MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Mei 16, 2010

Happy Teacher's Day!


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada aku since I was 6 (tadika) hingga 17 tahun (SPM). Tak lupa juga kepada lecturer2 yg pernah mengajar semasa aku 2 tahun di kolej. Aku masih boleh mengingati cikgu2 yg mengajarku di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak lecturer2 yg mengajar semasa aku di kolej. Kenapa ye?.. sorry...

Kepada cikgu Fauziah (tadika), cikgu Nuraina, cikgu Rokiah, cikgu Wan Su, teacher Robiah (SK), cikgu Mahmud Khairi, cikgu Aziz, cikgu Hisham, cikgu Hasnah, teacher Choo, cikgu Mat Zali, cikgu Jamaluddin, cikgu Wan Nooriman (SM)... Walaupun anda semua tidak mungkin dapat baca entry ni (sebab xde url), saya melahirkan perasaan terima kasih saya di sini kerana mungkin saya tidak dpt berjumpa dgn cikgu2 lagi. Kecuali cikgu Aziz yg sekarang masih bertugas di sekolah yg sama dgn saya. Anda semua telah berusaha utk menjadikan saya antara pelajar terbaik di sekolah (terutamanya guru2 SPM-bermula cikgu Hasnah hingga cikgu Wan Nooriman). Alhamdulillah, mungkin saya telah menjadi antara yg terbaik 1997 tetapi saya hanya berjaya setakat ini sahaja, cikgu. Namun jasa baik cikgu2 semua tetap saya kenang kerana sekurang2nya saya tidak jauh ketinggalan dari rakan2 lain.

Sekarang saya masih lagi berusaha utk ke peringkat yg lebih baik, kerana saya masih ingat kata2 cikgu.. kita tidak boleh berhenti dari belajar kerana ilmu itu seluas lautan.



*Aku - Syahdunya bila teringat zaman persekolahan!

1 ulasan:

Zampeada berkata...

i.like.the.last.statement.