MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 08, 2012

Murtabak Maggi

Hari ni hari kedua aku masak murtabak maggi. Semalam 1st time mencuba dan berjaya. Maka hari ini dengan kembang hati aku menunaikan request mak aku nak makan murtabak maggi lagi.

Resepi dan cara penyediaan, aku dapat daripada dua orang kawan. Seorang kat twitter, sorang dekat dengan aku. Dan seorang kawan di sabah tanya pula camne nak buat. So, kat sini aku sharekan. Mungkin cara kau orang lain, cara aku lain. Takpe la, masing-masing punya citarasa sendiri.

Bahan-bahan :

1. Maggi *berapa bungkus ikut suka kau orang
2. Telur *bergantung berapa bungkus maggi kau orang guna
3. Isi ayam, sotong, udang, sosej atau yang sewaktu dengannya untuk dijadikan perencah *digoreng atau direbus*
4. 1 biji Bawang besar - dimayang
5. Daun sup, kobis atau lobak. *ikut suka*
6. Garam secukup rasa.

Cara membuatnya :

1. Rebus maggi dan toskan
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, rempah maggi, perencah yang digoreng, bawang, daun sup dan garam secukup rasa. Boleh tambah cili jika suka pedas.
3. Gaul sebati. Masukkan maggi rebus tadi. Gaul lagi.
4. Panaskan sedikit minyak dengan api sederhana.
5. Goreng campuran maggi tadi, dan mampat dan bentukkan maggi didalam kuali semasa menggoreng.
6. Berhati-hati semasa balikkan jangan sampai hancur.
7. Apabila kuning keemasan boleh diangkat dan hidangkan.





Sent from my BlackBerry® wireless device

Sabtu, Ogos 04, 2012

Lalalalala

Hari ni aku masak lala untuk menu buka puasa. Sebenarnya, ini first time mak masak lala, nokk! Sebelum ni aku tahu makan je. Fisrt time makan lala masa aku duduk dengan mak sepupu aku kat Taman Melawati. Memang sedap Mummy masak. Bila Mummy tak masak, bibik masak. Sedap juga. Ok, itu cerita beberapa tahu dulu.

Hari ini aku pegi pasar dengan mak. Tujuan membeli lauk untuk masak seminggu. Ialah, takkan membeli tayar basikal. Secara tiba-tiba, aku ternampak lala. Nafsu makan tetiba datang walaupun aku puasa. Tambah pulak, mak aku dah takde idea nak buat menu apa. Aku dengan pantas "Lala aje lah mak. Akak masak" Peh! Steady tak aku?

Aku bagi kredit untuk diri sendiri. 1st time memasak lala pada bulan puasa yang mana kelebihan untuk mencicip rasa masakan tu takde, tapi tetap sedap. Kalo bukan bulan puasa, lagi sedap, boleh buka kedai makan gamaknya.

Hello Akak! Tolong masak. Eh?!






Sent from my BlackBerry® wireless device

Jumaat, Ogos 12, 2011

Blog Yg Dirindui / Linglung & UYA / Aku Forever

Dah masuk hari ke 12 puasa, baru gua berkesempatan kembali mengetuk jari ke keyboard lappy adik gua yg gua pinjam senyap2 time dia tidur. Dah banyak juga yg gua ketinggalan ( baca entry kawan blogger sekelian ). Lama sungguh tak menjenguk AkuPM, Zampeada, fndrocka, Poyotitos, AkuLinglung, GC, JiejahGojes dan yg lain2.

Hari ni, bila ada lappy pun, gua masih tak dapat nk abiskan mengadap lappy 24hours. Byk lagi kerjaan lain yg gua harus setelkan, so maafkan diriku. lagipun gua ingat, takde guapun, diorg masih boleh hidup berkarya.

Gua nak amik kesempatan nak share tahniah gua kepada AkuLinglung sbb beliau dah jadi tokey skrg. Bagi sesiapa yg duk area PJ, Subang atau KL tu, gua kira takde masalah kot nak berkunjung ke kedai Linglung - UYA Distro. Macam2 yg ada dijual kat situ. Daripada buku2 indie, baju kurung, baju melayu sempena raya, t-shirt indie, kerepek sempena raya, payung dan mcm2 lagi hingga tak dapat gua nk menyebutnya satu persatu. Cuma, taklah gua dpt pastikan apakah Linglung dah resign sbg jurutera yg sebelum ini menjadi periuk nasiknya. Sbb beliau ada pernah kabor ke gua kalo dia dh hntr surat resign. Gua harap Linglung dan bisnesnya akan berjaya dgn cemerlang, gemilang dan terbilang. UYA!

Sempena nk sambut raya, gua pun ada buat bisnes kecik2. Amik tempahan tempeyek di kalangan kawan2. Ni tahun kedua gua. Takde la nk buat besar-besaran pon. Jadilah lepas belanja raya, buat topup gua nak bercuti tahun depan. Tapi itu bukanlah bererti gua tak bersyukur dpt bonus setengah bulan gaji. Gua bersyukur alhamdulillah, sambil sengih sepanjang hari.

Feel raya tahun ni, gua tak rase sgt. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab gua dah semakin dewasa. Dah boleh jadi mak orang walaupon gua baru 26 tahun. Kehkehkeh!
Okeh! gua stop dulu sebelum makin banyak gua merapan.

Selasa, Mac 15, 2011

Kata Orang Rezeki Datang Bergolek

Sebelum gua off dari online beberapa hari, gua rasa sempat lagi kut untuk gua post satu entry.

Hari ini gua terima penyata benefit untuk Insurans Etiqa gua. Means gua bakalan terima RM650. Erm..jadi la. Sape yang nak bagi sesaja nam rat lebih tu, kan? Boleh juga gua buat2 topup utk pergi jakarta nanti...hahaha

Hari ni tugas gua cuma isi borang yang dilampirkan bersama dengan penyata tersebut untuk urusan debit duit ke akaun gua. Lepas tu gua fax jer dan skrg gua cuma perlu tunggu duit nam rat lebih tu masuk akaun gua. Sedap juga menabung ikut insurans ni.