MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Oktober 27, 2010

Abang PonPon!

Bukan selalu nk story pasal someone. Lebih2 lagi lelaki. Peh! Macam teruja plak. Kah kah kah! Tapi bukan nak cerita pasal aku suka kat dia ke hape... tapi nak share sambil2 minta pendapat, awat la mamat yg sorang ni sombong tak hingat. Nak kata hensem, hensem sket je. Zul Huzaimi lagi hensem.

Hari-hari tgk dia, hari-hari jumpa dia. Tapi sekalipun tak penah tegur aku. Ala, bukan la nak mintak tegur tp dh kalo hari2 nampak takkan tak timbul niat ikhlas di hati nak menegur sapa. Cewah! Aku ni pulak, dengan muka yg selamber cuba la beramah mesra nak2 bila dia lepak sambil sembang2 ngan org2 yg aku kenal dan juga aku tak kenal. Tapi yg buat aku rasa macam jadi sebatang pensil yg kaku ialah apabila dia wat dekk je. Sib baik la ada kawan2 lain yg tolong kaber rasa malu2 kucing aku time tuh!. Cilakak betul la. Adakah sebab cara aku tegur dia agak kasar? Erm... boley jadi. Sebabnya? Sebabnya mcm ni....

Mungkin pasal aku tegur dia lebih kurang ajer kot. Tak menjurus kepada dirinya secara direct. Adus.. dah ko yg bukak cerita dulu, then org lain tambah tolak sikit. So, aku pun menyampuk la lebih kurang, takkan la ko tak boleh highlight aku tuju pada ko?! erm...kurang asam boi betul. Lagi satu, aku guna kata ganti nama - kau, aku je. Okeh la tuh, dalam drama, filem pun, pakwe sama makwe ckp kau, aku. Takkan kite yg takde hubungan cinta kena panggil darling, sayang, baby, hani...aduyai! Lemah!

Akhirnya, aku fedap. Alah, mcm dia kelas sgt. Kelas sikit je drp aku...pasal mmg dia ramai kaki. Bukan tokey kelas memandu atau kelas memasak pun. So, lepas tu aku dah tak mau tegur lagi. Biaq pi la kat dia. Tapi seminggu lepas tu...........


"Zu, nape lama x lepak sini?", dia tanye aku masa aku singgah nk cari buku jahit manik yg rege RM37.90. Mahal giler! Aaa...aku mimpi ke dia mimpi nih? "Org byk keje sket lately", aku jawab lebih kurang je. Tapi dalam kepala tak abis2 duk fikir apa mimpi dia tegur aku hari ni. "Abg PonPon lama tak tgk Zu singgah sini, igt gaduh ngan Pija". Apa? Abg? Peh! tetiba aku rasa mcm kena sampuk. Sejak bila pulak dia bahasakan diri dia abg? "Eh! kitaorg okeh jer. Mcm yg org ckp tadi la, org bz sket. Buku ni takde diskaun ke?". "Sapa yg nak?", soalan aku tak dijawab, dibantai tanya aku soalan lain plak. "Dah org yg beli, org la yg nak", aku jawab ringkas tp masih kontrol. Ye la..tgh dia mood elok ni kena jaga. "Kalau Zu nak, amik aje la. Abg belanja". Peh! lagi skali. Kali ni lebih ummpphh. Pasal? Daripada tak penah nk ckp ngan aku, hari ni boleh tegur. Pastu belanja buku free plak. Aku igt samting wrong la sama "abg ponpon" nih!.


Sampai hari ni, proses tegur menegur masih berlangsung walaupun aku dah jarang lepak kat toko buku @ kedai melepak budak2. Sama mcm aku jarang melepak kat fesbuk dan blog. Tapi sampai hari ni jugak aku pelik dan belum berkesempatan nak tanye Abg PonPon tu apesal tiba2 dia buleh nak bersembang ngan aku?!


p/s - Nama sebenar watak dan lokasi terpaksa dirahsiakan..

13 ulasan:

Zampeada berkata...

gedik lah kau. itu pun nak rahsia! cam lah aku boleh gi sana!

Qaery berkata...

pon pon... hehehe... menarik ni... musim tengkujuh dah sampai ke?

Ridhwan Breakaz berkata...

apa lagi kasi ngorat arr...

aKuPm berkata...

wah...perkembangan yg sihat neh zura...! i love the actor name(hehehe both of u la...PonPon & Zu) and also the stori ;)

-MsGoodNite- berkata...

Zam - Gedik tak gedik la.. tp aku kena berhati2 sebelum kena cop perasan..kah kah kah!

Ery - apa kena mengena? aku slow sket time2 ujan nih..

Wan - ko nih, takde keje lain ke..

Haiza - ekceli tak payah la.. pasal aku dengar dia dh nk nikah tp tak tau bila.... hahahaha

Zampeada berkata...

betul jugak no... aku pown sama. takut terlebih perasan plak... kekekek...

-MsGoodNite- berkata...

hehehe.. tau takpe... :)

Linglung berkata...

lu ni pun satu derr..masa tak tegur, lu nak dia tegur..dia dah tegur..lu pula lain macam..hahaha

-MsGoodNite- berkata...

Linglung - gua ni manusia biasa bro. adat manusia la tak penah puas dgn apa yg ada.. keh keh keh!

Zampeada berkata...

ok lah tu... nak tahu gak apa plak kejutan yg abgponpon nak buat lepas ni.

-MsGoodNite- berkata...

zam - ko tak payah tunggu kejutan yg istimewa la.. pasal takkan ada punye...
lagipun dia tak penah spesel pun dlm hidup aku cuma aku rasa mcm nk hempuk je kepala dia bila dia wat dono je time aku sembang ngn dia dulu!

Zampeada berkata...

takdok makang lah ni?

-MsGoodNite- berkata...

takdok....
weh! aku dengor2 dia nk nikoh tp asik postpone jerk!