Actually mimpi ni dah aku alami 2-3 hari lepas. Cuma aku agak risau memikirkan ttg mimpi ni walaupon selalunya org kata mimpi itu hanya mainan tidur. Lepas arwah atuk meninggal, agak sukar untuk aku anggap mimpi mainan tidur kerana :
1. Jelas aku terima alamat kematian atuk melalui mimpi tetapi tidak endahkan.
2. Rakan rapat aku juga bermimpikan yang sama sebelum arwah atuk meninggal.
Story :
* Seminggu sebelum arwah atuk pergi, aku bermimpi atuk meninggal. Dalam mimpi hingga bawa ke jaga aku menangis ( sedih + suka ). Sedih kerana mimpi buruk begitu tp suka kerana org kata kalau kita mimpi something, selalunya sebaliknya akan berlaku. Aku harap atuk panjang umur. Tapi nampaknya tidak! Seminggu kemudian kami bergegas balik ke Dengkil bila Mak Ngah bagitau atuk dah tenat dan pada awal pagi Sabtu 24th Oktober 2009 - 1.00 am, arwah atuk tinggalkan kami semua.
Fact yg menariknya - 2. rakan rapat aku mimpikan yg sama.
*Khamis mlm Jumaat (22th Oktober 2009), she dreamed about me. "Aku ajak dia jalan jauh. Dipertengahan jalan, kami nampak keranda kat depan - keadaannya terapung-apung. Aku kata kat dia, aku kenal keranda tu keranda siapa dan masa tu juga aku menangis". The End. Dia tak sempat cerita pada aku sbb esoknya kami semua tak keje.
Yg terbaru ( 2-3 hari lepas ), aku mimpi cousin aku meninggal. Don't know pasal apa, dan aku tak nampak mayat dia tp yg nyata dlm mimpi tu mmg dia meninggal. Aku cerita pada mak. Mak cakap 2-3 hari ni pun dia mimpi giginya hilang ( mak pakai gigi plasu..hehehe). Erm.. kata org2 tua juga, kalau mimpi gigi tanda ada sedara nak meninggal. Aku cerita kat Ucu. Dia pun ada mimpi yg sama. Sedara meninggal tp tak tahu siapa?!
Aku tak tahu nak kata apa! Dalam hati ada rasa risau, panik, sedih! Mmg kematian tak boleh dihalang. Entah2 aku sendiri yang akan tinggalkan dunia ni, aku pun tak tahu. Tapi boleh ke aku percaya dengan mimpi tu? Pengalaman pernah berlaku dulu....
*Aku - Kalau sudah ajal...Redha dengan ketentuan Ilahi
5 ulasan:
kau mimpi apa pulak yg terbaru ni. kongsilah.
mimpi boleh jadi begitu. jgnlah takut. seharusnya dari segi emosi, kau sudah bersedia utk menghadapi kenyataan. selain itu, ia menunjukkan yg hangpa dgn datuk hangpa tu ada perhubungan yg sangat kuat.
tabahkan hati.
kan aku citer kat atas tu : mimpi cousin aku plak yg meninggal.
Zam, lepas2 arwah atuk aku takde, ada gak aku mimpi dia..mimpi seolah2 dia masih hidup dgn kami.. arghh..sedihnya!
ooo... aku konfius.
agaknya kau rindu sgt dgn datuk kau. mungkin mimpi tuh cara minda kau utk mengurangkan rasa rindu dan dipertemukan semula dlm mimpi... jgn lupa kirimkan alfatihah.
aku pun tak boleh komen lebih2 pasal cousin kau tuh... sbb ada mimpi yg hanya boleh difahami slps kejadian yg dihadirkan dlm mimpi berlaku. apa pun bersedia dgn segala kemungkinan. kuatkan hati ya!
rindu... agaknya la!
TQ :)
Catat Ulasan