MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Januari 19, 2009

Anugerah Juara Lagu -23

Last nite telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 23. Sorry, aku terlewat sikit nak tulis pasal tu sbb masa tak mengizinkan. Sepatutnya after the show aku dah tulis kot. Ceh.. mcm journalist la plak...
Actually, aku mmg excited utk AJL tahun ni, sbbnya most of my fav songs tercalon di final AJL. Sokongan mmg tak pernah pudar utk Estranged, of course. Cabaran tambah kuat bila Meet Uncle Hussein (MUH) turut tercalon dgn Laguku Untukmu. Lagu tu mmg best. Lirik dia kuat. Dan mmg aku dah jangka kalo MUH bakal jadi saingan kuat utk juara tahun lalu ( Estranged ) dan lagu2 lain. Tak sabar juga nak tgk persembahan Stacy. Minah tu mmg power, nyanyian selari dgn step tarian. Stamina mmg manthob..hehehe..
Well, for Estranged.. korang dh lakukan yang terbaik. All out habis.. tp mcm yg diaorang sendiri penah kata kalo MUH aalah saingan diaorang yg terdekat. Aku pon pernah tulis dulu ( bukan kat sini ), Yang Pernah mungkin tak sekuat Itu Kamu. Jadi apabila ada saingan yg hebat macam Laguku Untukmu, kedudukan Yang Pernah mmg tergugat. Pada masa ini, aku tak pointkan mereka sbgai Juara Lagu tp cukup Juara Kategori. Tapi bila MUH mengungguli Kategori Pop Rock, aku dh yakin sngat kalo Laguku Untukmu ada Juara Lagu - 23. Pada aku lirik lagu tu bersahaja, tepat, straight to the point, jujur tidak berselindung. Di tambah pula dengan persembahan Lan and gang yg mmg kaw2 giler...adusss meletop!
Sampai Syurga...nyanyian Faizal Tahir, errmm pada aku lagu tu ok. Suara Faizal juga berjaya membuatkan lagu tu bertambah ok. Tapi mungkin belom cukup kuat utk menggugat Laguku Untukmu. Hanya Jauhari mengenal manikam. Tapi persembahan Faizal utk lagu Sampai Syurga best. Lain dari yg lain...sempat lagi buat kerja kat stage yea..hehehe
Tiada komen sgt utk Etnik Kreatif sbb aku tak penah dengar lagi Persoalan Cinta sebelum ni. Masa AJL smlm baru 1st time dengar. Layak la menang sbb lain dari yg lain. Kesian gak sbb dia dah panggil ramai org naik atas stage. Duit menang boleh la wat bayar penari..hehehe..
Anyway.. tahniah kepada Estranged kerana berjaya membuat persembahan yg mantap final AJL dan double congratulations to Meet Uncle Hussein kerana berjaya meneruskan penguasaan muzik Indie sebagai juara lagu untuk kali ke 2.


*Aku - Tunggu Radio Rosak Tour Terengganu 28 NOV 2009



Tiada ulasan: