MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Julai 22, 2009

Impian, Angan, Kenyataan

Lazimnya dalam hidup, mmg kita jarang dapat apa yang kita nak kecuali perkara tu terlalu remeh dan mudah utk dicapai. Sesuatu yg terlalu penting dalam hidup, berharga mmg sukar nak dapat dan dimiliki. Kalau dapat pun selalunya kita mesti terpaksa berdepan dengan liku2 dan juga halangan yang kadang kala buat kita tewas dan berputus asa.
Hari berganti hari, waktu terus berdetik..aku masih begini. Sejak dari sekolah rendah hinggalah di tika dan saat ini, aku tidak pernah peroleh apa yang aku benar2 inginkan. Kehidupan yang aku jalani hanya dalam takat sederhana. Dari dulu lagi..sampai sekarang. Baik dari segi pencapaian pelajaran aku, kerjaya aku, kehidupan peribadi aku. Arghh.. kadang2 aku merasakan kehidupan ini tidak adil padaku. Kenapa org lain boleh mengecapi keinginan dan hajat mereka walau sesukar mana pun. Tapi aku? Walaupun aku berpeluang tapi aku tidak pernah merasakan kepuasan atas apa yg kuperoleh. Bukan aku tidak puas dgn apa yang ada tp aku tidak pernah dapat mencapai apa yang benar2 aku inginkan. Melahirkan rasa bosan dengan hidup-tak baikkan! Seharusnya aku lebih bersyukur dengan segala nikmat dan kesempatan yang Allah Taala kurniakan kpd ku. Tapi aku hanya manusia biasa. Melihat kegembiraan dan kejayaan org lain dalam hidup, aku juga tidak mahu ketinggalan mengecapinya walaupun aku tahu aku tidak hebat dan sebertuah orang lain. Pernah aku terfikir, adakah aku mampu untuk hidup dengan kemewahan( hasil usaha sendiri & mungkin menumpang tuah org lain)? Adakah aku berpeluang utk hidup bahagia dgn pasangan hidup yang mencintai dan menyayangi aku sepenuh hati, sanggup berkorban dan mempertahankan aku walau apapun yang berlaku? Bolehkah aku mengecapi kehidupan yang bahagia bersama keluarga yg dibina? Akan adakah peluang itu utk aku? Disaat umur yang hampir mencecah angka 30 ini, aku masih tercari2 tujuan hidup. Masih tercari2 apa yang ingin aku lakukan utk kehidupanku. Sememangnya aku bosan!
Aku bosan dan rimas bila org2 mula bertanya tentang kehidupanku yg masih belum berumahtangga. Siapa yang tak mahu berumahtangga? Ada keluarga sendiri.. tp entah la, aku sendiri tak tahu dimana silapnya bila setiap perhubungan yang terjalin akan berakhir dgn perpisahan..Aku terlalu memilih? Memilih itu perlu utk kebahagian dan masa depan. Takkan nak main tangkap muat aje, aku belum terdesak nak berlaki lagi. Tp memilih aku mmg berpada-pada, kerana aku tahu aku juga tidak sempurna. Bila seorang demi seorang rakan2 yang mengakhiri zaman bujang, aku juga dihimpit resah. Bukan cemburu, tp kesal kerana aku masih belum dapat alami keadaan itu. Namun itu bukan bererti aku bersedih hingga berendam air mata..putus cinta pun tidak membuatkan aku terlalu frust. Keadaan masih boleh dikawal, aku masih boleh ketawa. Bagi aku walau seperit mana pun kekecewaan itu, ia adalah yang terbaik yg ditentukan Tuhan untuk aku. Ya, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Ada seorang rakan pernah berpesan kpd ku, "jgn menangisi kekecewaan kerana cinta kerana pasti Allah menetapkan yg lebih baik dari dia utk mu". Ya, aku masih igt kata2 itu dan aku berharap semoga kata2 tu adalah kebenaran untukku.. Sesungguhnya aku berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi aku peluang utk kembali "solo" ketika ini. Ya.. kerana peluang itu sememangnya adalah yang terbaik utk aku. Selepas apa yang aku lihat dan aku dengar tentang dia, perpisahan inilah yang terbaik. Aku tidak perlu lagi dikaitkan dengan dia dan org lain tidak perlu lagi bercerita tentang aku. Tak perlu sakit hati.
Fokusnya sekarang, mampukah aku bina kembali apa yang telah hilang(jumpa pengganti-harapan aku semoga yang terakhir)? Menemani dia melakukan perkara yang disukainya, berkongsi cerita suka dan duka..Dapatkah aku uruskan kehidupan aku dengan kerjaya, persatuan dan pelajaran yang masih berbaki beberapa semester? Bolehkah aku menangani soalan2 cepumas orang2 yang mmg hakikatnya tidak pernah sunyi dari bercakap tentang orang lain? Aku buntu, bosan..
Ah.. aku mungkin terlalu kuat berangan-angan, tp itulah kenyataannya sekarang. Aku mengharapkan kesempurnaan dalam kehidupanku sedangkan itu adalah mustahil. Dalam kegembiraan yang terpamir pd diriku, aku sebenarnya terlalu lemah utk melalui kehidupan ini. Bila kemelut ini akan berakhir, aku sendiri tak pasti.

*Aku - Sukakan kesempurnaan, dambakan kebahagiaan....

1 ulasan:

akuPM berkata...

dear, i hv smthg 2 tll u, go 2 my blog k :)