MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Ogos 28, 2009

Coretan awal pagi 7 Ramadhan..

Di awal pagi ni masih belum tidur lagi, walhal waktu jam menunjukkan pukul 10 mlm tadi (27hb 8) aku dh tersengguk-sengguk depan tv masa tgk Addam's Family Value kat HBO. Bila dah mengadap benda alah ni, mata jd segar plak. Ala.. sumenya sebab duk baca blog yg aku baru "jumpa". Tu pun sib baik ada org bermurah hati nak bagitahu, boleh aku tumpang2 baca, tumpang2 komen, tumpang2 menyampuk tp tak mengutuk la...pasal ayat aku tak "pedas" mcm ayat mamat2 kaki bola kat blog tu. Aku cuma boleh tahan perasaan je bila baca bahan kutukan mereka pasal team fav aku. Tapi "aiman tak kesah". Pape pon TQ to en. J or JI sebab kempenkan blog tu.

Hari ni dh masuk hari ke 7 puasa (err...maksud aku start lepas imsak nanti la). Setakat ni takde lagi aktiviti jemputan berbuka puasa di luar. Eh! ada-ada.. tp ianya aku tak masukkan dlm list aku, sbb malas nak pergi. Cuma esok, kalo jadi aku akan buka puasa kat luar dengan kawan..kalo jadi la.

Teringat puasa tahun lepas, bila segalanya bermula kembali selepas lama menyepi..cewah! Argh.. kalo boleh, malas mengenang kisah lama namun fikiran tak terdaya ditahan. Makin cuba dibuang, makin ia menggamit kenangan. Kenangan yg manis tp akhirnya bertukar pahit, kalah hempedu. Agaknya tahun ni pon nak mengulang kembali peristiwa tahun lepas..boleh jadi tension aku camni! Ermm..tak payah la aku citer detail kat sini, buang masa korang je baca. Ni pun saje, gatal2 tangan nak menaip.

Dan untuk ketika ini, kepala aku dh mula berdenyut2 minta direhatkan diatas bantal yg empuk. Biasa ar tuh, lebih je jam 1, migrain pon datang...maigrain la sgt! So, terpaksa la aku sudahkan dulu citer mengarut aku yg tak penting ni utk waktu nih. Kot-kot lepas ni sambung layan DVD tak tahu la plak..maklum la esok cuti..hehehe

*Aku - Baru seminggu pose, tekak dh tak selera nak makan sahur!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

blog apa kau baca..takmo share ka..

-MsGoodNite- berkata...

fndrocka : ala.. aku tgk ko pon ada gak kat situ, sokernet la..hehehe