MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Ogos 01, 2009

From Dusk till Dawn???


Semalam berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Dungun 2009 di Dewan Besar SM Teknik Dungun. Aku terlibat sebagai G10 wakil Puteri Bahagian. Tak pernah dalam sejarah persidangan di Dungun apabila mesyuarat perwakilan dijalankan pada sebelah malam. Pendaftaran bermula jam 6 petang. Kiranya para perwakilan makan malam dan solat maghrib kat SM Teknik. Ya, mungkin ada bahagian lain yg buat waktu malam tp kami kat sini tak pernah. So, keadaan sudah dpt dijangkakan apabila lepas saja agenda ke 6 ( memilih 7 org calon ke persidangan UMNO di KL ), ramai yang dah angkat kaki balik. Maklum la.. kalo yg dekat2 boleh la tunggu hingga mesyuarat ditangguhkan ke waktu yang dah tentunya lewat. Tapi bagi mereka yang tinggal jauh seperti di Pasir Raja, Bukit Besi dan lain-lain, mesti nak balik awal. Bukannya pihak pengurusan UMNO Bahagian Dungun tak sediakan penginapan utk mereka yg memerlukan tp nampaknya mereka lebih memilih utk beradu di rumah bersama keluarga. Kalau tak disebabkan aku kena baca usul Puteri, dah tentu aku pun balik awal juga. Tapi last minute selepas Usul Politik dibacakan oleh Timb. Ketua UMNO Bahagian dan dibahas oleh K.Penerangan, atas permintaan ramai usul drp Wanita, Pemuda dan Puteri tak payah baca. Fuh! lega.... lagi pun aku mmg dah mengantuk giler memandangkan ketika itu jam dah menunjukkan hampir pukul 12.30 pagi. Majlis selesai sepenuhnya jam 1.15 pagi selepas pengumuman calon2 yg berjaya mendapat tempat ke KL.

Ucapan perasmian persidangan disampaikan oleh Datuk Seri Hishamuddin b. Tun Hussien selaku Pengerusi Badan Pehubungan UMNO Terengganu yang baru. Aduh! rasa nak jatuh cinta plak dengan Datuk Seri..hahaha. Aku siap bergurau lagi ngan kawan aku, kononnya Datin Seri pun dah tak lama - pasal sakit. Ceh! celupar betul mulut nih. Dapat aku berjabat tangan dengan Datuk Seri 2 kali, masa ketibaan dan masa beliau nak balik. Cuma aku terkilan sebab tak dapat nak bergambar dgn beliau. Jeles sey tgk kawan aku amik gambar dgn "boyfren" ahahah.. aku tak bw kamera, phone punye camera takut tak cantek... Pic yg ada ni pun ehsan kawan aku yang snap guna henpon N95 (china), pasal tu la gambar blur jer. Tensen!

At the other site, jumpa J yg dah lama aku tak jumpa. Dia pun perwakilan juga, wakil pemuda. Tak cakap byk pun dengan dia. Borak biasa2 ajer, malas nak layan nanti perasan lagi. Walopun aku pernah bermasalah dengan dia, tp bagi aku takde hal kalo setakat nak berbual kosong. Kang diorang ckp aku sombong plak. Tp kenapa dgn mamat M tu aku mcm cannot go. Dia pun ada sbg pewakilan cawangan. Rasa sakit hati dan benci tu tak la melampau sangat kat dia tapi aku tak teringin langsung nak bertegur sapa dengan dia. Huh! bior ler... lantak la apa ko nak kata pasal aku, selama ni pun apa yg ko tak ckp tentang aku. Nasib baik aku bersabar jer... Lepas ni kalo tak terserempak pun takpe la!

*Aku - Melaram kasut baru hari tu..ahaks!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i suka tgk u aktif benda2 nie... good job nur.. :-)