MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Ogos 29, 2009

Cerita semalam & hari ini

Semalam bukak pose kat luar..Restoran Nasi Kukus 3, kat Paka. Abg Long yg cadang kat situ. Not Bad, ada buffet yg berharga RM12 lauk-pauk kampung. Okey la... kalau nak nasi kukus pon boley, takde hal. Kami buka pose berdua jer..mmg dh janji pon hari Khamis tu. Kata abg long, start puasa skali pon belom buka kat umah dgn family. Dasat tol.. sian org kat umah. Aku amik lauk yg termampu tekak aku nak makan jer..sorry to say, kebanyakan lauk yg ada tak berapa nak kena dengan selera aku. Aku mmg tak minat gulai2, kari2 ni sume. Yang aku tau, masak masam manis, masak cili tu baru favorite aku!
Dah lama sebenarnya tak jumpa abg long. Saje la aku pelawa dia berbuka sama. Tak pulak aku mentionkan pada abg Z n Imah sbb Imah mesti takleh join, laki dah balik. Abg Z..ermm..tak tau la nak cakap. Mungkin dah dekat nak raya kot wat plan lagi skali buka pose sama2. Abg Long biasa la.. bila dh lama tak jumpa, byk benda sgt la yg dia wat modal nak sakat aku. But the point is yg buat aku nak buka pose sama2 coz I miss him. Betul! lama sgt dh tak tgk abg aku yg sorang nih! Tak berubah, mcm tu jugak! Byk gak citer yg kitaorg bualkan(sah2 tak pegi terawih malam tadi). Tapi yg paling serius is about politics. Sorry, both of us mmg aktif dlm politik tp skrg dh kurang sket(aku la walopon masih exco PU3 bahagian). Abg long..erm..lepas out of service (cukup had umur pemuda) terus quit. Sakit hati dengan perbuatan org2 dlm UMNO, katanya. Aku faham maksud dia tuh. Mmg dia tak puas hati @ sakit hati bila peluang2 dia disekat, dikerat. Dah tentu2nya rezeki pon takde (maklum la kontraktor kelas F). Semuanya gara2 bila tidak sebulu atau seangkatan dengan Ketua UMNO bahagian. Yang mana dpt projek besar, tu sume sbb diorg org kuat Ketua Bahagian. Kesian kat abg long. Dah la keluarga besar nak kena tanggung, kena plak macam ni. Mesti payah nak teruskan hidup, walopun rezeki tu ada di mana2. Sampaikan sakat dia pasal bola pon tak berapa nak semangat je aku tgk..huhuhu. Another yg dia citer kat aku pasal 10 ADUN dlm negeri Terengganu ni. Argh.. rupanya tanpa aku sedari, sebenarnya kekucar-kaciran dan kemelut politik di terengganu ini masih belum berakhir, dalam diam masih tegang. Semuanya gara2 tidak setuju dengan perlantikan MB; Datuk Seri Ahmad Said. Ingatkan dah selesai, rupanya makin parah dan "bernanah" sbb aku dengar 10 ADUN ni nak masuk PKR, sebagai protes kepada Datuk Ahamd Said. Tapi bab ni aku tak boleh mengulas panjang, aku tak kaji secara mendalam pasal ni. Walopun aku boleh dengar pendapat dari pelbagai pihak yg berkaitan tentang ini, aku cuma boleh simpan sebagai info utk aku buat penilaian dan keputusan sendiri. Nak ulas, nak kritik, nak komen..oh! no..not me! Cuma aku harapkan perkara ini tidak serius, sbb mereka harus ingat agenda mereka bersama ialah berjuang untuk bangsa melayu. Hanya UMNO sahaja yg berjuang utk itu. Jadi, pls.. jgn rosakkan apa yg sedia goyah ini.

Malam ni EPL bakal menyaksikan byk perlawanan yg akan berlangsung bermula 7.45 mlm lagi dengan Chelsea lwn Burnley di Stamford Brigde. Pastu game2 lain; Liverpool, Tottenham, MU, Arsenal, Sunderland ( sekadar menulis beberapa nama pasukan yg melonjak ketika ini) Esok Man City plak lwn Portsmouth. Hopefully team2 ini akan menang bergaya sbb ada pilihan pemain dalam fantasy football aku..hahaha. Tak pegi terawih lagi la malam ni nampaknya!

*Aku - Tahun ni k/tgn awam ada bonus tak?

Tiada ulasan: