Aku kenal dia dari seorang teman kepada cousin aku. 1st time jumpa, mmg dia tidak membosankan. Ramah mesra, pandai menghidupkan suasana agar pertemuan yg pertama kali itu tidak kaku. Pertemuan yg memang dijanji tetapi bertujuan sebagai peneman sepupu aku dan kawannya yg "berdating".
Sebulan selepas itu, aku berjumpa dia lagi apabila dia datang ke tempat aku bekerja. Tak sangka dapat jumpa dia lagi walaupun sebelum itu ternanti2 juga khabar dia dari kawannya. Lanjutan dari itu, hubungan kami lebih akrab menerusi panggilan telefon dan juga kesanggupannya utk berjumpa aku di tempat kerja pada waktu rehat. Sehinggalah kami benar2 rapat dan declared sebagai pasangan yg "bercinta". Permulaan hubungan kami mmg fun seperti remaja lain. Hari minggu kalau free, kami dating. Kalau tidak, telefon aje lah penghubung hubungan kami. Kesilapan pertama yg pernah aku buat semasa hubungan kami ialah aku sanggup utk menolak peluang kerja di sebuah syarikat hartanah di KL semata2 kerana aku tidak mahu berjauhan darinya. Kalau tidak mungkin skrg, kerjaya aku dh berkembang di KL.
Hubungan yg berlanjutan hampir setahun itu tidak bertahan lama. Terlalu byk perkara yg harus aku pertimbangkan, secara peribadi dan umum.
Kata mak, dia mmg seorang lelaki yg baik, bersopan santun dan tahu menghormati org tua tp dia terlalu muda untuk aku coz dia 3 years old younger than me. Kedua, kadang2 sikapnya terlalu kebudak-budakkan, cemburu. ketiga, dia masih terumbang ambing dalam mengukuhkan kedudukan kewangannya.
Aku ambil keputusan utk putuskan hubungan. Alasan yg dpt aku beri ialah "kita tak serasi bersama". Aku tahu dia kecewa sbb aku tahu dia mmg sayangkan aku. Aku juga sygkan dia. He nice, handsome but..arghh susah nk dijelaskan. Kadang2 bila bersamanya aku jadi bosan.
Lebih kurang 3 bulan lepas break, dia masih call aku (sesekali). Dia beritahu waktu itu dia sedang mengikuti latihan kepolisan (betul ke perkataan ni?) di N.S. Aku tumpang gembira. Tapi dalam setiap perbualan kami pasti dia akan ungkitkan keputusan aku memutuskan hubungan. Aku benci bila perkara itu diungkit. Akibatnya aku sanggup berbohong aku sudah bertunang dgn harapan dia tidak akan telefon aku lagi.
Itu cerita 7 tahun dulu... Benar. Tuhan makbulkan harapan aku. Dia tidak pernah lagi hubungi aku selepas itu.
Aku tak pernah berharap utk kembali pada dia. Aku pasti dia dh ada kehidupan sendiri. Tapi lately aku terlalu rindukan dia, teringatkan dia. Tika ini aku harap aku dpt jumpa dia, just to say I'm sorry...
*Aku - ................................
11 ulasan:
aku tabik dgn keputusan kau. aku rasa, kau dah boleh mengagak apa yg akan berlaku jika kau teruskan hubungan.
org yg bijak, tidak akan meletakkan dirinya dlm masalah. perkara yg kdg2 nampak baik pada mulanya, tidak selamanya begitu.
aku percaya rindu itu pasti akan singgah. anggap sahajalah ia perkara normal. tambah2 lagi dlm kesepian dikala waktu hujan sambil berfb kan? kekekekek...
meminjam kata2 the bad boy, robbie wiliams, regret won't work.
" dia terlalu muda untuk aku coz dia 3 years old younger than me"
-waaa..awek yg ak minat tua 2 taun dr aku..die pon xnka bf muda..wakakaaka
kalau dia dah x nak dgn kau, nak buat cam mane.
dari pemerhatian aku lah, kwn2 aku yg kawin dgn wanita yg lebih tua (alah bbrp tahun je), hidup diroang meriah je. tiada masalah pun.
KNP U BUAT MCM TU? KESIAN KT DIA.. AGE IS NOT A MATTER.. I RS.. KALAU DULU U CKP.. U NK DIA ADA KEWANGAN KUKUH.. ETC.. THEN BARU U DECIDE NK SERIOUS.. MESTI SEKANG DH JD ENDING LAIN..
Zam : thanks... aku rasa pun mcm tu, sbb hanya aku yg boleh faham perasaan aku sendiri time tuh kan?
Wan : doesn't matter kalau ko suka yg lebih tua dari ko. Tak jadi masalah, asalkan korang saling memahami antara satu sama lain. Time aku tu, sbb kami masih terlalu muda kot. Dia baru 19 masa tu..
Yani : It's not really like that sebenarnya. U know, he younger than me. Kalau dia ada kewangan kukuh pun masa tu, u ingat parents dia setuju ke? sebab dia masih muda kan? itu salah satu la... dan yg lain, i bosan dgn perangai dia yg terlalu kebudak-budakkan...
aku percaya kat keputusan kau.kau rasa apa yang kau rasa.tkde formula atau perkataan boleh terjemah dengan tepat.cinta atau soal hati ni kan tak boleh nampak tapi boleh dirasa..senang cerita..aku percay akat keputusan kau...perasaan rindu tu benda biasa..memori2 lepas memang akan terus berada di belakng kita..jangan sampai memori tu berada di depan dan mendahuli kita sudey
hy kita yg tahu perasaan sendiri. hormati rasa itu. <-- nasihat utk diri sendiri jugak ni.
Fndrocka : Thanks man!
Zam : erm.. betul!
betol2 jgn tpu diri sendirik..
errr sian ko beb. but setiap ape yg dh belaku tu pasti ade hikmahnyer. if die tu ditentukan tuhan mmg jodoh ko..pasti ko akan bertemu kembali ngan die xkirela waktu tu ko dah tua sgt2pon :) always believe in ur self dear..no matter what, sumernye dah tersurat..
Haiza : ermm.. mula2 tu mmg aku rasa terhimpit. sbb tu aku luahkan kat sini tp lepas baca komen korang2 sume dgn pandangan dan pendapat, aku rasa lebih free skrg..
Catat Ulasan