MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Ogos 31, 2009

Kata Aku Tentang Merdeka

Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-52 tahun, MALAYSIA....

Alhamdulillah, dh 52 tahun negara kita merdeka. Dah bermacam2 pembangunan yg dapat dilihat seiring dgn kemerdekaan negara tercinta ini. Bila sebut pasal kemerdekaan, tiap2 tahun sambut ambang merdeka diadakan dgn meriah terutamanya di ibu negara. Tapi tahun ini, nothing. Bagi menghormati bulan ramadhan yg mulia lagi berpahala ini. Sambutan tak penting, yg penting semangat patriotik dan kesetian kepada negara ini tidak berbelah bagi. Seharusnya dlm setiap jiwa rakyat Malaysia perlu ada semangat ini.
Kalo disebut erti kemerdekaan, pasti ramai yg kata "Bebas dari penjajah. Fikiran dan minda yang terbuka serta bebas melakukan apa saja". Lebih kurang macam tu la. Tapi ikhlas dari hati sanubari aku, kalo nak tanye erti kemerdekaan yg sebenarnya mungkin jawapan aku tak complete, but for me merdeka dalam diri aku ialah apabila aku berupaya melakukan apa saja tanpa halangan selagi aku tidak melanggar batas2 serta undang2 yang telah ditetapkan. Ya! merdeka ertinya bebas tp tidak bererti bebas tanpa batasan sehingga boleh mencetuskan perkara2 yg tidak baik yg boleh memudaratkan diri dan org lain.
Hari ini mmg aku merasa merdeka, merdeka bila aku tidak perlu pergi kerja (sbb cuti), merdeka bila aku tidak perlu bangun sahur dan sembahyang subuh, secara tak langsung aku bangun lambat hari ini. Tp ini berlaku diatas sbb2 tertentu la..hehehe
Niat sebenar takde la nak tulis panjang2, tp bila dah start kat sini rasa mcm taknak berhenti plak. Benarkah aku, bila aku katakan kehidupan kita ini hanya merdeka pada zahir sahaja sedangkan hakikatnya kita masih lagi dipengaruhi penjajah? Akibat mengikuti arus pemodenan yg sememangnya penting daam kehidupan seharian kini, anak2 remaja kita semakin hanyut dengan budaya dan kehidupan bangsa penjajah. Masalah sosial yg tak berkesudahan. Begitu mudah kita dipengaruhi dengan nilai2 yg tidak bermoral tetapi hanya beberapa kerat sahaja yg layak kita gelarkan manusia berguna.
Aku sendri? 30-70 kot...hahaha 30% dalam kehidupan aku ni pon pasti dipengaruhi budaya barat, ceh! Mungkin kita mmg tidak boleh lari lagi dari kehidupan sedemikian. Dunia semakin maju, zaman semiakin berubah. Ya..zaman makin berubah dan manusia juga berubah.
Sempena kemerdekaan negara yg ke 52 tahun ini, aku amat mengharapkan kedamaian dan keharmonian negara terus berkekalan. Semoga rakyat terus hidup bersatu padu, bekerjasama, hormat-menghormati antara satu sama lain.
Happy Merdeka day, Malaysia. Happy Merdeka Day!

*Aku - Tiba-tiba lak rasa tak merdeka bila igt masih ada tugas yg belum selesai

5 ulasan:

erm..not important for u to know ;) berkata...

erm...aku setuju terpengaruh ngn budaya barat tu ..tp nk wat camner...itu la arus kemodenan. cume camne kiter control kemodenan dlm dr & idup kiter tu yg perlu kiter tenung & renungkan ;)

-azura- berkata...

haiza : betul tu! kerana kemodenan itu sudah jadi sebahagian drp hidup kita skrg. Pokok pangkalnya hati... :)

meyour berkata...

masihkah merdeka???

jika HARIMAU MALAYA..... ditakuk lama...

salam blog....penuh keamanan

fndrocka berkata...

kalau nak dibandingkan dgn beratus-ratus tahun dijajah..52 tu umpama kanak2 lagi..kita suka mengikut kata org..mungkin sikit hari lg boleh jadi pandai..tp masih tak boleh lari dari pengaruh2 dan anasir2 dari dunia luar..sebab pengaruh luar sana sangat besar..jati diri kita tak kuat..mungkin sikit hari lagi bolh kuat..

-azura- berkata...

meyour: kena buat sesuatu pasal HARIMAU MALAYA tu

fndrocka : itulah hakikat yg sebenarnya..