MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Januari 24, 2009

Cerita Hari Ini...

Hari ni projek kemas dan ubai suai atur perabot dlm bilik.. erm.. letih sih. Maklum ler, aku sorg yg settle kan sume. Bukan apa.. bosan dh dgn kedudukan yg sedia ada so, ubah selera la sket. Tambahan pulak, nak "hapuskira" sume khazanah yg aku rasa dh tak perlu lagi aku simpan..( report mesy. yg lama2 dulu, gift bag yg tak pernah aku guna-dpt masa hadiri kursus2 dan bla..bla... bla... ) Uih.. byk betul.. actually, aku suka simpan. Sayang plak nak buang walopun tak guna. Ingat nak buat kenangan la, tp bila dh terlampau banyak sampai tak tau lagi dah mana nak simpan, so terpaksa la aku korbankan sume benda alah yg tak guna tu. 2 kotak gak la aku kumpul utk dilupuskan. Dalam duk kemas2 tu, terjumpa la gambar2 lama aku dulu. kata org, zaman gonjeng, tak mature lagi hahaha. Gambar pakwe lama pon ada gak nih. Ceh! ada je aku simpan ekk.. igt dah habih bakar sume..hehehe. Takpe la, kata org simpan saje je wat kenangan. Ermm.. takde la sampai nak feeling bila tgk gambar depa tuh sume. Citer lama je tuh. Gambar cinta monyet la kata org. Kelakar pon ada gak aku tgk. Adui ai.. Dah penat asingkan benda yg perlu dgn tak perlu, ubah suai perabot lak.. sakit pinggang aku dibuatnya..huhu. Tapi takpe la.. asalkan aku puas hati, bilik dah kemas.

Tengahari Azwan sampai same ngan isteri dan anaknya. My grandfather tak ketinggalan la. At last, sampai gak atuk ke Dungun setelah sekian lama tak datang sini. Maklum lah.. bila dah makin tua ni, penglihatan dan pendengaran tu kurang la.. so kami anak cucu ni tak bagi lagi dah dia naik bas sorang2 terutama utk perjalanan jauh macam ni. Dulu, atuk okey je.. naik bas dari KL ke Dungun.. no problemo beb! hehehe... Si Sarah, anak Azwan dah besor ler.. iye la, takkan makin kecik plak. Tak.. maksud aku tuh, panjang je..kurus. Kalo dah besar nanti mesti tinggi cam aku..ahaks! Mata bulat, pipi chubby wat aku geram je kat budak cinonet tuh..huh!


Sarah batrisya.. wat aku geram jerk..

Pukul 4 tadi Azwan dah balik K.T. tapi atuk tak ikut la... bior le dia lepak sini dulu sehari dua. Hari Isnin baru aku bawa atuk pegi K.T umah ucu. Nanti boleh la dia tido sana 1 malam sebelum Azwan pi amik dia balik Dengkil hari Selasa nanti. Esok pon dah janji nak bawa atuk jalan2.. actually, bukan atuk tak tahu Dungun ni mcm mana.. dulu setahun lebih dia duk sini dgn kitaorg.. tapi skrg Dungun dah lain. Banyak tempat yg dah berubah, so teruja gak la nak tunjuk pada dia..terutamanya jamabtan yg baru siap merentasi kuala sungai Dungun..macam highway beb! Petang ni takde la buat pape... keje yg nak kena buat sume dah settle. So, lepak je la. Selalunya ni la.. lepak depan laptop, kalo tak pon tgk tv. Tadi dah tgk ulangan Raja Lawak..pastu try info citer2 lain yg menarik, mcm tak berminat plak. Terus je la online dan tulis benda nih. Cuaca pun nampak redup je, ramalan kemungkinan hujan akan turun pada sebelah malam nanti. Ceh! mcm terer jer.. Igt nak kuar gak kejap pi beli barang mana yg tak cukup @ tak sempat beli semalam. tengok keadaan dulu la.. Kalo tak, mlm ni je la kuar jap kot...huhu..
adios..


*Aku - Buat senarai baru nak beli barang..

Tiada ulasan: