yg lebih ringan. Eh! Apesal gua citer pasal berat badan pulak ni?


Gua rasa pic ni la paling cun. (perasan)

Okeh, Gua berenti merepek sekarang. Gua join kontes ni sbb gua nak menang. Dan kepada penganjur, gua merasakan gua layak menang inner tu sbb gua ni suka pakai tudung panjang yang sangat2 sesuai digayakan bersama inner cotton. Lagipun, dengan koleksi tudung panjang gua yg pelbagai dan dipadankan dengan inner pelbagai warna penganjur tu, gerenti pemakainya akan lebih comey. :p~ Lagipun, bagilah can kat gua sekali..hahaha

Dengan ini gua tagkan Haiza dan Intan. Bertindak skrg, gurls!

Jumaat, Januari 07, 2011

Cerpen - Biarkan Ia Pergi

Biarkan Ia Pergi


mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan

mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan

mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getaran jiwa kukemukakan
pertanyaan


Lagu yang menjadi siulan dan ikutan. Tetapi lagu itu juga yang mengundang kekecewaan kepada Suriya. Ya, kebahagiaan yang dibina bersama Faris dahulu bermula dari kosong. Susah senang Suriya rela bersama demi sebuah cinta dan rumahtangga. Namun, panas tidak sampai ke petang. Ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. Suriya redha dengan kehidupannya kini. Walaupun berkali-kali Faris menghubunginya untuk rujuk semula tetapi dia tetap dengan keputusannya. Sekali terluka, takkan dibiarkan hatinya terus terluka.


*****


“I ingat nak buat loan, kita bukak bisnes. Apa pendapat you?”, Faris menyuarakan hasrat hati kepada isterinya yang sibuk melayan anak. Suriya sedang menyiapkan anak kecilnya yang baru selesai mandi. Along begitu asyik menonton televisyen di sofa bersebelahan papanya. Sesekali dia kelihatan ketawa sendirian. Mungkin ada yang lucu ditontonnya.

“You kan dah banyak buat loan. Mampu ke you nak jelaskan semua loan you tu nanti? Kalau I kerja, boleh la tolong-tolong cover mana yang patut”, jawab Suriya sambil memandang suaminya. Dia sememangnya tidak bersetuju jika Faris mahu menambah hutang. Kelak akan menyusahkan diri sendiri.

“Alah you ni! I buat ni pun untuk masa depan famili kita jugak. Loan tu kita buat bisnes. Boleh la rolling untuk bayar balik loan. Apa yang susahnye?!”

“Iye la. Kalau bisnes you tu okeh, kalau tak, macam mana?!”


“Apa la you ni, yang? Belum apa-apa lagi you dah give up, dah fikir negatif. Cuba fikir ke depan sikit. Kita buat la bisnes yang orang jarang buat. I dah nampak what type of bussiness yang kita boleh buat. Kita bukak pet shop, macam mana?”


Suriya hanya diam. Dia tahu, walau dibangkang sekalipun cadangan Faris, pasti akan ada hujah-hujah lain yang akan digunakan untuk mengukuhkan cadangannya itu. Alih-alih Suriya mengalah. Diturutkan saja kata suaminya. Asalkan suaminya puas hati dan tidak bermasam muka dengannya dan anak-anak. Sejak akhir-akhir ini, pantang silap sedikit, mulalah Faris baran tak tentu hala.


"You dah ada tempat ke nak buka kedai kat Balok ni?” tanya Suriya. Dia mula berangan tentang perniagaan yang bakal mereka jalankan. Sudah lama Suriya menginginkan untuk melakukan sesuatu aktiviti selain daripada menjadi seorang surirumah. Saban hari melayan karenah anak-anak memeningkan juga.


“Kita bukak kedai kat KL la. You balik sana dengan anak-anak. Tak payah ulang alik ke Kuantan ni. Lagipun lepas ni, I dah start belayar lama. Sebulan sekali baru I balik. Kalau kita bukak kedai kat sana, you boleh balik rumah mak you. Anak-anak boleh mak jaga”.


Suriya bagaikan tersentap seketika. Baru saja dia berpeluang tinggal sebumbung dengan suami selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja, kini suaminya pula minta dia balik tinggal bersama keluarganya di kampung.

“Kat sini tak boleh ke, yang? Baru 3 bulan I balik duduk dengan you, rindu pun tak hilang lagi” Suriya memuncung menagih simpati.

“Ala.. sama aje. Untuk kemudahan you jugak. Kalau kat sini, siapa nak tengok-tengokkan anak? Takkan nak panggil mak you tinggal dengan kita pulak?! Apa pulak kata ayah nanti?”


“Iye la....” balas Suriya lalu berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam.


******


“Wah! Ramai juga yang kau jemput sempena opening kedai kau ni ye?”, Intan, antara sahabat Suriya yang sudi hadir memeriahkan majlis pembukaan Ria Pet Shop milik Suriya dan Faris. Rata-rata yang hadir ialah bekas rakan-rakan sekolah dan bekas rakan sekerja Suriya ketika di Golden Hope Development dulu. Yang lain, sanak saudara.

“Erm...ada rezeki lebih. Ini pun tak semua yang datang, Intan. Tapi thanks sebab kau sudi juga luangkan masa untuk datang. Eh! Pergi la makan dulu, ajak Andy tu. Kau ni, biarkan pulak dia sorang-sorang. Kesian dia”.

“Alah, bukannya budak kecik. Pandailah dia nak sesuaikan diri. Nurin tak datang ke?”

“Dia ada call tadi. Tak dapat datang. Banyak kerja yang nak kena settle kat ofis”

“Pompuan tu, memang. Bizi manjang”, Intan dan Suriya sama-sama ketawa. Sahabat mereka Nurin memang terkenal sebagai seorang yang sibuk. Tugas sebagai Eksekutif Kualiti di KLIA memaksanya untuk lebih bertanggungjawab terhadap tugas berbanding perkara-perkara lain.

“Mana Faris? Dari tadi tak nampak pun batang hidung!”, Intan bertanya.

“Dia kat Kuantan. Esok dah nak belayar. Malas la dia nak balik sini”

“Ai?! Selalu senang aje. Esok keje pun, malam sempat lagi hantar kau balik. Elok je...”

“Dah dia cakap macam tu, aku malas nak bertekak”. Suriya mula murung. Intan merasa bersalah seolah-olah dia yang mencemarkan keceriaan Suriya sebentar tadi.

“Korang ada masalah, ye?” Suriya cuma diam. Intan tidak mahu terus-menerus mendesak sahabatnya itu. ‘Ah! Kalau dia ready nanti tentu dia cerita’, Intan berkata di dalam hati lalu meminta diri untuk bersama dengan teman lelakinya.


******


“Yeh! Yeh! Papa balik... Yeh! Yeh!”, girang sekali suara Along menyambut kepulangan papanya di muka pintu rumah nenek. Sejak dia dan adik mengikut mamanya pulang ke kampung hampir tiga bulan lepas, barulah hari ini papanya datang menjenguk. Selalunya, Faris hanya telefon sahaja.

“Papa beli mainan untuk Along dengan adik tak?”

“Adik mana? Mama bawak adik pergi kedai ke?”, Faris tidak menjawab soalan Along sebaliknya bertanya tentang anak bongsunya.

“Adik ikut nenek pergi umah Nek Pah”

“Nape Along tak ikut?”

“Along nak teman Pak Su”. Faris memandang adik iparnya yang tersengih di sofa. Kasihan. Masih muda tapi terpaksa menanggung beban kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan jalanraya.

“Jom Along, ikut papa pergi kat mama. Safee, cakap mak abang bawak Along ye!”

“Okeh”, jawab Safee ringkas lalu kembali menonton televisyen.

Faris memandu keretanya menyusuri jalan keluar dari Pekan Batu 11 ke lebuhraya Cheras-Kajang. Along di sebelah terus bertanya itu dan ini tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya dia berfikir bagaimana harus memulakan perbincangan dengan isterinya tentang perkara yang menjadi beban dalam fikirannya sekarang. Ya, satu perkara yang serius.

Sampai di kedai, kelihatan Suriya sedang melayan pelanggan yang berminat untuk membeli anak kucing. Suriya tersenyum melihat suami yang dirinduinya itu datang bersama anak sulung mereka. Faris terus masuk ke pejabat dan menunggu Suriya di situ. Fikirannya terus menerewang kepada peristiwa yang berlaku hampir tiga bulan lalu.

Ketika itu Faris tidak menyangka jika pelayarannya kali ini akan ditunda ke satu masa yang akan diberitahu kemudian. Selalunya jika tidak belayar dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama Suriya dan anak-anak. Namun, sejak Suriya kembali ke kampung menguruskan perniagaan mereka, Faris merasa sunyi jika di rumah. Oleh kerana ketuanya mengarahkan dia supaya ‘standby’, Faris tidak merancang untuk pulang ke kampung menjenguk keluarganya. Tambahan pula dia tidak mahu terus-terusan bertengkar dengan Suriya kerana hal yang remeh. Memang tidak dinafikan, hubungan mereka akhir-akhir ini agak tegang. Kerana itulah dia mencadangkan mereka membuka perniagaan di KL dengan harapan apabila berjauhan, hubungan yang tegang itu dapat dilembutkan kerana rindu. Namun, penangan gadis bernama Bella tidak dapat menyemarakkan rasa rindunya terhadap Suriya dan anak-anak sebaliknya dia semakin dekat dengan Bella.

Faris mengenali Bella melalui rakan-rakan ketika menghadiri satu majlis di Kuantan. Ketika itu Suriya tidak ada bersama kerana berada di kampung menziarahi adiknya yang kemalangan. Ternyata pada pertemuan pertama itu telah menimbulkan bibit-bibit kemesraan antara mereka berdua. Hubungan sebagai kawan bertukar kepada hubungan yang lebih intim.

Masih segar dalam ingatan Faris, malam itu dia keluar dan mengunjungi sebuah kelab. Di situ dia meneguk air syaitan yang pada fikirannya hanya itu yang mampu menenangkan perasaannya selepas bertengkar dengan Suriya di telefon. Kebetulan pula dia menerima panggilan dari Bella untuk bertemu. Dalam keadaan yang mabuk, pertemuan dua insan itu tidak berakhir di situ sahaja malah ke bilik tidur. Dan situlah segala masalahnya bermula.


******


“Bila you sampai, yang? Nape tak tunggu kat rumah aje, I dah nak tutup kedai pun”, sapa Suriya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“I ada hal nak bincang dengan you, tak sedap nak cakap kat rumah”

“Hal apa yang penting sangat, sampai tak nyempat-nyempat?”, tanya Suriya lagi. Direnung wajah suaminya yang kelihatan tegang. Ada sesuatu yang serius.

“I... I.... I nak nikah lagi satu!”, jawab Faris tergagap-gagap. Suriya kaget. Tidak pasti apa yang didengarnya sebentar tadi hanya gurauan dari Faris atau kenyataan.

“Apa you cakap?”

“I kata, I nak nikah lagi satu”, kali ini lebih jelas. Faris sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan. Tidak mungkin dia dapat menyembunyikan perkara itu lagi.

“Apa maksud you, nak nikah lagi satu? You dah tak sayangkan I dengan anak-anak ke? Apa masalah you ni sebenarnya?”, soal Suriya bertubi-tubi. Dia sudah tidak peduli lagi bila Along melopong melihat dia yang hampir menjerit kepada Faris.

“I cakap I nak nikah lagi satu. I have to!!!”

“Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba you cakap you nak nikah lagi?”, Suriya mula menangis.

“I dah rosakkan anak dara orang, Suriya. I nak bertanggungjawab atas apa yang I dah buat”, perlahan suara Faris. Sukar sekali untuk dia berterus terang.

“Sampai hati you buat I macam ni. Patutlah you bersungguh-sungguh suruh I balik sini, rupanya senang untuk you nak buat hal kat sana!”

“I tahu I salah. I minta maaf. Sebab tu I balik nak mintak izin dengan you, I nak nikah lagi”

“What? Mintak izin? What for? You nak nikah you punya pasal, but please, I nak you ceraikan I”.

Tangisan Suriya mula menggila. Dia tidak sanggup bermadu. Apatah lagi mengenangkan dosa yang telah Faris lakukan. Tidak! Suriya tidak sanggup menerima itu. Bagaikan halilitar membelah bumi mendengarkan pengakuan suami yang berzina dengan perempuan lain.

“Sayang, I tak boleh ceraikan you. I sayangkan you, sayangkan anak-anak. Tapi I tak boleh lepas tanggungjawab I pada dia macam tu aje. You kena faham I!”, Faris memujuk tapi tidak semudah itu kerana hati seorang isteri telah terluka.



******


Suriya memerhatikan keriuhan anak-anak kecil itu bermain pasir yang memutih di tepi pantai. Tenang hatinya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anaknya itu. Tidak sia-sia dia membawa Along dan adik bercuti di Port Dickson. Melihat kegembiraan anak-anak merupakan kebahagiaan dirinya kini. Suriya sudah mampu untuk tersenyum dan berhadapan dengan semua orang serta melupakan kekecewaan. Ya, dan dia juga sudah membiarkan kesedihan itu pergi.




*p/s : 1. Lu orang suka citer nih? Haa.. kalau suka buleh tolong vote untuk gua di sini --> .

2. Kalau lu org tak suka pun, boleh tinggalkan komen kat bawah. Mungkin komen dan idea lu org boleh bantu gua menulis lebih baik.

3. Adapun story di atas adalah pengalaman benar seorang kawan baik gua. TQ