MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Mei 15, 2010

Tiada Lagi Cabaran!


Semalam aku sempat juga luangkan masa utk menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas antara Malaysia dan China. Sebelum perlawanan berlangsung, perasaan diselimuti rasa bimbang... kebarangkalian utk menang hanya 40-60 (pendapat aku).
Bermula dgn kekalahan Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan straight set, diikuti kekalahan kedua pasukan negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat menjadikan kedudukan Malaysia 0-2.

Wong Choon Han menjadi penentu kemaraan seterusnya pasukan negara. Tapi akibat terlalu banyak kesilapan yg dilakukan menyebabkan dia juga turut kecundang di tangan Chen Jin dgn straight set. Weh! diorang sume kalah straight set la.. takde rubber game pun!


Eksyennya Lin Dan ni..Ingat macho sgt la tu main bukak2 baju plak!



Tamatlah cabaran dan harapan utk membawa pulang Piala Thomas pada edisi 2010 di gelanggang sendiri. Menurut info, perlawanan akhir antara China dan Indonesia juga merupakan sejarah 10 tahun dulu apabila bersaing di final Piala Thomas di Malaysia.

Walaupun kalah, aku rasa mereka semua telah bermain dengan semangat malam tadi. Mungkin kerana tekanan dan terlalu byk kesilapan yg dilakukan menyebabkan China mudah mengambil kesempatan. Lepas ini, BAM hasus lebih bersedia dgn pemain2 muda yg baru sebagai pelapis. Hafiz Hashim?? erm.. malas nak komen!

Cuma malam tadi, agak jarang kedengaran laungan keramat "MALAYSIA BOLEH" seperti yg sudah2 terutamanya semasa edisi Piala Thomas 1992 di Stadium Negara.

*Aku - Badminton dikuasai bangsa cina... tak percaya? Team badminton USA - pemainnya bangsa cina.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i xpuas hati kalah straight set jer..

tp china main mmg bgs.. pantas.. tangkas.. lindan.. nampak mcm bengang sgt dgn lee chon wee

-MsGoodNite- berkata...

Itu la... Bila set pertama kalah, mmg susah nk menang set kedua. Lazimnya kita menang set 1, then selalu juga main rubber game.

Yup.. China mmg handal. Diaorg ada ramai pemain handal, kita cuma harapkan pada 1-2 org pemain saja.

Final, u fikir sape boleh menang?

Zampeada berkata...

angguk2 kepala jelah yea. buat2. faham.

-MsGoodNite- berkata...

Zam mmg tak penah suka sukan ke?

fndrocka berkata...

suka lin dan buat breakdance gitu..kasi provok sama malaysia..haha

-MsGoodNite- berkata...

fndrocka : lin dan mmg dh geram kot ngan Chong wei.. dulu dia penah kalah ngan chong wei kat sini. balas dendam la kot!