Adilyn belek2 henfon mahalnya. Dah tiga tahun dia menggunakan henfon tu. Henfon mahal yang dibeli menggunakan duit hutang yg dibayar kepadanya. RM1100. Kira mahal la tu.. Dijaga dengan baik, masih kelihatan baru dan dicemburui oleh teman2. Bukan sebab henfon itu mahal tp sebab masih nampak baru.
Sambil belek henfon, Adilyn semak senarai nama dalam Contacts. Dari A sampai.... N, matanya terus terpahat pada nama N** lantas ingatannya terpaut pada seeseorang yg dh lama x dihubungi. Kawan yg sorang ni belum la dia kenal lama, tapi pernah jumpa sekali. Cuma selalu bersms - dulu.
Adilyn menghantar sms. "N..pe kabar?". Lama juga baru dpt balasan. "Sapa ni?". Adilyn mmg dh agak itu jawapan yg akan dia terima. "Erm..lupa ekk, ni mesti kes tak save no nih". "Sory le.. kekadang lupa penah save ke tak", balas si N lagi. Ceh! alasan bodo.. lupa hape, kalau dah save dah tentu aje nama aku terpampang kat skrin henfon dia, Adilyn bermonolog. "N sehat? kat mana sekarang?". Soalan khabar ditanya lagi sbb belum berjawab. Lokasi terkini juga mahu diketahui sebab kali terakhir N berada di Johor. "Ni sape?". Giliran N pula yg tanya, agaknya dah marah bila diganggu oleh org yg tidak diketahui. "Last saya tanya, awak ni sapa?". Wah, ni dah mmg tahap marah betul2 dah nih. Adilyn cepat2 balas. "Adilyn, kwn awak kat T****d, igt tak?". Kali ni tak lama, terus dapat reply. "Tak igt. K bye". Pergh! mcm s*** je.
Adilyn rasa hangin juga, tp cepat2 dia teringat. Dulu si N pernah nak pinjam duit tp Adilyn tak bagi. Yelah, pantang betul org lelaki nak pinjam duit dgn dia, dah la tak kenal mana pun. Kalau pinjam tapi terus lesap, tak bayar mcm mana? Tak ke haru?! Agaknya atas sbb2 itu si N pura2 tak ingat Adilyn. Malu atau marah..
Bila difikirkan Adilyn rasa nak marah, nak gelak pun ada... tapi takpe la, sekurang-kurangnya Adilyn dapat mengenali satu lagi sifat lelaki yg tidak boleh dipercayai. No tel N terus didelete...
Sekian, terima kasih.
*Aku - Perangai manusia mmg mcm2, pandai2 kita la...
5 ulasan:
N - norman hakim?? :))
ngeri laks aku cerita ni.
ymn : woohoo.. norman hakim dgn memey je la dia bg pinjam..hahaha
Zam : aku cerita hantu ke??
kes ngeri lah kes buat2 lupa.
kalau lupa dan nak cuba ingat2 tuh lain kisahnya.
erm.. betul2..
Catat Ulasan