Lama tak hapdet kan? Rindu ke? Hahaha.. Rileks, aku main-main je. Sebab lama dah tak update ni, aku kena warming up dulu dengan entry ni.
Saje nak bagitahu, aku dah dapat buku HILANG dan MURTAD dari Fixi. Tapi aku belum habis lagi baca HOTEL K. Entah bila nak abis, buku omputeh, camtu laa..
Sent from my BlackBerry® wireless device
MsGoodNite ialah
- PeppermintNelly (Known as MsGoodNite)
- Terengganu/Selangor, Malaysia
- Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label merepek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merepek. Papar semua catatan
Rabu, September 19, 2012
Sesi Memanaskan Minda
Rabu, Mei 30, 2012
Nikmat Hari Minggu
Suatu hari di hari minggu Murad cuma melepak di rumah. Nikmat. Dah lama tak lepak bermalasan di rumah. Feel dia, sama macam kau orang tidur waktu subuh. *ehemm...utk orang pompuan cuti solat uzur syarie* Dalam pada melepak tu, Murad tak lepak kosong. Dibancuh air sirap bandung sejug, diulam dengan keropok Moni. Terbayang oleh Murad iklan keropok Moni di tv. Dua keluarga berentap sambil mengadu-adukan keropok Moni antara mereka. Cis! Macam gampang.
"Kriukkk......" Bunyi pintu bilik di buka. Bob, teman serumah Murad keluar menampakkan susuk tubuh bulatnya. Mantap. Dahi Bob berkerut. Mukanya tak semenggah, seperti memikirkan sesuatu. Sebagai satu-satunya teman serumah Bob, Murad merasa bertanggungjawab untuk amik berat pasal Bob yang sedia ada berat. Apalah salahnya bertanya masalah kawan, bukan kena angkat si Bob ke hulur ke hilir pun.
"Muram aje Bob, kenapa?"
"Duit aku hilang"
"Banyak ke?"
"RM50, dah merata aku cari. Dahlah ujung bulan, duit tu la aku harap buat isi minyak motor," jelas Bob dengan harapan Murad dapat menolong dia mencari duitnya yang mungkin tercicir di mana-mana atau tersalah letak. Paling tidak pun dia berharap, Murad akan tolong dia bagi pinjam RM50 walaupun Bob tahu Murad lebih sengkek daripadanya.
"Haaa.... Aku tau siapa yang boleh tolong cari duit kau," Murad bersuara sekaligus mematikan harapan kedua Bob.
"Betul ke? Takkan nak jumpa bomoh. Nak bayar pengeras jampi dia lagi. Berbaloi ke?"
"Tak payah bomoh-bomoh. Syirik sume tu. Cuba kau google, " jawab Murad dengan muka tak bersalah. Niat nak bergurau la kononya tu.
Dan hari minggu itu menjadi kurang nikmat lagi apabila Murad terpaksa menuam mukanya sampai ke malam yang lebam akibat di tumbuk oleh Bob.

Sabtu, Februari 11, 2012
Serius
Agak lama juga tak menulis. Kebelakangan ini lebih banyak membuat review buku-buku yang gua baca. Sebenarnya ada satu buku baru yang gua dah selesai baca lebih kurang seminggu lepas - TABU. Tapi hati gua belum nak tulis pasal buku lagi. Nanti bila datang perasaan baru gua tulis.
Menulis ini memang akan datang dengan perasaan atau niat. Tapi kalo perasaan dan niat saja tanpa idea tak jadi juga. Perumpamaan lebih mudah - lu org rasa nak makan sebab lapar tapi lu takde selera nak makan. So, makanan sedap depan mata lu org pun, sumbat ke tekak tetap tak bernafsu.
Sebenarnya hari ni gua nak tulis pasal Hantu Kak Limah tapi bila gua fikir topik tu agak mengarut, gua pilih topik yang lebih serius agar kita serius menghadapi kehidupan. Jangan banyak main.
Seriusnya topik gua ni boleh diibaratkan, kalo lu tak makan, lu org akan lemah. Ya, itu la dia. MAKAN. Serius, gua belum makan sejak pagi. Jadi gua mesti selesaikan misi ini. Kalau tidak gua takde power nak main twitter atau fesbuk. Gua juga boleh didatangi sindrom hilang ingatan akibat kurang zat makanan dalam badan. Jadi izinkan gua berundur diri. Perut perlu diisi, tenaga mesti dicari.

Sabtu, Disember 17, 2011
Memancing Di Ombak Besar
Pagi tadi sebelum ke JB si penggali kubur call. Lepas tu gua dah mula rasa bosan, takde apa nak dibuat pada hari Sabtu yg mcm ceria utk org lain. Cuaca agak-agak cantik, mengundang perasaan nak tidur yg hebat kpd insan yg kaki tidur. Apa kejadahnya gua nk sambung tidur sdgkan hari ni gua dah bangun jam 8?
Gua selesaikan dulu segala urusan sebagai manusia. Urusan sebagai org pompuan tidak pula gua lupakan. Usai, mulalah gua terkebil-kebil depan tv dgn bb tak jauh dari gua. Bukan apa, senang kalo2 ada alert twitter, bbm, fesbuk dan segala macam mende sosial yg gua join minta utk dijawab.
Ah! Tak boleh jadi. Gua xleh teruskan satu hari terakhir cuti gua dgn tidak melakukan apa-apa yg tak mendatangkan faedah langsung pada gua, apatah lagi kepada kemajuan negara. Gua tekad. Gua mesti lakukan sesuatu yg dpt memberi impak pd hari sabtu gua ni. Alang-alang si penggali kubur x bbm dan call gua hingga dia balik, gua mesti jalankan aktiviti yg berfaedah.
Gua masuk ke bilik adik gua, perhatikan keadaan sekeliling. Bagus, adik gua keluar dh ptg baru balik. Gua on kan kipas pd kelajuan 1. Tanpa membuang masa, gua terus berselubung di katil beliau tanpa gangguan.

Selasa, Januari 04, 2011
Sepakan Padu!!
Hi there! My name is Esbertov... Okeh! Gua mula sekali lagi, sebab gua tahu ramai pembaca kat sini yang tak berapa nak fasih cakap omputeh.
Hai, nama gua Esbertov. Gua adalah pemain bola sepak terkenal dalam liga omputeh. Siapa yang tak kenal dengan pasukan gua? Dari nenek orang hingga ke anak orang sume kenal, Mencester United. Team gua ni memang selalu berada di tangga teratas liga omputeh. Klaseman kata org Greece.
Posisi gua dalam Mencester United ni adalah sbg seorang striker cemerlang, gemilang serta terbilang. Runney tu cuma duduk belakang gua ajer... Apa2 hal mesti gua dulu yang gerak. Kalo dah sangkut sgt gua nak ambush, baru gua pass bola kat Runney tuh!
Suatu hari, team guaterlibat dlm perlawanan menentang team Liverpull atau lebih dikenali sebagai team Cap Ayam. Gua pun tak tahu apesal ramai yang panggil team sebagus Liverpull tu sbg team Cap Ayam. Tapi gua perasan, diorang gua lambang ayam jantan.... betul tak? betul tak? Kah kah kah!
Sebagai seorang striker terbilang, gua mmg cukup hangin dengan mana-mana player yang main lebih kurang dengan gua. Iyelah, suka-suka nak rembat. Suka-suka nak pass. Gua sikit punya susah nak cari gol, diorg suka-suka nak hilangkan bola.
"Woi! Nanny.. Lu apehal? Saje tak puas hati dengan gua ke apa? Asyik2 lu aje nak rembat. Lu striker ke, gua?!", sound gua kepada Nanny, pemain tengah team gua.
"Weh! Apek..(bukan KF ye!) Lu ni jangan le pass tak tentu hala. Lu ni buta ke hape???, marah gua pada Pak Jeng Sun.
"Lu orang tengok! Cara seorang striker terunggul merembat bola! Haip!!", sambil kaki gua deras menyepak padu bola ke arah pintu gol.
"Adoiii!!!!", tiba-tiba gua dengar suara org mengaduh kesakitan. Gua tengok player pasukan gua semua pakat berkumpul kat tepi padang. Baru gua perasan, rupanya gua dah terembat dengan padu muka boss gua, Sir Alex Furngusen!
Isnin, Disember 27, 2010
Kalau Lu Orang Berani Ke?
Nama gua Tommy. Sejak gua dilahirkan, gua tak berapa nak ingat apa mak gua panggil gua. Tapi lepas gua dah pandai berjalan, mata gua dah tak bertahi, walaupun masih nyonyot susu mak gua, gua dipanggil nama Tommy. Steady juga nama tu. Gua rasa lebih segak dan macho, apatah lagi gua cukup-cukup digilai oleh anak-anak jiran. Gua saja buat jual mahal, tapi pesen diorang ni tak tahu malu agaknya. Selamba aje skodeng-skodeng gua, suwit-suwit gua. Nak ngorat la tuh!
Suatu hari selepas lunch, gua seperti biasa akan melepakkan diri di beranda rumah. Sambil amik angin, sambil pekena Dunhill sepam dua. Dalam duk syok-syok gua menyandar, tiba-tiba perut gua memulas. Bagaikan dah tak boleh ditahan-tahan, rasa macam nak memerut kat situ gak. Gua tak tunggu lama, terus bergegas untuk membuang air besar. Apabila gua dah pastikan kedudukan gua selesa, gua bersedia untuk melepaskan bahan kumbahan yang seperti tidak sabar-sabar untuk keluar. Ahhh! Keluar sikit. Tapi masih belum puas. Perut gua masih bergelora mahu melepaskan isinya. Gua cuba meneran tapi tak lebih-lebih pasal takut terkena buasir, gua juga yang susah.
Tiba-tiba gua perasan ada orang memerhatikan gua. Terbantut usaha gua dalam menyelesaikan urusan fitrah hidup. Cilake! Nak kena ketumbit agaknya dia nih?!
"Apa hal lu tengok-tengok? Tak pernah tengok kucing berak ke?" Gua sound sedas. Biar dia reti sket menghormati privasi seekor kucing seperti gua.
"Yang ko berak atas kereta aku apahal, setan???!!" Dush! Satu tendangan padu tepat ke perut gua. Senak.
Sabtu, Disember 25, 2010
Padan muka makcik gemuk!
Hai! Nama saya Nudin. Umur saya 7 tahun. Saya anak tunggal papa dan mama saya. Hari ini saya nak ceritakan kisah saya berjalan-jalan dengan papa di Kuala Lumpur.
Pada suatu hari, saya berpeluang mengikuti papa berjalan-jalan membuang masa di kota Kuala Lumpur. Sebenarnya sepanjang usia saya 7 tahun, ini adalah pertama kali papa mahu bawa saya berjalan-jalan. Selalunya, beliau lebih suka berjalan bersendirian atau bersama mama. Saya langsung ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah atau saya panggil pembantu rumah kami itu bibik. Bibik ini orang Indonesia kalau anda mahu tahu. Saya suka sama pelakon yang bernama Marshanda. Dia pelakon Indonesia.

Hari ini, papa bawa saya berjalan banyak tempat sampai lenguh kaki saya berjalan ikut papa tanpa tujuan dan arah hidup. Dari rumah kami naik teksi, tapi apabila sampai di tepi satu padang besar yang di depannya ada bangunan ada jam besar papa cakap kami kena jalan kaki. Beliau mahu jimat wang untuk tambang balik nanti. Sungguh sengkek papa tapi masih ada hati mahu pergi bawa saya berjalan-jalan.
Papa bawa saya berjalan-jalan di tempat bernama Cokit dan Jalan Petaling. Di situ saya lihat papa banyak beli barang2 yang jenama mahal tapi bayar murah. Sungguh pandai papa beli barang2 itu. Kawan saya pernah tunjuk pada saya barang yang ayah beliau beli tapi harganya mahal. Papa saya lebih untung, kan?
Sedang kami jalan-jalan, tiba-tiba saya merasa mahu buang air besar. saya beritahu papa. papa segera bawa saya ke suatu tempat yang bertulis TANDAS AWAM. Papa cakap, dia pun mahu buang air besar juga. Di situ, saya lihat ada seorang makcik gemuk duduk di meja. Atas meja ada tanda tertulis RM1. Saya fikir makcik itu mungkin menjual dirinya dengan harga yang rendah seperti itu. Tapi tekaan saya salah. Rupanya makcik gemuk itu penjaga tandas. Mukanya bengis.
"Berapa sorang makcik?", papa bertanya kepada makcik itu. Papa saya kadang-kadang bodoh juga. Sudah ditulis tapi masih mahu bertanya.
"Singgit la! Tak nampak ke?!", jawab makcik gemuk dengan garang. Saya jadi takut sehingga najis saya sudah tidak tahan lagi mahu keluar akibat disergah oleh makcik bermuka bengis itu.
"Mahal sgt, tak boleh kurang ke makcik?", papa buat bodoh lagi.
"Takde kuran-kurang! Tak nak bayar, korang boleh blah!", jawab makcik gemuk bermuka bengis dengan eksen sekali.
Papa memandang saya yang sumpah kelihatan mahu buang air besar dalam seluar.
"Ok! Ok! Singgit pun singgit lah!". papa hulurkan duit kertas dua hinggit.
"Singgit sorang pun tak mampu bayar!", makcik gemuk bersuara lagi walaupun papa saya sudah beri dia duit. Memang nak kena makcik gemuk bermuka bengis itu.
Selesai membuang, saya dan papa meninggalkan tandas awam itu sambil tergelak-gelak. Korang tahu apa kami buat?
p/s - Terima kasih Chang utk idea.
Khamis, Disember 09, 2010
Mari Merepek 2
Huh! Tak sedap duduk plak nk stori, kalo baring lagi tak kena. Menyandar aje la lebih baik. Okeh! Nak kabor sket, tak tau la ngape sejak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa satu kelainan dlm diri aku. Kelainan yg agak pelik yang sepatutnya aku tak patut rasa. Chop! Bifor penah rasa tapi pada kadar waktu tertentu saje, tp sekarang bukan main aktif lagi. MALAS GI KEJE!
Amboi..amboi..cik bedah bukan main lagi kan?? Malas gi keje konon. Ikutkan sedap melepak kat umah, sape yg taknak. Kena pulak musim ujan skrg. Seronok nk berlingkor aje la. Setakat nk selesaikan keje2 umah tu, apa la sgt kan? Tapi masalahnye sape pulak yg nk tanggung makan pakai kalo tak bekerja? Mak bapak? uih! Jgn nak berangan la, dah besor panjang, tua bangka mak bapak nk nanggung lagi. Takkan nak beli sluor kecik dan baju kat dalam pun mintak duit mak?! Takkan nak beli "roti" yg duk guna tiap2 bulan pakai duit bapak?! Tapi kalo mak bapak tu org kaya-raya, jenis duit berlambak2 tak abis makan 7 keturunan, itu lain citer.
Aku ada gak terfikir nak cari laki org kaya ala-ala jutawan kasino kat Genting tuh, ye lah..dah tentu2 aku tak payah nk keje lagi bila dah kawin. Mana2 loan umah dan keta yg aku buat tu, laki boleh tulung setel. Amacam? Bernas tak pale hotak aku? Paling tidak pun pesen buat bisnes MLM mcm AC Mizal pun okeh gak. Tgk, takde ribut takde salji dpt pangkat datuk member tuh! Peh! Satu kejayaan tu, kan? Tapi ada satu golongan ni, susah sket kalo nk buat laki. Artis. Susah camne tu? Susah pasal jenis diaorg ni pesen boros, iye la..artis katakan. Kang pakai baju sama utk 2 kali show dh kena kutuk. So, dpt payment asik melaram baju baru, keta baru, makwe baru aje la. Kalo aku jadi bini dah tentu2 makan hati. Huh! Pesen gini, kena sumpah jadi Ular Emas baru sedor diri agaknya.
Tapi aku dh tau dah sape aku nak ngorat, buleh sapot idup. Itu pun kalo dapat la. Lepas ni nak pi Spain, nak jumpa Ronaldo. Doa-doakan la ekk. Chow!
Langgan:
Catatan (Atom)