MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Ogos 01, 2009

I Love U...

Sebenarnya sejak balik dari Dengkil, kami tak penah miss lagi berhubung dgn mak ngah. Baru hari ni rasa nak tulis tentang ni. Semuanya gara-gara atuk. Tak pernah menjadi beban pun pada aku utk telefon mak ngah @ atuk kat Dengkil semata-mata nak tahu keadaan atuk lebih-lebih lagi selepas dia sakit teruk hari tu. Macam yg aku ckp ari tuh, keadaan atuk kembali lemah masa kami nak balik. Mak dah nangis, serba salah nak ikut aku balik ataupun tak. Aku pon tak tahan air mata, sbb aku sayang sgt kat atuk. Actually kalo boleh aku mmg nak minta mak tinggal dulu 2-3 hari, sbb aku takut kalo ada apa-apa yg berlaku, mak takde rezeki nak duduk disisi atuk bila sampai masanya. Tapi mak ngah yg minta mak balik; bukan tak suka tapi dia jamin atuk takkan apa-apa. Atuk pun cakap he will be okay!
( dia tak ckp omputeh tau! ). So, pagi tu kami balik dgn perasaan sedih.
Start sampai Dungun until today, hari-hari call mak ngah tanye pasal atuk. Kata mak ngah mmg hari kami balik atuk nampak macam tak tahan sgt, sesak nafas. Terpaksa kena tunggu esoknya baru pergi klinik. Mula-mula ingat jantung atuk yg lemah, tp doktor cakap tekanan darah atuk rendah sbb tu dia sesak nafas coz dia rasa penat. Kata doc lagi jantung atuk dah okay! tkde masalah dan dia tak perlu lagi makan 4 jenis ubat berkaitan jantung dari IJN yang dia dah makan selama hampir 10 tahun.
Hari ni mak ngah cakap atuk makin sehat, dah boleh berjalan sendiri, makan pun dah banyak. Tidur pun tak perlu menyandar bantal tinggi utk elak sebak dada. Dia dah boleh tidur lena atas katil. Masa baru kuar hospital, kami beli tonkat 4 kaki utk atuk supaya dia gagahkan diri pada tongkat utk berjalan tp skrg ia dh tak perlu tongkat tu lagi. Alhamdulillah!
Mmg jadi harapan kami semoga atuk terus sehat. Ya! mmg umur dia dah lanjut - almost 86 years old tp aku mahu atuk terus sehat utk aku, demi aku. Ada perjanjian antara aku dgn diri aku sendiri melibatkan atuk. Jangan fikir yg bukan2 plak, ni takde kaitan dgn saka ke hape... tapi tentang aku. Atuk mesti terus sehat utk aku selagi belum masanya. Masanya? erm.. aku sendiri pun tak tahu bila. Aku pernah janji pada diri aku, selagi aku belum berkahwin atuk mesti ada, sbb aku nak aku jumpa "suami" aku. Melampau ke hajat aku nih? Entah lah.. tapi atuk antara org yg aku paling sayang dlm dunia nih, jadi kalo boleh aku tak mahu atuk ketinggalan dalam meraikan hari bahagia aku.

*Aku - Manja sgt ke?

Tiada ulasan: