MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Ogos 08, 2009

Aduhai Sepah!

Aku terbaca satu kisah realiti kehidupan kumpulan artis yg satu ni, Kumpulan Sepah. Sebagai juara Raja Lawak Musim 3 sepatutnya skrg ni mereka dah berjaya tempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak yang diminati ramai. Apatah lagi sepanjang musim RL3 berlangsung, mereka ni sentiasa memberikan persembahan yang hebat, jenaka yang mantap walopun ada unsur2 lucah sket. Biasa la, org muda. Actually, aku terpanggil utk tulis pasal diorang ni sebab aku pon minat diaorg dan jangan tak percaya bila aku bagitau masa musim RL3 tu, aku pun ada undi Sepah ni. Dalam sebuah akhbar minggu lepas (aku dh lupa tarikh & nama akhbar tu) dipaparkan kisah luahan rasa anggota Sepah ni yang hidup masih terumbang ambing lagi walopun dah bergelar juara. Ye lah, mana taknye.. kata diorg sepanjang tamat musim RL3, mereka hanya dapat beberapa "job" aje. Antaranya "Kisah Sepah, LawaKing dan jemputan kat ERA.FM skali skali gantikan Pak Nil & Din Beramboi kalo diorg bercuti. Cuma baru2 ni adalah siapkan 2 buah telemovie. Jadi diorg ni merasakan kehidupan sekarang ni lebih susah berbanding diorg kat kampung. Maklum la, masa kat JB tu, ada kerja tetap sedangkan skrg kerja kadang2 ada, kadang2 takde. Mana nak byr rumah, keta, makan minum lagi.
Pendek kata, nasib diorg ni tak secerah dan sebaik nasib si Nabil-Juara RL2 dulu. Kalo Nabil jangan cakap la... kaya-raya dia skrg. Ye lah, takleh nak salahkan dia gak, dah rezeki dia. Takdir Allah katakan - si Nabil ni, bila dia jadi artis, insyaAllah dia senang. Lain plak ngan bujang Sepah ni. Mungkin rezeki @ luck diorg tu utk tahap jadi juara je tp bukan tahap nak jadi berjaya kumpul harta. Tapi mana lah tau kan.. kata org rezeki Allah ni ada dimana-mana. Mungkin juga pada diorg tu, rezeki nak senang sebagai artis ni lambat sket kot berbanding org lain. Setiap perkara yg berlaku tu kan ada hikmahnya. Harapan aku semoga bujang Sepah ni banyakkan bersabar dan berusaha lebih gigih lagi utk dptkn "job". Don't worry, sbb korang mmg berbakat. Usaha tangga kejayaan!

*Aku - Susah nak hidup senang tapi senang je nak hidup susah!

2 ulasan:

poyotito berkata...

gua tengok silalitamplom itu hari.

macam setan lawak diorang.

-MsGoodNite- berkata...

poyotito: aku pun ikut ckp ko gak! tp mcm familiar je ayat ko tu - ahmad nisfu ke?ahaks!