MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Januari 15, 2009

Jom masak Bubur Asyura


Hari ni sekolah tempat keje aku buat majlis sempena menyambut bulan Muharram 1430H. Belom terlewat rasanya kot nak wat sambutan tu. So, hari ni pelbagai aktiviti diadakan dan yg paling utama sekali ialah memasak bubur asyura. semmemangnya tiap2 tahun kami anjurkan program ni di peringkat sekolah. semua guru, staff dan pelajar terlibat. Tak ketinggalan juga pekerja pembersihan ( swasta ). Actually, jadual asal program ialah pada 17hb jan 2009 ( sabtu) tetapi diawalkan kerana PPD Dungun tak benarkan buat hari tu. Sebabnya hari sabtu mengundi bagi
P. 036. So, nak bagi kemudahan la pada kakitangan sekolah yg kena mengundi pada hari tu nanti.
Seronok ooo... pemuafakatan dan kerjasama yg erat antara semua yg terlibat membantu mencapai matlamat..cewah! antara aktiviti yg diadakan ialah pertandingan nasyid, puisi oleh pelajar. Tapi program pelajar ni aku tak sempat ikuti memandangkan aku ada tugas dibahagian memasak. Ala.. bukan susah pon masak ramai2 ni... setakat tolong kacau bubur dalam kawah, masukkan itu dan ini.. kacang beb!... tapi memang seronok.
Guru2, staf dan pekerja swasta di bahagi kpd 7 kumpulan ( 7 kawah bubur ). so, setiap kumpulan mesti la nak pastikan kumpulan diaorang dpt masak bubur asyura paling best ( bagi kalah kawah lain ). Mcm2 gelagat, karenah la yg tertonjol sepanjang sesi memasak nih. Yg mana rajin tu, rajin la.. senang hati ahli kumpulan. tapi kalo "yg ado".. adus.. wat sakit hati jer.. ada la sorg cikgu group aku nih, bab ckp kat org bukan main lagi, bila time dia.. haram.. kejap2 hilang.. kejap2 hilang.. taknak wat keje la tu. sampai masa bubur dh nak masa baru nampak muka, sebuk la wat2 rasa. Aku ada gak la "sound" dia.. tp dgn cara yg beradap sopan la kan.. maklum la dia cikgu, aku ni staf aje. Bila dh mulut dia riuh, bising duk canang bubur group kami sedap ( selepas dia rasa - lebih drp rasa sebenarnya ) aku pon ckp la kat dia sambil senyum kambing "kalo kak dah nak sedap lagi, apa kata kak dah lak tolong kacau nih haa..." tp ye la.. sempoi je dia jawab.. "takleh.. nak kena org yg mula2 kacau, tu yg wat sedap tu.." hampeh100x.
mmg tension gak ar.. tp aku ngan geng aku wat dekk aje la... suka hati ko la...
Lepas ni utk program2 lain, aku malas dh nak 1 group dgn dia, wat sakit hati jer...



*Aku - Sume dpt bawa balik bubur, mcm nak jual balik...

Tiada ulasan: