MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, September 02, 2009

POSER BOLA SEPAK?

Dah masuk September dah. Erm.. tak lama lagi nak masuk tahun baru, dan akan bertambah lagi 1 tahun umur aku..adeh! dah tua lak rasanya.
Hari ini majlis buka puasa kat sekolah macam tahun lepas jugak. Cuma 2 tahun lepas aje program ni dibuat di restoran, rasa cam glamer la sket bila sebut restorankan.. Nak jimat budget kot diorang ni. Semua guru dan staff bawa ahli keluarga masing2 tak terkecuali aku. Tapi aku cuma ajak Ain sbb org lain "tok sey". Rugi, menu nasi beriani tu...best gak la, walopun aku sampai lambat dan terlepas Jelly kelapa muda! Alhamdulillah, kenyang sampai ke sahur nanti.

Tadi baca lagi entri baru kat sokernet. Amboi! rajin betul aku baca blog bila on9. Asal ada mana2 blogger yg dlm list aku added new entry, mesti baca punye! Bila diselidik, rupanya dah ada 2-3 entri kat sokernet yg aku terlepas pandang. Yup! sbb x sempat nak on9 lama-lama 2-3 hari ni. So, aku reverse balik setiap entri yg ter"miss" berserta komen2nya hingga la pada satu tajuk yg sebenarnya isi dia tu menarik dan ada kebenarannya walopun mmg keutamaan entri tu nak kutuk penyokong MU kot..(i guest so), tp bukan itu yg menjadi kudis kat aku pon, cuma bila terbaca 1 komen dr seorang hamba Allah ni about poser terbesar dlm bola sepak ini ialah wanita. Erm.. mungkin ye mungkin tak... Pada pendapat aku mungkin benar kata mamat tu kerana wanita bukanlah dicipta utk main bola sepak. Keprihatinan golongan hawa ni terhadap bola sepak adalah dipengaruhi beberapa faktor sebenarnya.

1. Desakan suami@pakwe - Ada suami2/pakwe yg jenis suka nak share perkara kegemarannya dgn isteri/makwe, so dipaksa la isteri/makwenya join tgk bola ke, teman dia gi traning ke, ajak pergi stadium tgk game ke dan sewaktu dengannya. Sang isteri/makwe ni plak bila dah kena paksa, kena plak sayang sgt kat suami/pakwe, ikut aje la. Bila dah selalu didedahkan lama kelamaan akan timbul minat pada sukan ni walopun tak diehard ke, true from the bottom. Aku sendiri pun mmg suka kalo bakal suami aku tu nak share benda2 ni dgn aku. Yup! diakui, mungkin aku tak tahap crazyfan, tau serba serbi tentang bola but aku mmg minat bola sepak. Ala..bini2 pemain yg korang2 duk agung2 tu igt minat 100% ke bola ni, diaorg pon sbb support laki/pakwe masing2 jer.. :p

2. Pengaruh keluarga - kalo dah org pompuan ni hidup dalam keluarga yg ramai lelaki, nak tak nak terpaksa la terjerumus juga. Bila dah tiap2 malam abah, abang, adik lelaki melangut depan tv tgk bola sampai kawan ni nak tgk Jgn Lupa Lirik pon tak dapat...tak ke emo jadinya. Lama2, dia pon melangut gak sekali, dan dah boleh ckp pasal bola yg baru skali dua dia tgk (walopun cuma tau 1-2 nama dari team big 4 tu je. Kira ok la tu kan, bagi seorang perempuan. Tp aku tak sama coz dlm umah aku takde sorang pon saudara2 lelaki aku yg minat bola. Sume kaki bangku. Aku pon tak tau camne aku boleh terjerumus meminati sukan ni, agaknya start masa skolah dulu aku selalu pi tgk kawan baik aku main bola ( dia selalu wakil sekolah n daerah) sampai skrg wakil pasukan jabatan tempat dia bekerja.

3. Pengaruh pemain yg cute n hensem - hahaha.. bab ni tak dapat dipisahkan dari peminat bola sepak wanita. Biasa la tuh, ada lelaki hensem, adala pompuan cantekk..ahaks! Yg ni aku nak lahirkan pendapat aku sendiri, org lain aku tak tahu. Mmg aku tgk ramai gak pemain bola sepak yg encem2.. kadang2 sampai aku pikir, tak padan dgn muka dirog yg cute n encem tu nak main bola sepak. Maksud aku bukan la bola utk org tak encem tp bola sepak adalah satu sukan yg aku boleh anggap extream gak.. mana taknya, kalo terjahan yg dibuat sampai leh wat org lain tak bangun.. tak ke extream namanya tuh... igt senang ke nak gelecek bola..huhuhu unik woo... igt senang ke nak jaringkan gol? bila dah score, kepuasaan tu hanya yg terlibat saja yg tau camne rasanya. Tak sama kot cam aku shoot bola jaring..hehehe.. Ok, berbalik pada yg tadi, jdnya adalah satu kelebihan bila seorg pemain tu encem dan dia sgt terer main bola. Bonus utk dia..sbb ramai peminat lebih2 lagi pompuan. Jadi pompuan2 ni, tak reti nak nilaikan game camne pon takpe, asalkan dia leh tgk mamat yg dia gila2 kan tu ada duk main kat padang!

4. Minat - Minat ni datang sendiri je... tak kira lah dia betul2 peminat yg tahu serba serbi ttg bola atau pun yg ala kadar cam aku. Aku mmg tak tahu byk pasal bola ni. Tak semua team yg ada aku amik tahu, tak semua nama2 besar aku minat & tahu, sekadar boleh menyebut beberapa nama pemain,negara asal mereka dan kelab yg diwakili. Tapi aku boleh tgk match yg disiarkan kat atsro tu, lepas satu, satu hatta sampai awal pagi pon ( in case aku tak kerja esok harinya, tak kena berebut stesen TV). Takde istilah boring pon bila tgk bola, kecuali mmg permainan diaorg cam gampang jer.. Bola ni leh wat senak perut lagi ada la.. Aku lupa since when aku kenal nama MU, tp aku masih igt masa tu ada Eric Cantona, lepas tu Roy Keane. Lepas tu naik plak nama Beckham, Ole Gunner Solskjaer, Ruud Van Nistelrooy n last yg hottest; en. Ronaldo dan satu sbb aku masih terus sokong MU ialah en. Giggs. Lagi 2 nama yg aku masih igt sampai skrg ialah Phil & Gary Neville. Aku igt diorg ni adik beradik kot, tp aku tak tahu la betul ke tak..hahaha. Then en. Scholes, aku rasa dia ni mcm jahat sket bila kat padang sbb dulu aku tgk dia kalo main suka gaduh2. Itula antara yg aku tahu, kira cetek juga la pengetahuan aku pasal bola ni. Sbb tu aku baca kat sokernet, sekurangnya benda yg aku tak tahu, aku leh tahu kat situ. Ramai yg share info about EPL n lain2 league kat situ (dan ramai juga yg memuji n mengutuk-biasa la tuh! hehehe)

So, kesimpulannya nak kata pompuan ni mmg poser paling besar dalam bola sepak iye la kot. Tp tak best la nak ckp peminat wanita ni poser.. seeloknya kalo kami2 ni kurang tahu n faham, tolong ajar n fahamkan. Tolong bagi penjelasan, bukannya mengutuk. Kami ni berjinak2 utk jadi the real football fans. Mungkin take time..biasa la tuh! Lagipun tak semua pompuan poser.. coz masih ada pompuan yg mmg diehard n tau serba serbi pasal bola sbb dia pon main bola gak. Kira mmg ganas giler ar nih...tp aku tgk huduh je kalo pompuan main bola. Futsal?erm..lain sket kot.

*Aku - Suka hati la poser ke tak... apedehal? ada aku kesah?

4 ulasan:

erm..not important for u to know ;) berkata...

dlm bebyk post ko...aku paling ske yg ni...amat btollllll :P

-azura- berkata...

Haiza : yeke? Tq. Ko plak kategori mana? 1, 2, 3, @ 4? hehehe...

Zampeada berkata...

wah ko ni mmg peminat kipas susah mati bola yek... aku plak langsung takde rasa ghairah bile tengok bola... hehehe...

-azura- berkata...

Zam,aku x heran kalo ko ckp ko takde keghairahan tgk bola pasal aku rasa ko ni org seni. Biasa la org seni mana suka game kasar2..hehehe.. betul tak? :p